Web
Analytics
Malaysia SEO Expert Get SEO Expert assist on your blog. Find out More

Upin Dan Ipin! Aku Merana…

Mesti korang dah tengok cerita ni kan.. aku pun dah tengok animasi ni.. wah!!!! memang best lah cerita ni.. masuk ni dah kali ke seratus aku tengok.. betul aku tak tipu.. serius cerita.. dah seratus kali.. tak percaya? aik!!! ingat aku tipu ke? tak… percayalah… pasal apa aku tengok samapai seratus kali?

upin dan ipin

upin dan ipin

cerita dia macam ni.. hari tu aku lalu dekat kedai yang jual menatang dvd ni.. kedai dvd cetak rompak.. aku dengar bunyi yang best kat dalam kedai dvd tersebut, rupanya dah keluar dvd upin dan ipin (geng pengembaraan bermula) so dari kedai cetak rompak aku pg kedai yang tak cetak rompak.. ok.. sesiapa yang du luar sana.. beli yang original tau.. hehehe.. tapi aku bukan nak cerita pasal cetak rompak ke original.. tapi peristiwa yang berlaku selepas aku beli dvd tersebut…

Apabila telah selesai mengorat amoi kedai dvd tersebut.. hehehe silap.. silap… apabila telah selesai aku membeli dvd upin dan ipin pengembaraan bermula yang original tu. akupun membawa pulang dvd tersebut.. setibanya dirumah.. aku nampak anak dan 2 orang isteri.. hehehe bukan.. 2 orang anak dan isteri tercinta..

selepas makan malam aku yang dah ade anak berumur 2 tahun dan 1 tahun ni pun memasang cerita upin dan ipin pengembaraan bermula ni.. ish.. memang best cerita ni.. kira aku tabik spring le.. setanding dengan animasi dari luar negara tu… perghh hebat tul…

tapi sekarang dah tak best.. aku nak tengok tv macam biasa dah tak dapat.. aku sedih.. huhuhuhu.. mana tak nya.. anak aku yang sulung kalau aku balik kerje je “abah! pacang upin ipin” adik dia tukang sorak.. huhuhu.. nak tengok buletin utama pun dah tak dapat.. “abah, kite tengok upin ipin ye”, “abah, kite tengok upin ipin kan…” itu je lah yang aku dengar… huhuhuhu.. sikit lagi mau cecah 150kali tgk upin dan ipin pengembaraan bermula ni….

Memang ya.. dah sampai rosak dvd pun ada… sampai kena beli yang baru… kerana upin n ipin… nie sume gara2 sayangkan anaklah.

Leave a Reply