Web
Analytics
Malaysia SEO Expert Get SEO Expert assist on your blog. Find out More

Pengemis Di Pasar Ramadhan

Masih lagi berkaitan dengan sifat murah hati dan suka derma di kalangan rakyat malaysia, memang tidak dinafikan rakyat negara ini merupakan salah satu di antara masyarakat yang suka menderma. Dan dek kerana sikap murah hati dan suka menderma itulah ada di kalangan golongan tertentu yang cuba mengambil kesempatan untuk mendapatkan keuntungan melalui sikap prihatin dan murah hati rakyat negara ini.

Sebenarnya saya baru balik dari pasar ramadan yang memang selalu dikunjungi sejak dari dulu-dulu lagi. Daripada minggu lepas dok pusing-pusing dalam pasar ramadhan tu baru dua hari lepas saya perasan adanya sekumpulan pengemis warga asing yang menggunakan kanak-kanak dan bayi sebagai umpan menagih simpati bagi mendapatkan sedekah daripada orang ramai yang lalu lalang.

Bila diperhatikan betul-betul, mereka ni bergerak secara kumpulan dan berada di beberapa lokasi strategik sepanjang pasar ramadhan ni. Secara peribadi saya fikir macam ada sindiket tertentu yang menguruskan pergerakan mereka.

pengemis di bazar ramadhan

pengemis di bazar ramadhan


Style mereka ni pulak macam-macam, ada ibu yang bawa bayi atau kanak-kanak, ada juga kanak-kanak sahaja yang menadah tangan sambil mulut terkumat kamit macam membaca sesuatu. Lama saya dok perhatikan mereka semua, kalau tak silap ada sekurang-kurangnya 4 kumpulan peminta sedekah tersebut dalam satu masa di kawasan pasar ramadan tersebut.

pengemis

pengemis

Memanglah simpati dengan nasib mereka, namun pada masa yang sama geram dengan sindiket dan pihak yang menjalankan aktiviti ini. entah berapa ajelah yang dapt kat dia orang tu, yang lain pastinya kumpulan sindiket yang ambil.

Dan macam yang dijangka, apabila saya cuba intai ‘collection’ seorang daripada peminta sedekah tersebut, memang banyak juga kutipan mereka, silap-silap mahu sama dengan peniaga yang dok meniaga kat situ. Adoilah.

Leave a Reply