Web
Analytics
Malaysia SEO Expert Get SEO Expert assist on your blog. Find out More

Alahai…

Rasanya tajuk ‘Alahai’ di atas tu merupakan tajuk paling pendek yang pernah blog ni gunakan. Itu sahaja perkataan yang terkeluar dari mulut aku di awal pagi ni. Niat sebenarnya nak tidur awal sambil menyemak dan mencucikan dashboard wp-admin blog ni, tiba-tiba terperasan pulak melalui wp-user online yang bro yoy dengan ‘steady‘ nya meninggalkan jejaknya. Itu aku tak kisah dan memang di galakkan pun hehe.

alahai

alahai

Cuma ada satu link di plugin wp-user online yang membawa aku ke satu blog yang membuatkan aku menyebut perkataan ‘alahai’ dua tiga kali. Apa tak nya sekali tengok aje dah memang tahu hasil tulisan sendiri terpampang dengan ‘steadynya‘ di blog tu.

Kalau setakat dua atau tiga paragraph tu rasa ok lagi lah kot, tapi gayanya semua dari A sampai Z semuanya sebijik perkataan dan ayat yang aku tulis. At least letak lah sumber rujukan ke apa ke. Kemudian gambar yang blog ni upload pun turut digunakan, tapi boleh pulak di hostkan sendiri.

Alahai kot ye pun nak copy, tak kan terus paste semuanya. Kebetulan entry berkenaan juga sentiasa di cari pelawat dan merupakan antara entry paling popular bagi blog ni sepanjang bulan Oktober yang lepas.

Tak tahu nak kata apa, cuma timbul perasaan kasihan. Teringat pula dengan kisah sesetengah orang kita, bila sorang meniaga goreng pisang laku, maka lepas pada tu muncul jugak gerai goreng pisang berderet di lokasi yang sama. Alasan yang mudah, rezeki masing-masing.

Makanya terfikir juga, orang lain berblog kita pun sibuk nak berblog juga. Tapi kita pulak lagi advance main copy je idea dan hasil tulisan orang tu dan tempekkan aje kat blog kita. Mudah, hidup memang mudah.

Mungkin blog tu masih baru sangat kot dalam dunia blogging ni, tu yang sapu bersih semua ayat dari A ke Z to kot. Memang aktiviti copy n paste ni dah lama berlaku dan akan sentiasa berlaku sampai bila-bila, tu yang aku hanya boleh cakap alahai tu.

Blog ni juga tidak mengamalkan dasar ‘pinpointing‘ kepada sesiapa. Akal yang waras dan sempurna sudah dibekalkan oleh Al-Khaliq untuk digunakan sewajarnya. Cuma peringatan kepada diri sendiri dan rakan-rakan yang sentiasa mengunjungi blog ni. Kalau kita nak copy paste ke, plagiat ke, jangan sampai terkantoi. hahaha. Alahai.

Nota kaki: Terasa sungguh tidak hensem bila terkantoi copy n paste kan?

Leave a Reply