Web
Analytics
Button Text! Submit original article and get paid. Find out More

Pengalaman Beli Barang Online dengan Lelong

Selang beberapa hari selepas menerima hadiah Ipad mini daripada Packet One Sdn Bhd, aku terus mencari casing yang sesuai dengan harga yang berpatutan, menepati citarasa, ada kualiti dan ekonomik sama ada secara online dan offline. Selepas membaca entri di blog ini, aku pun membuat keputusan untuk membeli secara online.

lelong.my

lelong.my

Setelah melakukan pencarian di beberapa website yang menjual ’casing’ Ipad mini yang menepati ciri-ciri yang aku nyatakan di atas. Akhirnya aku membuat keputusan untuk membeli di Lelong.com.my.

Pada mulanya aku kurang yakin kerana takut tertipu. Maklumlah, banyak kes penipuan yang berlaku semasa di urusan jual beli di internet. Selepas melihat maklum balas dan komen yang ditinggalkan serta tarikh terakhir maklum balas dan komen yang ditinggalkan antara pembeli dan penjual. Ini adalah salah satu tips yang aku gunakan untuk mengukur tahap keaktifan seller dan servis jualan dalam melakukan transaksi.

Setelah berpuas hati dengan ‘casing’ pilihan hati. Aku membuka akaun di Lelong.com.my kerana belum mempunyai akaun lagi dan mengikuti langkah seterusnya yang ditetapkan oleh Lelong.com.my. Sampailah tahap pembayaran, aku memilih membuat kaedah bayaran online. Jumlah yang perlu dibayar masih berpatutan termasuk kos penghantaran.

Dipendekkan cerita keesokan harinya, mendapat panggilan daripada seller dan menyatakan syok pilihan warna yang dipilih sudah kehabisan sebenarnya. Semuanya berlaku akibat kecuaian teknikal yang tidak dapat dielakkan. Ini membuatkan rasa terpaksa untuk membuat pilihan warna yang masih ada stok lagi. Hanya beberapa warna saja yang tinggal iaitu Hijau dan Rose. Aku memilih warna Rose kerana ala-ala warna maroon gitu.

Selepas seller sudah mengepos “casing’ yang aku order, seller tersebut terus memberikan aku nombor tracker pos laju.

Alhamdulillah, sudah selamat sampai pada hari isnin iaitu 9/12/2013 kerana ’casing’ yang aku order dipos pada hari Jumaat. Barangkali hari sabtu adalah hari cuti. Itu yang menyebabkan sampai lambat sikit daripada tarikh yang aku jangkaan patut sampai.

Setahu saya, ramai orang cuma beli aksesori saja di Lelong. Sebab ramai yang takut kalau beli barang elektronik sekarang ni bahaya sikit, jika sekali kena barang elektronik yang klon, maka menangis lah.

Leave a Reply