Web
Analytics
Button Text! Submit original article and get paid. Find out More

10 Petua Asas Untuk Bina Satu Blog

Selepas lega dengan selesainya misi menulis artikel yang diadaptasikan daripada elemen-elemen hero pujaan aku, maka kali ini aku dengan bangga kembang hidungnya menampilkan pula artikel ini iaitu 10 Petua Asas Untuk Bina Satu Blog.

tulis blog

tulis blog

Cuma..
Kali ini aku tak akan kaitkan artikel ini dengan sebarang artikel di blog ini, sebabnya?..aku minta maaf sangat-sangat..telah aku dah cuba sedaya upaya mengerah keringat untuk menghubungi blogger lain..nak dapatkan interview eksklusif dari mereka..tapi tak berjaya. Mungkin semua blogger sibuk untuk update blog mereka masing-masing kot..

Harap korang tidak hampa dengan kenyataan tersebut.

Ok, berbalik kepada tajuk artikel kali ini..

1. Kekal dengan www. atau tanpa www. Juga adalah baik untuk memohon website yang mempunyai SSL, iaitu https dan bukan http sahaja).
Kalau korang perasan, link url bagi sesetengah blog tidak mempunyai www di bahagian hadapan url link dan hanya menggunakan http:// sahaja diikuti oleh nama domain. Ini penting supaya pengunjung kenal akan sesebuah blog itu dan seterusnya akan menjadi identiti blog tersebut.So, pembaca akan ingat link url blog korang. 😀

2. Gunakan Plugin
Untuk menjadikan blog korang lebih kacak dari biasa, korang perlu kreatif di dalam memilih plugin plugin tertentu yang berguna sama ada buat para pengunjung ataupun untuk kegunaan korang sebagai admin blog. Aku akan buat artikel pasal Senarai Plugin Asas Yang Wajib Di Dalam WordPress sedikit masa nanti.

3. Daftar Google Webmaster Tools.
Pada aku, ini adalah perkara wajib yang perlu dilakukan bagi seorang blogger. Selain daripada Google, korang juga boleh daftar webmaster tools di Yahoo atau Bing.

Faedahnya?

Ia akan memudahkan sesebuah blog itu muncul di SERP iaitu Search Engine Results Page dan sebagainya contohnya search engine Google.

So, mana blogger yang belum daftar lagi tu, silalah daftar ye..;-)

4. Selalu promosikan blog.
Macam mana cara nak promosikan blog? Sebenarnya bermacam cara yang boleh dilakukan untuk mempromosikan blog. Ada yang berbayar, ada yang percuma, ada yang boleh dibuat secara online dan ada juga secara offline. Aku akan sebutkan beberapa contoh sahaja di sini. Yang selebihnya korang kena fikir mengikut kreativiti masing-masing. Sebabnya? Telah ditekankan bahawa seorang blogger perlu memiliki kreativiti untuk menghasilkan sebuah blog yang hebat.. 🙂

Antara cara-cara yang boleh digunakan untuk mempromosikan blog adalah seperti blogwalking, mengadakan contest, menjemput penulis jemputan ke blog, menempah stiker kereta yang mempunyai url blog, menempah t-shirt yang ada terpampang nama serta url blog, lekatkan stiker nama atau url blog pada laptop (gantikan dengan skin laptop yang dah buruk tu) dan pelbagai lagi cara lain untuk mempromosikan blog. Seperti yang aku katakan tadi, korang kena kreatif untuk mereka bagaimana caranya.

Seterusnya..

5.Satu hari satu artikel.
Sememangnya tips yang kelima ni memerlukan tahap kerajinan melampau bagi seorang blogger. Juga memerlukan otak diperah untuk memikirkan tajuk artikel yang sesuai untuk ditulis. Tetapi, ia perlu dilakukan juga bagi memastikan blog tidak terabai.

6. Anggap diri sebagai pengunjung,baca artikel sendiri.
Selain daripada menulis di blog sendiri, blogger juga dinaihatkan supaya melawat blog sendiri dan menganggap diri sebagai pengunjung blog tersebut. Bacalah artikel-artikel yang ada di dalam blog sendiri di dalam konteks korang sebagai pengunjung blog tersebut. Cuba fikirkan adakah penyampaian melalui penulisan korang tu sampai atau tidak kepada pembaca blog. Kalau sampai, Alhamdulillah..tapi kalau tak sampai…

7.Wujudkan hubungan harmoni dengan blogger lain.
Korang digalakkan untuk blogwalking bagi menjalinkan hubungan mesra dengan blogger blogger lain. Dan selain daripada meninggalkan jejak di blog yang telah dilawati, korang juga dinasihatkan supaya menjalin hubungan yang harmoni dengan mereka. Caranya? Kena fikir sendiri..blogger kena kreatif, betul tak?

8.Jangan malas.
Penyakit yang susah diubati. Ia memerlukan motivasi diri sendiri. Kalau dah nak tekan butang ON laptop pun dah malas..den tak dapek nak nolong..ekau pikir la sondiri..

9.Selalu back up blog.
Rajin-rajin la back up blog.Sekurang-sekurangnya seminggu sekali..untuk keselamatan..tak nak ulas panjang bab ni..

10. Nak buat duit dengan blog? Dapatkan trafik dulu.
Kalau masih baru dalam dunia blog, dinasihatkan korang cuba tarik pembaca/pengunjung dulu. Jangan tergesa-gesa sangat nak letak macam-macam iklan kat blog. Apa yang penting artikel yang berkualiti dulu. Tapi kalau nak letak pun takde salahnye..bergantung pada strategi dan hak masing-masing..tiada paksaan..

** Nasihat untuk aku – Perlu banyak kesabaran dalam proses membina blog yang hebat..

Leave a Reply