Web
Analytics
Malaysia SEO Expert Get SEO Expert assist on your blog. Find out More

Bangunan Masjidil Haram Mula Diruntuhkan

Mungkin ramai yang dah tahu, Bandar Kota Mekah pada saat ini sedang dalam proses pembangunan besar²an di bawah pimpinan Raja Abdullah. Masa kunjungan umrah aku awal tahun 2012 ni pun dapat juga melihat kerja² naik taraf di sekitar kawasan Masjidil Haram yang giat dijalankan. Tapi secara kasarnya, tak semua tahu bagaimana rupa bentuk pembangunan yang akan dibuat di kawasan sekitar Kaabah ini.

Aku ada juga melihat beberapa video cadangan pembangunan yang dibentagkan kepada kerajaan arab Saudi di laman Youtube. Kebanyakannya memang menarik. Ada yang sampai mencadangkan untuk meruntuhkan bangunan Masjidil haram pun ada. Anda yang belum menonton boleh melihat beberapa video bawah ni.

Dah tengok? Menarik kan?

Dan pagi tadi, aku tergerak nak tengok siaran langsung suasana di Masjidil Haram sebab dah lama tak tengok. Aku suka tengok masa solat Subuh hari Jumaat sebab Imam kebiasannya akan buat sujud tilawah.

Bila dah tengok live, aku terkejut bila lihat bangunan Masjidil Haram dah mula diruntuhkan! Subhanallah, siapa sangka, kunjungan ke sana April lepas adalah pemandangan terakhir untuk melihat struktur penuh bangunan Masjidil Haram ni. Bangunan Masjidil Haram ni ada 4 sisi dan salah satu sisi telah pun diruntuhkan. Maknanya, umat Islam tak dapat lagi tawaf dari atas bangunan masjid.

masjid haram diruntuhkan

masjid haram diruntuhkan

Gambar atas ni aku print-screen awal pagi tadi [28 Dis], sekitar jam 3.30 pagi waktu tempatan. Yang bawah ni pula waktu siang. Nampak la kawasan tawaf sedikit sempit sebab ada penghadang.

masjidil haram diruntuhkan 2

masjidil haram diruntuhkan 3

Mana satu la design yang akan dibuat nanti? Tunggu saja bila dah siap nanti. Apa pun aku bersyukur sangat sebab sempat jejak ke sana untuk melihat suasana sebelum sebahagian bangunan Masjidil Haram diruntuhkan. Lepas ni pasti pemandangan baru banyak mengubah lanskap sekitar Kaabah. In-sha-Allah, harapnya dimakbulkan doa untuk ke Tanah Suci semula bersama ahli keluarga selepas ni. Aamiin.

Leave a Reply