Web
Analytics
Malaysia SEO Expert Get SEO Expert assist on your blog. Find out More

Kawan Lama Yang Jarang Hubungi

Malam tadi aku sempat lepak sambil berbual kosong dengan ex-roomate masa zaman diploma dulu. Sejak dia habis belajar, aku lost contact terus dengan dia. Ya la, kadang² kita nak tau juga perkembangan kawan² kita. Berjaya ke mereka, apa yang mereka dah capai dan paling tidak pun, dan soalan wajib diorang ni dah kahwin ke belum? tettt.

kawan lama

Kalau dah berjaya alhamdulillah, kalau perlukan bantuan, mungkin kita boleh hulurkan setakat termampu. Dengan harapan mereka disekeliling kita turut juga berjaya. Insya-Allah.

Saat² mengenang balik sewaktu di asrama dulu, sangat nostalgia beb. Shahdu pun ada. haha.

Aloi, antara nama² awal yang aku kenal semasa aku mengaji di salah sebuah IPT di Pahang dulu. Baru² je masuk asrama terus sebilik dengan senior. Tak haru jiwa raga duduk dengan senior, dah la lain course, umur pulak tahap² bapak budak. Nasib baik diorang ni kool. Boleh la layannnnn.

Cubi dan Mader juga antara roomate aku masa tu. Diorang ni sempoi. Nasib aku pun bertuah duduk dengan diorang ni. Mana taknya, senior course aku pun tak kenal aku dan diorang ni la yang backing aku kalau ada apa². So far takde la apa² yang serius sebab aku pun tak la nakal mana kat kolej dulu. haha.

So lepas sebilik dengan diorang ni 2 tahun lebih kurang, tak lama pun diorang ni blah dan lepas tu baru la aku dapat sebilik dengan member satu course. kalau nak cerita, tahun depan pun tak habis.

Jadi malam tadi, 2 jam jugak la kami lepak berbual isu semasa sambil bercerita hal masing². Dalam tu juga, kalau ada apa² peluang boleh la sama² membantu. Tu la untungnya kalau mengeratkan silaturahim sesama kita.

Jadi kalau korang sendiri ada kawan² lama, contact la mereka dan bertanya khabar. Sekurang² kita ada kawan²sebagai tempat merujuk. Dan lagi, oleh la saling bantu menbantu kalau ada kesusahan. Tapi jangan sampai menyusahkan hidup member tu dah la kan. Hormati mereka dan hargai mereka. Itu pasti bermakna dalam hidup kita.

Leave a Reply