Web
Analytics
Button Text! Submit original article and get paid. Find out More

Tutorial Mempromosikan Kad Bisnes Untuk Blogger

Dalam artikel sebelum ini, kita sudah tahu potensi kad bisnes untuk seorang blogger mempromosikan blog mereka untuk mendapatkan pembaca blog baru sekitar 54,000 dalam masa satu tahun.

kad bisnes

kad bisnes

Ia angka yang banyak untuk usaha yang mudah bukan?

Tetapi mengetahui potensi dan cara untuk menghasilkan kad bisnes yang terbaik hanya sebahagian daripadanya. Pemilik blog harus tahu bagaimana untuk memberikan kad bisnes mereka kepada orang ramai.

Justeru itu, artikel ini akan memberikan tutorial untuk kita tiru dan lakukan. Kemudian lihat sendiri bagaimana impaknya terhadap blog.

Sebelum itu, terdapat satu formula mudah yang perlu kita terapkan dalam pemikiran, sebelum mula mengikuti langkah demi langkah untuk mempromosikan kad bisnes. Formula itu adalah:

Lebih Banyak Kita Berikan Kad Bisnes, Lebih Tinggi Trafik Blog

Dengan kata lain, apabila kita berjumpa dengan kenalan lama atau baru, berikan sahaja kad bisnes. Formula ini juga menerangkan betapa pentingnya untuk kita bertemu dengan rakan-rakan sekeliling.

Justeru itu, gunakan tutorial di bawah untuk meningkatkan peluang bagi berjumpa dengan prospek-prospek baru.

Jangan lupa untuk berikan kad bisnes apabila berjumpa mereka. Ingat tujuan utama kita.

Lakukan Kajian Terhadap Acara Rasmi dan Tidak Rasmi

Layari laman web yang berkaitan untuk mengetahui acara rasmi dan tidak rasmi, yang dianjurkan oleh mana-mana individu atau organisasi. Pastikan ia berkaitan dengan niche kita. Contohnya, sekiranya kita membangunkan blog mengenai keindahan dunia Islam, kita boleh hadiri acara rasmi yang dianjurkan oleh pihak surau dan masjid seperti:

  • Ceramah perdana.
  • Bengkel solat sunat.
  • Bengkel persediaan sebelum, semasa dan selepas menunaikan umrah.

Apabila bertemu dengan pihak penganjur atau peserta, kenalkan siapa diri kita dan berikan kad bisnes kepada mereka. Sentiasa ingat tujuan utama, iaitu meningkatkan jumlah trafik blog dengan pemberian kad ini.

Selain itu, kita juga harus peka dan menyediakan pelan perancangan untuk menghadiri acara rasmi dan tidak rasmi mengikut tarikh yang ditetapkan.

Setiap Kali Jumpa Rakan Baru, Buat Muka Tidak Tahu Malu

Apabila rakan lama kita memperkenalkan rakan mereka, tebalkan muka, terus berikan kad.

Tidak. Itu bukan cara yang sepatutnya.

Sebagai manusia, komunikasi dan sudut pandang pertama perlu diutamakan. Jangan terlalu ghairah untuk memberikan kad sehingga terlupa untuk memperkenalkan diri kita terlebih dahulu.

Kecenderungan melakukan kesilapan ini akan menimbulkan rasa tidak selesa rakan baru terhadap kita. Oleh itu pastikan kita menggunakan skrip seperti ini, apabila bertemu dengan rakan baru.

“Hai, nama saya Firdaus. Ini adalah kad bisnes. Jika ada kesempatan, boleh lawat blog saya seperti yang tertera dalam kad ini. Ia berkaitan dengan informasi dunia keindahan islam.”

Jelaskan dengan padat, supaya rakan baru kita mudah untuk memahami tujuan kad bisnes itu diberikan.

Rahsia Viral – Kad Bisnes Cantik dan Unik

Siapa yang mahu kad bisnesnya dihebahkan dari mulut ke mulut?

Jika mahu, pastikan kita mencipta kad bisnes yang unik dan cantik di mata penerima. Untuk tujuan ini, kita boleh mengubahsuai reka bentuk kad yang terlalu umum. Misalnya:

  • Kad bisnes petak diubah menjadi bulat.
  • Kad bisnes berdakwat pencetak diubah menjadi dakwat pen.
  • Kad bisnes yang menerangkan diri sendiri diubah menjadi kalendar di bahagian belakang.

Apabila kad kita unik dan cantik, maka ia akan menjadi tarikan penerima untuk menghebahkan kad ini kepada rakan-rakan mereka. Sudahlah cara promosi kad bisnes ini memang mudah, ditambah pula dengan promosi viral secara percuma.

Dengan ini, mudah-mudahan tutorial ringkas ini dapat membantu kita untuk memberikan kad bisnes blogger kepada lebih ramai prospek. Siapa tahu, dengan cara ini sahaja sudah dapat meningkatkan 300% trafik di blog.

Adakah tuan dan puan sudah cuba cara ini? Apa pandangan kalian?

Leave a Reply