Web
Analytics
Malaysia SEO Expert Get SEO Expert assist on your blog. Find out More

Alahai Anak Sape Lah ni

Sedih, sayu, kasihan, geram, marah, menyampah dan meluat merupakan di antara beberapa perasaan yang bermain dalam emosi apabila membaca berita yang disiarkan oleh akhbar hari ini mengenai bagaimana seorang ibu dan anak meninggal secara ‘percuma’ akibat kelalaian orang lain. Mungkin sudah banyak cerita mengenai kelalaian dan kecuaian di jalanraya yang mengakibatkan kematian insan lain yang tiada kena-mengena namun realitinya keadaan masih tidak berubah.

Beberapa akhbar utama menyiarkan cerita mengenai seorang wanita Indonesia yang sarat mengandung dengan anaknya dikendong maut dirempuh sebuah kereta ketika berteduh hujan di bawah sebuah jejambat di Persiaran Utara di kawasan Putrajaya semalam. Kemalangan pukul 3 petang itu menyebabkan Sarisah Marwin, 33, yang sarat mengandung mati di tempat kejadian manakala anak perempuannya, Chandrawati Misan, 5, tercampak kira-kira 15 meter dan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Putrajaya.

accident gambar dari Utusan

Tragedi itu juga turut menyebabkan lapan insan lain cedera termasuk dua parah. Seorang yang cedera membabitkan anggota polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Putrajaya. Ketika kejadian, terdapat enam buah motosikal diletakkan sederet di tepi jalan dengan 10 penunggang dan pembonceng berteduh di bawah jejambat itu. Berdasarkan laporan berita juga saksi kejadian memaklumkan kereta jenis Proton Wira yang dipandu terlalu laju hilang kawalan lalu merempuh sekumpulan motosikal-motosikal di bawah jambatan itu. Pemeriksaan mendapati pemandunya ialah seorang pelajar institusi pengajian tinggi awam dan berusia 18 tahun.

Sedih, sayu dan kasihan kepada mangsa-mangsa kemalangan tersebut, lebih-lebih lagi kepada wanita dan anak yang dikandungnya serta anaknya yang berumur 5 tahun yang mati akibat kelalaian orang lain. Apalah perasaan saudara terdekat mangsa-mangsa tersebut apabila menerima berita ini dan.

Geram dan marah juga terbit apabila mengingatkan ‘kecuaian’ budak baru dapat lesen kereta tu. Sudah tahu waktu hujan jalan licin masih jugak nak tekan minyak laju-laju, Pemandu F1 pun tahu nak perlahankan kenderaan apabila keadaan permukaan jalan yang licin. Dan pastinya status sebagai pelajar IPTA sepatutnya membolehkannya berfikir secara logik, rasional dan secara intelek bahaya membawa kenderaan laju semasa hari hujan.

Perasaan menyampah dan meluat juga timbul kerana benda ni bukan benda baru, dah acapkali berlaku namun masih tak nak memahami situasi. Bukannya cikgu di sekolah memandu tak ajar, dan bukannya cikgu sekolah mahupun pensyarah universiti tak peringatkan. Dan yang pasti mak bapak pun semestinya menasihatkan supaya memandu berhati-hati. kenapalah susah sangat nak masuk benda senang macam tu dalam fikiran pemandu-pemandu cuai ni.

Leave a Reply