Web
Analytics
Malaysia SEO Expert Get SEO Expert assist on your blog. Find out More

8 Cara Mempromosi Blog Anda Di Facebook Dengan Berkesan

Hasil statistik oleh Socialbakers.com, Malaysia menduduki tangga ke-16 (ketika artikel ini ditulis) daripada keseluruhan bilangan pengguna Facebook di seluruh dunia iaitu seramai 11 221 040 juta orang pengguna.

Cuba anda bayangkan jika separuh daripada pengguna Facebook iaitu seramai 5 610 520 juta pengguna melayari blog anda setiap bulan, pastinya ia akan memberikan banyak kesan positif kepada blog dan semestinya blog anda akan digemari oleh para pengiklan.

Semakin tinggi hits trafik, semakin bertambah pendapatan blog anda. – Blogger Red Mummy

Namun, masih ramai belum menggunakan sepenuhnya medium Facebook dalam mempromosi dan memperkenalkan blog mereka kepada rakan-rakan, bloggers serta pengguna Facebook yang lain untuk mendapatkan trafik dan hits yang tinggi.

Blogger terkenal Malaysia, Red Mummy pernah mengatakan bahawa rahsia beliau berjaya dalam dunia blogging adalah dengan menarik traffik yang tinggi untuk setiap entrinya.

facebook

facebook

8 Teknik Promosi Blog di Facebook

Mungkin ada diantara anda sudah mempraktikkan antara 8 teknik mempromosi blog di Facebook. Tapi mungkin ada yang terlepas pandang dan masih belum mempraktikkannya dengan betul.

1. Linkkan URL Blog Di Profile Anda

Pada bahagian Info di Contact Information di Facebook, masukkan kesemua link website/blog anda. Dan setkan kepada public (pada bahagian privacy)

2. Buat Fanpage Khas Untuk Blog

Dengan fanpage, anda boleh membina jenama blog dan komuniti blog anda dengan cara anda sendiri. Anda juga boleh berkomunikasi secara dua hala ( 2 ways communication) dengan pembaca anda.

Selain itu, anda boleh menghiasi boleh menghiasi fanpage blog anda dengan iframe (bagi yang pandai coding) atau menggunakan aplikasi yang ada dalam Facebook yg dikhusus khas untuk fanpage.

3. Gunakan Aplikasi RSS Di Facebook

Linkkan feed blog anda dengan aplikasi seperti Networkedblogs atau RSS Graffiti untuk mempromosi blog secara automatik ke Facebook anda setiap kali anda update artikel terbaru.

4. Pasang Like/Share Button Pada Blog

Like/Share button ini amatlah penting bagi setiap blog kerana ia memudahkan pembaca berkongsi artikel yang mereka rasakan menarik kepada rakan-rakan Facebook mereka.

Bagi pengguna wordpress, banyak plugin yang boleh anda gunakan seperti Sharebar dan GetSocial.

5. Join Group-group Bloggers

Banyak group-group bloggers telah ditubuhkan untuk mengeratkan lagi hubungan sesama bloggers dan mempromosi (ping) blog masing-masing.

Contoh group-group bloggers yang aktif Sahabat Blogger dan juga Blogger Malaysia. Ini hanyalah 2 contoh. Banyak lagi group blogger di dalam Facebook.

6. Berkawan Dengan Bloggers Lain

Jangan jadi sombong! Berkawanlah dengan bloggers lain di Facebook. Jika berkesempatan, anda boleh berjumpa di luar secara realiti. Apabila mereka senang hati dengan cara anda melayan dan berkawan dengan mereka, mereka secara sukarelanya turut sama-sama mempromosi blog anda di Facebook serta di blog mereka sendiri.

Selain itu, anda juga boleh berkongsi idea dan bertanya tentang dunia blogging dengan rakan bloggers yang lain seterusnya menambah lagi pengetahuan anda dalam selok belok dunia blogging.

7. Promosi Link Blog Kepada Rakan-rakan Anda

Jangan malu untuk berkongsi link blog anda di status Facebook anda dan rakan-rakan anda agar mereka tahu bahawa anda mempunyai blog.

Namun diingatkan supaya tidak melanggar etika semasa berfacebook dengan membuat spam link blog. Cukup sekadar sehari satu link sahaja di status Facebook anda.

8. Gunakan Iklan Facebook (Facebook Ads)

Beriklan di Facebook adalah langkah yang paling berkesan dan pantas untuk menarik trafik ke blog. Anda boleh tetapkan budget anda, jenis iklan yang anda mahukan serta sasaran pembaca iklan anda seperti umur, lokasi, jantina serta minat mereka.

Leave a Reply