Web
Analytics
Malaysia SEO Expert Get SEO Expert assist on your blog. Find out More

Terima Kasih Pak Zainal Buang Hussein

Apa gamaknya perasan anda semua sekiranya seseorang yang anda minati dan kagumi, tidak kira sama ada kerana dari segi apa sahaja sama ada di bidang seni, pendidikan, agama, kepimpinan dan sebagainya tiba-tiba singgah dan atau menegur anda? Macam mana perasaan anda dan bagaimakah pula gamaknya respon anda ketika itu. Pastinya terbit satu perasaan yang cukup istimewa dan sukar digambarkan dengan kata-kata.

kutu zainal buang hussein

Photo kredit kepada: Zainal Buang Hussein

Begitulah juga perasaan yang sedang aku alami sepanjang awal pagi ni, tiba-tiba sahaja dan tanpa disangka-sangka salah seorang kartunis cukup popular dalam dunia seni lukis negara, pak Zainal Buang Hussein sudi singgah dan beri nasihat yang amat bernilai untuk aku dan jadikan aku amat bersyukur sekali.

Kalau dulu karya-karya Pak Zainal Buang Hussein banyak boleh di hayati dalam salah satu majalah kegemaran aku Gila-Gila, cukup popular sekitar tahun 80-an dan awal 90-an dahulu. Sebenarnya melalui minat terhadap majalah tersebut jugalah aku buat aku belajar melukis, walaupun hasilnya lukisan aku tu sekadar cukup syarat aje hehe.

Pada masa yang sama majalah tersebut juga aku jadikan alat bantuan membaca. Ya lah masa tu dok sekolah rendah, bukannya suka sangat baca buku sekolah, lebih suka layan komik dan majalah.

Bila membaca entry penghujung Jalan Otai di blog Pak Zainal cukup terkesan dan bagaikan dapat merangkap maksud luahan pak zainal melalui coretan tersebut. lebih-lebih lagi bila membaca perenggan:

Akhirnya…aku merakul usia 55 penuh keinsafan. Tiada apalagi yang dapat aku wariskan melainkan catatan dan goresan sebagai menyudah terhadap apa yang pernah aku mulakan suatu masa dahulu. Datang dengan tiada apa. Pulang juga tidak seberapa.

Cukup bermakna coretan tersebut dan mendalam maksudnya. Semoga pak zainal terus bersemangat untuk berkarya dan meneruskan lagi perjuangan seni beliau. Juga semoga sentiasa diberi kesihatan dan kekuatan sentiasa.

Leave a Reply