Web
Analytics
Button Text! Submit original article and get paid. Find out More

Tersepit Kerusi dan Hidup Tersepit

Rasanya tak terlambat nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU untuk pembaca blog ini. Harapan di tahun 2014 semuanya dalam keadaan baik, tetapi awal tahun dah berlaku kes budak tersepit di kerusi. Kes budak tersepit ni menjadi trending untuk tahun baru. Bukan sorang dua, malah kejadian ni berlaku di merata tempat. Bila tengok di laman social, rasa kelakar dan kesian pun ada. Kelakar dari sudut kanak-kanak itu sendiri, macam mana dia boleh terfikir nak masukan kepala dia celah kerusi tu, nama pun budak. Tidak cukup akal untuk berfikir macam orang dewasa.

Rasa kesian bila budak yang tersepit mula panik dan menangis. Rakan-rakan di sekeliling tak mampu nak tolong, tolong gelak boleh lah! Cikgu yang selalu Mak Bapak dok marah jugalah yang jadi hero penyelamat. Pihak-pihak berwajib, dah boleh fikir reka bentuk kerusi yang baru, tapi jangan tukar sekarang, bila kerusi tu dah sampai tarikh luput dan boleh write off atau lupuskan. Untunglah siapa yang dapat tender tu kan!

tersangkut kerusi

tersangkut kerusi

Di Malaysia ni, kalau sesuatu kejadian berlaku selalu nya akan berkait. Contoh paling ketara, kalau bumbung runtuh, lepas tu satu persatu bumbung di tempat lain runtuh jugak. Kalau kes budak kena dera, lepas tu satu persatu kes dera berlaku. Kalau harga naik, lepas tu satu persatu harga barang akan naik… opsss, tak boleh terlalu lantang nanti dikata perderhaka dan halal untuk dibunuh! Aku sendiri tak faham apsal diorang suka benar main dengan kerusi ni. zaman aku dulu, takdenya main benda nih..

Tahun 2014 adalah tahun Hidup Tersepit bagi rakyat marhaen. Ya kita perlu fikir positif untuk mengelakan tekanan keatas kenaikan harga barang, tetapi orang yang bercakap mungkin tak rasa bebanan yang ditangung. Sebab mereka tak pernah rasa susah atau buat-buat lupa bila dah senang. Bagi rakyat marhaen, nilai satu ringgit kena fikir sepuluh kali untuk dibelanjakan. Kalau memang wajib dibelanjakan nak tak nak terpaksa juga.

Selepas PRU 13, rakyat marhaen mula dibebani dengan peningkatan harga minyak petrol, walaupun cuma 20 sen, tapi kesan dari itu ibarat seperti domino, jatuh satu dan akan jatuh semua nya. Dalam dok sibuk rakyat marhaen membicaran hal kesan kenaikan barang, menteri-menteri pasola mula bersuara dengan idea-idea yang tak munasabah dan tak masuk dek akal.

2014 tahun yang naik dan tak akan turun, kalau ada pun mungkin PRU 14 ada yang kena turun secara terhormat. Bijaklah memilih wahai rakyat Malaysia!

Pendapat saya DOSH dan NIOSH perlu menawarkan diri dan proaktif tidak perlulah ada laporan baru hendak bertindak. Terdengar dahulu akan ada jawatan Safety Officer di setiap sekolah tak tahu bakal dilaksanakan atau tidak.

Biaya hidup di tahun 2014 lebih besar dibandingkan dengan tahun 2013 lalu, ini mengisyaratkan kalau kita harus lebih berusaha keras dalam mencari rejeki Allah SWT. Semoga di tahun ini hidup kita akan lebih baik dan bermakna.

Leave a Reply