Web
Analytics
Malaysia SEO Expert Get SEO Expert assist on your blog. Find out More

Sikit Tutorial Untuk Blogspot

Terbalikkan Tajuk Entri dan Nama Blog

tajuk terbalik

Pernah dengar tentang cara nak terbalikkan tajuk entri ni? Maknanya kat dalam enjin carian, tajuk entri blog akan berada di hadapan nama blog kita. Kalau kena dengan keyword yang user cari, mungkin blog anda sentiasa berada di muka depan enjin carian. Owh, front page ?.

Mari lihat tutorial untuk terbalikkan tajuk post di blog, ringkas dan mudah.

  1. Seperti biasa, pergi ke Design -> Edit HTML -> tick pada Expand Widget Template.
  2. Klik CTRL + F untuk aktifkan fungsi search pada browser.
  3. Cari kod dengan copy dan paste pada kotak Find kat bawah browser.
  4. Bila dah jumpa, delete kod tersebut dan paste kod ini :
  5. Macam biasa, Save Template. Buka satu entri di blog dan lihat hasilnya.

Pasang button ‘Facebook Like’ pada blog

Facebook like button merupakan satu widget yang kian popular bagi blogger sekarang. Tutorial ringkas ini akan menerangkan bagaimana untuk memasang widget tersebut.

thumbs up

thumbs up

1. setelah log in akaun blogger, pergi ke Design -> Edit HTML.

2. TICK expand widget templates.

3. Tekan Ctrl + F untuk aktifkan fungsi search pada web browser.

4. cari kod ini

<data:post.body/>

5. letakkan kod

<iframe allowTransparency=’true’ expr:src=’&quot;http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=&quot; + data:post.url + &quot;&amp;layout=standard&amp;show-faces=true&amp;width=530&amp;height=60&amp;action=like&amp;colorscheme=light&quot;’ frameborder=’0′ scrolling=’no’ style=’border:none; overflow:hidden; width:530px; height:60px’/>

di bawah kod

<data:post.body/>

6. klik save template dan anda boleh lihat hasilnya.

Paparkan HTML kod pada entri blog dengan mudah

html kod

Pernahkah anda berasa malas untuk post entri berkenaan tutorial blog ?

Sebabnya, terpaksa menukar setiap HTML karakter itu supaya dapat dilihat dalam entri. HTML merupakan salah satu bahasa pengatucaraan ( programming ) yang digunapakai dalam penghasilan sebuah layout web. Jadi tidak hairanlah mengapa HTML kod yang kita paste pada bahagian Edit HTML ( blogger ) tidak terpapar di entri kita sebab dah diintegrasi dengan kod HTML yang lain.

Kalau tutorial tu sampai 2-4 baris, jenuh la nak tukar satu-satu dengan cara manual. Untuk memudahkan kerja penukaran kod HTML supaya boleh dipapar kat entri blog, anda boleh gunakan HTML Character Encoder dari http://www.allblogtools.com/.

Klik SINI untuk mencuba. =)

Menukar Template Blog

Untuk kali ini aku tidak mengkategorikan tutorial tukar template sebagai tutorial asas sebab sudah masuk ke bahagian teknikal. Jika tujuan untuk membina blog sudah diketahui, mesti nak tukar template kan nak bagi cantik blog. Bagi mereka yang masih baru membina blog dan tercari-cari cara untuk menukar layouts, aku ada sedikit perkongsian ringkas.

1 and 2

Setelah anda log-in ke dalam akaun blogger, anda akan nampak ruangan dashboard. Klik ke bahagian design.

3

Ini adalah ruangan design. Klik ke bahagian Edit HTML.

4

Anda akan lihat ruangan Backup/Restore template dan Edit template. Fungsi download Full Template penting kerana anda boleh simpan template yang sedia ada sebelum menukar template baru bagi mengelakkan insiden tidak diingini berlaku. Kalau yang baru tak cantik, boleh upload balik template lama tu tapi widget kena buat balik la.
Untuk tukar template, klik kat browse.

5

Cari di mana anda letakkan fail ( XML ) template iaitu template baru yang telah anda muat turun tadi. Contoh format fail mestilah begini : template.xml
Pilih fail tersebut dan klik Open .

6

6

Akhir sekali, klik Save Template kemudian preview blog untuk lihat hasilnya.

Ada kemungkinan template yang kita ambil tidak disokong oleh blogger, aku pernah kena macam tu. Kadang-kadang bila live view cantik tapi bila kita guna, tak berapa cantik. Kena pandai-pandai la pilih.

Pemilihan juga perlu tepat dan bersesuaian dengan konsep blog. Takkan la blog berkonsepkan persatuan nak guna template bunga-bunga kan ? Pilih corak yang bertepatan dengan konsep blog.

Cuba untuk elakkan template yang terlalu banyak gambar sebab bila nak loading tu akan jadi lambat sikit, kalau dah letak widget banyak nanti lagi la lambat nak loading. Template yang ringkas seperti warna putih pun ok gak. Ikut citarasa masing-masing la ek.

Di sini aku sediakan link yang aku selalu survey bila nak pilih template.

http://www.zoomtemplate.com/
http://blogger-dashboard.blogspot.com/
http://www.ipietoon.com/
http://www.bloggerstyles.com/
http://www.ourblogtemplates.com/
http://www.bietemplates.com/
http://www.ezwpthemes.com/
http://www.bloggertricks.com/
http://simplexdesign.blogspot.com
http://www.eblogtemplates.com
http://www.templatelite.com/

Ok, selamat mencuba.

*nota kecik : blog ini sudah melakukan penukaran template lebih 50 kali. Mungkin hampir 100 kali tukar kot. Hahahaha..

Menukar Favicon Blog

Favicon ialah icon kecil yang terletak kat sebelak kiri browser tab kita. Favicon juga melambangkan identiti sesebuah blog atau website. Kalau tengok kat sebelah address bar tu perasan la kan logo apa yang diorang pakai. Untuk pengguna blogspot mesti bosan kan logo B je sama dengan orang lain,blog aku kat blogspot pun aku tukar gak faviconnya. Okey, jom tukar favicon dan cipta kelainan pada blog.

… contoh gambar yang guna favicon asal dan yang guna favicon sendiri …

Ni screenshot lama, aku amik gambar ni je.. Aiseh, kantoi kan aku tengah usha SEO improvement kat blog Ariff..

Mula-mula sebelum tukar, korang mesti kena ada favicon tu dulu. Nak buat boleh guna Adobe Photoshop dengan size layer 16 X 16. Pastu design la ikut sukahati camane pun. Siap, simpan dalam bentuk imej ( cth : .jpg ). Tak reti guna photoshop ? Takpe.. Cari je kat google tu, taip favicon icon atau keywords yang sewaktu dengannya. Ada je website yang sediakan favicon comel-comel. Tak pun search kat Photobucket. Jumpa favicon yang sesuai,simpan gambar tu dalam komputer.

Seterusnya, buka akaun image hosting korang ( cth : Photobucket, Flickr ). Kalau takde boleh register, Photobucket dan Flickr ni percuma, penting gak ada akaun image hosting untuk kegunaan masa depan. Kenapa penting tu aku tak cerita dulu la, fokus kat tukar favicon ni dulu.

Upload gambar tadi kat photobucket. Aku amik contoh Photobucket sebab aku gunakan ni sebagai image hosting. Apa – apa provider pun tak kisah sebab yang kita nak Direct Link atau URL Image tu je. Dah siap upload, cari Direct Link image tadi macam kat gambar bawah ni dan save kat mana-mana la. Notepad ke Word ke.

Sekarang ikut step ni :
1. Macm biasa bila nak godeh HTML code blogspot buka Design -> Edit HTML -> tick Expand.

2. Klik CTRL + F nak aktifkan fungsi search kat web browser.

3. Cari kod ini <title><data:blog.pageTitle/></title> . Dah jumpa biarkan dulu.

4. Copy kod

<link href=’YOUR – IMAGE – URL ‘ rel=’shortcut icon’ type=’image/png’/>

dan paste DI BAWAH kod <title><data:blog.pageTitle/></title>.

5. Gantikan ayat YOUR – IMAGE – URL dengan Direct Link yang dah disimpan tadi.

6. Save Template dan boleh lihat hasilnya.

Okey, Selamat Mencuba.

Leave a Reply