Web
Analytics
Malaysia SEO Expert Get SEO Expert assist on your blog. Find out More

Tukang Urut Terdesak

Aku rasa tukang “urut sedap” sekarang ni dah panas punggung, memandangkan pihak berkuasa kerap menjalankan operasi “premis urut haram”. Oh ada halal dan haram gak yer rumah urut ni.

Tadi aku singgah sekejap dekat petrol pam untuk menunaikan hajat selepas berbuka di restoran Wong Solo Kg Baru. Pada masa nak masuk dalam toilet, aku ternampak iklan di depan mata aku yang menyata: “massage for 45 minute”.

vandalism11

vandalism11

Setahu aku, kalau tukang urut patah atau urut lepas bersalin, mereka tidak akan membuat iklan seperti ini dalam toilet. Selalunya mereka iklankan dalam surat khabar atau buat flyers dan hantar ke rumah untuk membuat promosi untuk bisnes urut mereka. Tapi tukang “urut sedap” ni boleh letak iklan kat pam tandas. Aku rasa ini memang betul-betul terdesak.

Apa yang timbul dalam kepala aku adalah aku rasa iklan urut ni semacam jer. Banyak sangat aku jumpa iklan macam ni dalam toilet. Terutama dalam toilet lelaki, ada sesetengah tempat tu, gay pun ada letak iklan siap dengan iklan katun yang menjijik kan.

Teringat masa dulu-dulu apabila telefon awam masih tengah famous, banyak gak aku jumpa vandalism macam ni. Siap ada iklan untuk berkenalan lagi. Bila call kena lah maki hamun, sebab orang tu tak pernah buat iklan macam tu, mungkin ex -boy friend dia sakit hati, so letak no phone kat situ. Kalau setakat letak untuk berkenalan tak per gak, ni letak iklan untuk perhidmatan seks pulak. Kes jenaya ni…

Cerita pasal iklan ni, Along Bukit Beruntung pun selalu duk tampal iklan mereka merata tempat, kat signboard tepi jalan paling banyak. Sekarang ni pun masih banyak cuma tak seteruk dulu. Habis signboard jalan dorang tampal, sampai menyusahkan orang ramai. Jika sesiapa nak buat loan, lebih baik dan selamat untuk membuat pinjaman peribadi dari bank-bank atau peminjaman yang ada lesen dan boleh dipercayai. Macam ini baru tidak boleh kena tipu oleh Along.

Pernah aku sesat tak jumpa cari jalan nak masuk gara-gara tak nampak nama jalan sebab dah ditampal oleh ejen along nih. Memang menyusahkan betul lah..

Kalau orang asing masuk toilet tu dorang mesti mengeleng kepala, sebab orang Malaysia sangat terdesak sampai letak iklan dalam toilet :)….hmmmm

Leave a Reply