Web
Analytics
Malaysia SEO Expert Get SEO Expert assist on your blog. Find out More

Minta Maaf pada Norman Hakim

Mungkin aku terlambat untuk up-date pasal Norman Hakim. Satu Malaya dah tahu mereka berdua sudah sah menjadi suami isteri.

Norman

Norman

Pada 29 Julai yang lepas Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur telah membebaskan dan melepaskan Norman Hakim dan pasangannya Memey atau Suhaizah Suhaimi. Bermakna dia tidak bersalah dalam kes yang didakwa tempohari.

Masa kes ini sedang hangat diperkatakan banyak suara-suara sumbang menghina, mengutuk, mengeji Norman dan Memey. Macam-macam tuduhan dilemparkan keatas mereka berdua. Ada juga yang memandai-mandai buat andainya sendiri kononya mereka berbuat perkara yang tidak baik didalam pejabat Norman itu sendiri.

Bila Mahkamah sudah mengesahkan mereka ini tidak bersalah, bagaimana dosa orang yang telah mengumpat dan mengeji mereka berdua dahulu?. Setahu aku dosa dengan manusia kena minta maaf dari manusia itu sendiri. Kalau dengan Allah boleh minta dengan Allah sebab Dia maha pengampun. Kalau manusia susah sikit nak cerita, bergantung pada diri manusia itu sendiri.

Saat ini aku terfikir bagaimana pula dengan blogger yang membuat liputan meluas masa kes itu tengah hangat?. Cacian dan makian penuh dalam senarai pengomen blog tersebut.

Bila mereka sudah bernikah masih ada lagi yang tidak berpuas hati, terutama peminat bekas isteri Norman. Bagi aku kalau mereka dah jadi suami isteri tak perlu kata apa-apa dah, doakan sahaja mereka bahagia itu lebih afdal.

Syukur aku tak pernah caci maki mereka berdua bila kes mereka hangat diperkatakan. Aku angkat topi dengan cara Norman Hakim menangani masalah mereka. Norman lebih cool dari bekas isterinya. . macam tulah ciri-ciri lelaki macho!

Anda ada buat dosa tak dengan Norman dan Memey?. Masih belum terlambat untuk meminta maaf!

Orang kita sesetengahnya suka terus menghukum walaupun mahkamah sendiri kata dia tak bersalah. Pelik dengan perangai manusia ini. Banyak sangat jumpa komen cacian apabila sesuatu melibatkan artis.Sikap masyarakat itu sendiri sebenarnya. Stereotype apabila sorang artis buat hal, semua dilabel macam itu. Padahal luar dalam sorang artis tu kita tak tahu.

Nasib baik aku tak ambil kisah pesal kes ni dlu.. baca2 jer, n buta tak tau jer… Moga2 dia terus kekal bahagialah dgn pasangan barunya..

Ramai gak blogger yg buat posts pasal ni kan.. ye lah masa tu topik tgh hot.. Sebenarnya banyak lagi kes yang kita dah hukum dan tak terima apa yang diputuskan mahkamah…, hasil siasatan pihak berkuasa, dan penjelalasn pihak yang dituduh walaupun disertakan bukti..

Leave a Reply