Web
Analytics
Malaysia SEO Expert Get SEO Expert assist on your blog. Find out More

Mari Belajar Bahasa Alien

Pefenahfah takfak koforangfang defengarfgar oforangfang cafakapfap dafalamfam bafahafasafa yangfang koforangfang takfak fafahamfam danfan bufunyifyi pefelikfik mafacamfam nifi? Ifinifilahfah bafahafasafa afalifienfen hafahafa.

Haha. Thanks kepada Marzuki sebab buat entri pasal bahasa alien neh. Dalam masa² ketandusan idea nak buat entri baru, entri ni ibarat nasik goreng pataya yang mengisi perut yang kosong haha. Sedang menaip dalam keadaan perut lapar.

bahasa alien

bahasa alien

Kat matriks dulu aku ada dua orang kawan kategori aww yang suka benar cakap dalam bahasa alien neh. Kalau diorang tengah cakap dengan bahasa pelik ni, ternganga aku cuba nak paham tapi tak paham² juga. Lepas baca entri Marzuki berulang² tadi, baru aku dapat tangkap rahsia bahasa pelik ni haha. Macam dah pecah kod rahsia la kiranya. Lepas ni mana² remaja yang suka cakap dalam bahasa kod pelik ni jangan ingat orang lain tak paham. Sebab aku akan cuba pecahkan rahsianya hahaha. Mari kita belajar sekarang…

Untuk pembelajaran, sila rujuk perenggan pertama. Cuba baca dua, tiga kali. Mesti dapat tangkap maksud tersirat dalam setiap ayat. Kalau tak dapat jugak, meh aku bold suku kata yang sebenarnya dan korang cuma perlu sambungkan je suku kata tu ok?

Pefenahfah takfak koforangfang defengarfgar oforangfang cafakapfap dafalamfam bafahafasafa yangfang koforangfang takfak fafahamfam danfan bufunyifyi pefelikfik mafacamfam nifi? Ifinifilahfah bafahafasafa afalifienfen hafahafa.

Dapat? Eheh, cuma perlu gantikan huruf awal dalam setiap suku kata dengan huruf ‘f’ kemudian disambungkan suku kata yang diganti dengan huruf awalan ‘f’ tadi selepas suku kata yang pertama dalam perkataan tu. Erk, macam pening pulak. Oklah, contohnya macam ni.

Katakan nak buat perkataan ‘Amirez’. Dalam perkataan ‘Amirez’ ada 3 suku kata; ‘A’, ‘mi’, dan ‘rez’. Untuk ‘A’ jadikan ‘fa’. ‘mi’ jadi ‘fi’. ‘rez’ pulak jadi ‘fez’. Maka dalam bahasa aliennya jadi macam ni; ‘Afamifirezfez’ eheh. Bukan susah pun. Ni lagi contoh:

Aku = Afakufu
Kau = Kafaufu (atau mungkin ‘Kaufau’)
Dia = Difiafa (atau mungkin ‘Diafia’)
Blog = Flog
Wordpress = Wordfordpressfress (haha..boleh ke begini?)

Untuk makluman, bukan tambahan huruf ‘f’ je dalam bahasa alien ni. Ada jugak remaja yang ‘kreatif’ di luar sana guna tambahan huruf lain, contohnya huruf ‘k’. Contoh ayat ‘Aku suka makan nasi’ jadi ‘Akakuku sukukaka makakankan nakasiki’. Tak kisah tambahan huruf apa sekalipun, asasnya tetap sama.

Tiada lagi rahsia dalam bahasa alien ni haha. Lepas ni kalau dengar ada orang cakap dalam bahasa ni bolehlah korang curi² dengar eheh (amaran: amalan curi dengar adalah tidak baik).

Okokeykeylahkah, ikituku sakajaka kekelaskas unkuntukkuk hakariki ikiniki.

ps: kalau taip SMS dengan bahasa ni mesti penat lagi membazir space haha.

Leave a Reply