Web
Analytics
Button Text! Submit original article and get paid. Find out More

Menembak Gambar Pada Malam Hari

Acara menembak sambil belajar versi 3.0 dah selesai semalam dengan semua usaha yang diberikan. Kali ni baru berani sikit saya untuk publish kehasilan gambar sebab dapat hasil yang agak memuaskan. Kalau nak ikutkan dengan apa sebenar yang saya nak, memang masih tak puas hati lagi tu sebab gambar-gambar yang diambil tu tak dapat betul-betul sharp lagi. Teknik menembak gambar yang quality tu yang perlu diasah sampai tajam.

Kali ni kami pergi bertiga orang, awek a.k.a anak sulong sebagai teman, sebab tengok dia macam kusut jer duduk dengan bosan kat rumah, jadi saya ajak dia pergi sekali lah ambik udara malam di jalan raya yang gelap dan sunyi tu. Dah dekat pukul 1 dia tidur dalam kereta hehehe….orang muda cepat untuk masuk mengantok.

Meh tengok hasil yang tak seberapa, masih dalam peringkat belajor kata orang puteh. Lain lah pemenang photografi blog nih. Dia memang sudah seorang jurugambar yang expert.

foto jalan

foto jalan

Hasil tembakan pertama untuk buang buruk kata orang.

tembak kedua

Tembakan yang kedua…….ok sikit dari yang pertama.

tembak ketiga

Tembakan yang ketiga dapat cantik sikit dari yang 1 dan 2

tembak keempat

Belajar teknik panning memang ambil masa yang banyak. Sampai sekarang masih saya dalam peringkat belajar. Jarak jauh lagi bagi saya jadi seorang jurgambar expert dan professional lagi :). Sekurang-kurang nya teknik dan setting manual dah tahu untuk shoot yang macam ni. Next time boleh saya cuba untuk menembak gambar jalan raya pada waktu siang pulak.

Semalam apabila tengah syok menembak ada sorang mamat tetiba berhenti dan tanya korang buat apa ambik gambar aku tengah bawak motor, dia kena tahu jugak tu untuk tujuan apa, takut nanti kena masuk gambar dan buat apa yang jahat. Lepas explain kat dia baru dia lega hahaha – macam ada wat salah jek hehehe….

Kami gerak dalam pukul 1 lebih……..walaupun hasil kureng – panning, tapi dapat belajar sesuatu dari ilmu yang belajar tadi. – kira personal coaching la dari azmanishak.com hahaha…. Sedut jangan tak sedut.

Leave a Reply