Web
Analytics
Button Text! Submit original article and get paid. Find out More

Biarlah Rahsia Atau Rahsia Ukiran Duka

“Sesuatu itu kalau dirahsiakan, nikmatnya akan lebih” begitulah lebih kurang dialog antara mahaguru Sanggabuana lakonan Idris Hashim kepada Tantari, watak yang dilakonkan oleh P. Ramlee dalam filem yang telah di tonton beberapa hari yang lalu, Enam Jahanam ataupun ‘The Six Plunderers’. Salah satu filem yang disukai bukan sahaja kerana skrip dan jalan ceritanya sahaja malahan nama-nama watak yang pelik seperti Damburi, Paragas, Sujamang, Karambit, Katipang, Mumbala dan Jagindas. Sekali dengar nak gelak pun ada.

sulit

Tapi ini bukan pasal filem enam jahanam, tapi berkaitan dengan skrip Sanggabuana kepada menantunya Tantari. Bila lama di hayati ada betul jugak kenyataannya itu. Sesuatu perkara itu, sekiranya tersimpan sebagai rahsia dalam tempoh masa tertentu akan menjadi seronok bila diketahui kemudian hari. Berbeza dengan perkara yang sepatutnya menjadi rahsia tiba-tiba terpecah sebelum masanya, pastinya hilang ‘thrill’ atau ‘ kenikmatannya’.

Itu kenyataan secara umum, untuk lebih spesifik lagi lebih kepada perkara ‘personal’ saya sendiri yang akan menamatkan keindahan dan keseronokan ‘study leave’ sebelum kembali semula bertugas.

Sepatutnya tidak mengetahui di mana akan di tempatkan selepas habis belajar, tapi pasal beria sangat nak tahu dan tidak sabar-sabar akhirnya dapat juga tahu ke mana lokasi sebenar selepas ini.

Dan bila sudah tahu, memang benar ‘thrill’ dan keseronokan ‘suspen’ tu dah tak ada dah, sudah hilang. Lepas ni pun sudah tahu apa yang perlu di buat dan apa dia isu dan perkara yang sering berbangkit.

Walau apapun, hidup perlu diteruskan. Harapnya hobi dan minat berblogging ni tidak akan terhalang oleh kesibukan.

Bila di fikirkan balik itulah sebabnya ada perkara yang Tuhan rahsiakan daripada pengetahuan hamba Nya, seperti tarikh kematian, jodoh dan sebagainya. Ada hikmah yang tersendiri. Ringkasnya ada betul lah kata mahaguru Sanggabuana tadi .

Namun tidak semua perkara juga yang perlu menjadi rahsia, semuanya bergantung kepada situasi dan keperluan semasa, perlu ‘flexible’ dan ‘adjustable’.

Makanya ada kaitan kot artikel ringkas ini dengan tajuk Biarlah Rahsia atau Rahsia Ukiran Duka…tak pun Tiada Rahsia Antara Kita.

Leave a Reply