Web
Analytics
Button Text! Submit original article and get paid. Find out More

Jangan Keliru Dengan Tip Blogging

Hari ni baru ada kesempatan untuk menulis setelah beberapa hari bergelumang dengan kerja di pejabat. Namun masih sempat membaca entri yang ada di google reader sepintas lalu. Maaf kalau tidak sempat meninggalkan komen barang sepatah dua.

confuse

confuse

Banyak juga info yang di kongsi oleh rakan-rakan blogger dan juga tweet dari tribber. Minggu ni otak aku ligat memikirkan perbincangan/tip blogging dari orang lama dan juga yang baru.

Masing-masing memberikan tip bagaimana mereka berjaya dalam dunia blogging walaupun ada yang baru “setahun jagung” (maaf jika ada yang terasa) menulis blog, bagi aku ini adalah satu perkongsian yang baik!.

Apabila terlalu banyak membaca tip yang diberikan, maka pertimbangan kita dah menjadi carca marba. Dah tak tahu yang mana hendak di dahulukan.

Bila dah terlalu banyak in-put dalam kepala maka terjadilah blogger yang terlalu kejarkan wang dan trafik. Semua tip kita nak cuba sehinggakan kualiti entri kita terabai dengan jaya nya.

Memang di akui trafik memang penting untuk sesuatu blog, tetapi apabila otak dah keliru, ada yang sanggup mengejar trafik secara jahat tanpa mereka sedari.

Pada pandangan aku, terutama blogger baru,jangan terlalu cepat mengamalkan semua tip yang diberi, sebaliknya kaji lah kesesuaian dengan tahap di mana kita berada.

Merangkaklah perlahan-lahan di samping tu buat sedikit kajian yang bersesuaian dengan anda. Kita juga boleh jadi terkenal dan trafik mencurah-murah masuk dengan cara kita sendiri…fikir-fikirkan lah!

Apa yang dikatakan ni memang ada kebenaran apa jua tips yang kita nak apply perlu dilihat dgn kesesuaian tips tersebut dan mampukah kita laksanakan tips tersebut.

Terbaik sebagai pembaca kita ambil input yang baik nak aplikasikan tak tips tersebut kita tetentu kemudian – saya banyak buat begitu.

Tiada beza yg baru dan lama sebab yang lama pun bermula dari bawah. Dulu pun masa saya mula-mula menulis blog banyak juga cari tip-tip blogging. Contohnya bila baca tip dari si A, dia kata tak perlu update blog tiap-tiap hari, memadai seminggu 3/4 kali…atas alasan tidak mahu entri yang di hasilkan kurang kualiti dan apabila baca blog si B, dia kata blog kena update tiap-tiap hari barulah blog kita cepat terindex di google..

Sebenarnya kedua-dua tip adalah betul, tetapi kena guna mana yang sesuai dengan kita.

Sekarang saya kumpul saja mana-mana tips yang ada. Tetapi bukan semua tip akan saya ikut. Ada cara yang saya rasa okay, saya akan cuba buat tapi ada modify sikit juga. Trafik tu penting cuma saya buat cara saya. Takdalah tulis benda yang diluar kepakaran semata-mata nak trafik. Menulis pun payah sebab tak ada jiwa saya dalam penulisan tu.

Tip nampak mudah ditulis tapi tidak mudah dilaksanakan kerana algorithm enjin carian selalu berubah. Mungkin hari ini tip yang diberikan sesuai untuk diaplikasikan mungki 2-3 bulan akan datang sudah tidak relevan. Perlu selalu membaca untuk mendapatkan maklumat yang terkini dan peka perubahan sekeliling.

Leave a Reply