Web
Analytics
Malaysia SEO Expert Get SEO Expert assist on your blog. Find out More

Monday Blues Rempit 3

Lepas subuh aku dah bangun, terasa berat badan nak bangun pagi ni. Aku capai tuala kat beranda belakang sambil meninjau-ninjau aso yang selalu buat buat taichi. Tiap-tiap hari mesti nampak dia bersenam depan rumah. Tapi pagi ni aso tu tak ada, mungkin sakit agaknya. Ehh! kenapa aku rindu pulak kat aso tu pagi ni?Aso tu dah tua pun…bongkok 3 tapi anak dia hat bujang tu memang comei.

rempit

rempit

Tiap-tiap pagi aku nampak dia masa nak pergi keje. Kami saling berbalas senyuman. Orang senyum kat kita, kita pun balas lah kan, nanti kata sombong pulak. Senyum ada makna kut!. Hehehe…Mana boleh aku dah ada yang punya sedang tengok aku setiap kali aku nak start motor pi kerja. I’m married ok but available!!!!-gatei- !!! mai dah.

Aku cepat-cepat mandi, aku dok cari berus gigi warna hijau…mana pi berus gigi aku tu!

“Umi mana berus gigi babah?”

“Hmm…Alia dah campak dalam lubang jamban…Umi dah buang!!!”

“Uwekk…uwekk” rasa nak muntah seperti perempuan bunting pelamin.

Huh sedihnya. . berus gigi kesayangan aku hilang. Aku capai tuala keluar dari bilik mandi. Aku belek beg buruk aku tu. Lega! ada berus gigi warna kuning siap dengan ubat sekali. Tak pa hat tu hilang hat ni ada ganti. Aku berus gigi sambil belek kot ada bulu hidung yang terkeluar dari hidung. Nanti hilang kacak aku pagi ni. Aku sabun semua badan dengan sabun May yang berbau epal. Badan aku dah bersih suci.

xxxxxxxxxxxx

Lepas pekena secawan Nescafe dan cucuq kodok, aku capai kunci motor turun cepat2 pi bawah. Motor di start dengan sekali tendang dah hidup. Aku baca Bismilah masuk gear terus pecut. Masa nak masuk gear dua, tayar depan ter whelly sikit. Dalam hati skill rempit masih ada lagi sikit, tu pun dah hujung dah.

Tengah syok mencilok antara dua kereta…. satu bmw warna silver tiba-tiba belok kanan. Dia dah tau jalan jammed depan sana pun dia boleh cilok lagi. Apa lagi, aku drop gear satu persatu, bagi enjin slow sikit berpusing. Ngam-ngam depan bonet belakang bmw, motor aku berhenti. Lagi berapa inci nak kena keta dia. Kalau kena memang aku tak bayar, salah dia, sebab belok tanpa bagi signal.

Aku cilok sikit sebab nak tengok siapa pemandu nya. Mau jer aku bagi tendangan tanpa bayang kat keta tu. Bila aku sampai betul-betul tepi driver…………satu senyuman paling maneh diberikan pada aku. Amoi yang sangat cun dan berskirt paras peha. Hati aku cair seperti ais yang diletakan atas kuali.

Aku teruskan perjalanan sambil teringatkan amoi tadi dan berangan-angan kosong………………………. . hanya aku yang tahu apa yang di angankan!

Blues sungguh pagi nie…

Leave a Reply