Web
Analytics
Malaysia SEO Expert Get SEO Expert assist on your blog. Find out More

Fungsi Kad Bisnes Untuk Blogger – Cara Tidak Rasmi Mempopularkan Blog

“Hai, nama saya Shaharil. Saya bekerja sebagai konsultansi pemasaran untuk bisnes-bisnes kecil. Ini adalah kad bisnes saya. Sekiranya tuan ingin mengetahui bagaimana syarikat tuan dapat meningkatkan jualan mulai tahun hadapan, boleh hubungi saya.”

Perbualan di atas adalah contoh terhadap sebuah item yang diberi nama kad bisnes, atau business card. Sekiranya kita pernah bekerja untuk mana-mana syarikat kerajaan atau swasta, kita pasti pernah menghadapi situasi di atas. Ya, kita akan memperkenalkan diri. Kemudian memberikan kad bisnes kepada prospek.

Tujuannya? Untuk membina hubungan dengan prospek. Kemudian menjadikan ia sebagai pelanggan tetap syarikat kita.

Baik, itu adalah fungsinya terhadap syarikat. Bagaimana pula untuk blogger? Adakah kad bisnes ini dapat kita manfaatkan dalam dunia promosi konvensional?

Kad Bisnes Tidak Terhad Kepada Golongan Profesional

Tanggapan kad bisnes hanya untuk golongan profesional dan syarikat korporat adalah tidak betul. Ini kerana kad bisnes juga boleh dijadikan sebagai medium untuk meningkatkan trafik, dan kredibiliti sesebuah blog.

kad business

kad business

Sebagai contoh, dalam sehari kita berjumpa dengan 5 orang rakan baru, dan memberikan kepada mereka kad bisnes kita yang mempunyai alamat blog. Dalam masa 30 hari, kita akan memperoleh 150 pelawat baru.

Dalam masa setahun, kita bakal memperoleh sekitar 54,000 pelawat. Ini merupakan satu jumlah yang besar berbanding cara promosi kita yang mudah untuk dilakukan.

Namun begitu, sebelum membuat keputusan untuk mencari syarikat percetakan bagi mencetak kad bisnes kita, kriteria-kriteria di bawah perlu dipatuhi terlebih dahulu.

Sila Upah Desainer Kad Bisnes

Ya, kita memang mempunyai skil asas untuk mereka bentuk kad bisnes. Tetapi kad bisnes yang biasa-biasa desainnya, serta tidak mempunyai keunikan dari segi persembahan dan keunikan hanya akan menjatuhkan reputasi blog kita.

Justeru itu, cari desainer atau pereka grafik yang mempunyai pengalaman yang luas dan upah mereka. Meskipun ia memerlukan sedikit bayaran, namun pelaburan ini berbaloi untuk jangka masa panjang. Apabila kita mempunyai kad bisnes yang cantik, kita sendiri akan lebih yakin untuk menghulurkannya kepada prospek.

Memilih Syarikat Percetakan Kad Bisnes yang Berkualiti

Selesai desain kad bisnes, langkah seterusnya adalah memilih syarikat percetakan kad bisnes (business card printing company) yang mempunyai reputasi baik, dan menyediakan servis yang berkualiti.

Kita tidak mahu kad bisnes yang mempunyai desain yang cantik dicetak pada kertas yang lembik, mudah koyak dan mudah remuk. Pastikan kad bisnes kita tebal, tidak mudah koyak dan menggunakan matte laminate.

Justeru itu, lakukan survey terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk mencetak kad bisnes. Lihat juga hasil kerja syarikat sebelum ini dan lakukan sedikit kajian, untuk mengetahui respon pelanggan sebelumnya menerusi forum, Facebook dan sebagainya.

Adakah Tuan dan Puan Sudah Mempunyai Kad Bisnes Untuk Blogger?

Pasti ada segelintir pembaca blog ini sudah mempunyai kad bisnes untuk blog mereka. Bagi yang sudah ada, mohon kongsikan elemen-elemen yang kita letakkan pada kad bisnes. Antaranya adalah:

  • Nama penuh.
  • Nombor telefon.
  • Alamat blog.
  • Alamat rumah.
  • Logo.

Adakah terdapat elemen lain yang kita terlepas pandang?

Leave a Reply