Web
Analytics
Malaysia SEO Expert Get SEO Expert assist on your blog. Find out More

Pesan Anak Di Malam Ramadan

Salam 1 Ramadan kepada semua rakan blogger dan pembaca. Alhamdulillah pastinya ramai yang sudah menyelesaikan solat tarawih di malam pertama ramadan, penuh kemeriahan dan semangat untuk meningkatkan ibadah sepanjang bulan ramadhan yang mulia dan berkat ini. Saya sekeluarga juga turut sama mengambil keberkatan solat sunat tarawih di surau berhampiran rumah kami.

gayung mandi

gayung mandi

Malam pertama, macam biasalah, penuh dan ‘full house’, lepas tu lama-lama bilangan jemaah makin susut, bila dah tinggal 10 malam terakhir lagi nampak ‘ruang kosong’ nya. Tapi tu mungkin di sesetengah kawasan je kot, di tempat lain tidak begitu. Harap -harap kita semua dapat maintain steady dan istiqimah untuk sentiasa berjemaah di surau mahupun masjid berdekatan.

Puasa secara tidak lansung mengingatkan kita kembali ke zaman kanak-kanak, bila kita mula-mula nak belajar berpuasa dulu. Bagi mereka yang sudah mempunyai keluarga dan anak-anak, hal yang sama kita lakukan zaman budak-budak dulu kini anak-anak pula yang buat.

Sejujurnya sebagai ibubapa tidak dapat dinafikan kita merasakan cukup seronok melihat anak-anak beria-ria untuk belajar berpuasa. Tomyam junior dan princess tomyam pun bukan main lagi beria-ria dan bersemangat nak puasa. Petang tadi balik je dari sekolah siap pesan “Abah esok tak payah beli bekal untuk abe dan adik, pasal abe dan adik nak puasa, nanti kalau bawa bekal cikgu marah‘.

Sambil senyum saya tanya balik (saja nak menyakat)  ‘ok, tapi kalau abe dan adik lapar macam mana? larat ke awak berdua puasa ni?‘. Dengan pantas si adik jawab ‘tak boleh, kena puasa, nanti kalau tak puasa bila raya nanti kita tak boleh makan biskut raya, boleh minum air masak je‘. Nak gelak pun ada bila dengar jawapan mereka ni.

Sebelum itu mereka berdua cukup seronok bila ibu mereka belikan jam loceng baru khas untuk mereka berdua di bulan puasa nanti, bukan main lagi dok set timing jam tu. Niat puasa memang dah hafal lengkap.

Sebelum mereka tidur tadi dapat pula pesanan yang cukup menyentuh hati, ‘abah, nanti bila abah nak tido jangan lupa bawak bekas air kat tepi abe dan adik. Senang bila abe dan adik susah nak bangun sahur, abah siram je dengan air tu‘. nak gelak, terharu dan macam-macam perasaan dalam hati saya bila dengar kata-kata ikhlas si anak.

Begitu bersemangat kanak-kanak untuk berpuasa walaupun tak tahu apa sebenarnya maksud puasa tu, pada masa yang sama terfikir ada jugak orang dewasa yang beri macam-macam alasan dan guna pelbagai taktik untuk tidak mahu berpuasa.

Leave a Reply