31 Dec, 2011  |  Penulis:  |  Kategori: kontest

Semalam aku singgah kat blog Wan Rizuan dan terpandang satu entri yang berkaitan dengan giveway di blog beliau. Giveway ni menawarkan tapak banner percuma selama setahun. Wow, menarik sungguh tawar ni. Ini yang menyebabkan tak patut melepaskan peluang.

Moga Tuan Tanah terima penyertaan aku ini.

Untitled 2copy Giveway Blog Wan Rizuan Tapak Banner Percuma

<a href=”http://www.shaharil.com” target=”_blank”><img src=”http://i1179.photobucket.com/albums/x390/shaharilsalman/Untitled-2copy.gif” border=”0″ alt=”banner shaharil”></a>

Slot tapak banner percuma ini terhad kepada 6 slot saja. Bagi yang mahu menyertai giveway ini, syarat-syarat yang perlu dipauhi adalah seperti berikut:

  1. Banner bersaiz 125 x 125.
  2. Buatkan entri / post khas.
  3. Bukan yang berunsur lucah @ alkohol dan sebagainya.

Korang sudah join belum? Aku sudah. Korang bila lagi?

Nota: Selamat Menyambut Tahun 2012 dan Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir Semester…

28 Dec, 2011  |  Penulis:  |  Kategori: Wordless Wednesday

merancang untuk gagal Tahun 2012, Merancang Untuk Gagal?

Baju sintok Blogger Wordless Wednesday#3 Yeay!!! Sampai Sudah Baju Sintok Blogger

19 Dec, 2011  |  Penulis:  |  Kategori: Dunia Varsiti

Sebelum ini aku ada menulis berkaitan dengan bajet 2012 di mana intipati post ada menyatakan tentang pemberian baucer bernilai RM 200 untuk membeli buku rujukan dan  lain- lain.

Selang beberapa hari kemudian, ada seorang pembaca blog ini bernama Pranshantini bertanyakan soalan berkaitan dengan pemberian baucer ini. Berikut adalah soalan yang diajukan:

hi,sekarang saya menuntut di tingkatan enam kat johor.saya nak tahu macam mana nak dapat baucer sebanyak RM200. - PRASHANTINI

Secara jujurnya aku tak bisa menjawab soalan ini sehingga pengumuman secara rasmi telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri.  Di bawah ini merupakan jawapan kepada Prashantini.

Kementerian Pengajian Tinggi ingin memaklumkan pelaksanaan pemberian baucar buku bernilai RM200 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa Pembentangan Bajet 2012 kepada pelajarIPTA, IPTS, Politeknik, Matrikulasi/Asasip Sains dan pelajar Tingkatan 6, seperti berikut:

Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS dan Politeknik mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D, Matrikulasi/Asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar di Tingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM200.

Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melaluiIPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulan Januari 2012. Mohon hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan.

Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, berserta Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Matrik /NomborPendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, no. kad pengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan pada setiap keping baucar yang bernilai RM50.00 setiap keping (RM 50 x4).

Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan kedai buku adalah terbuka kepada semua.

Baucar ini adalah untuk pembelian buku – buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing.

Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012.

Tempoh masa sah laku baucar buku ini adalah selama tiga bulan mulai daripada 1 Januari hingga 31 Mac 2012.

Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebus baucar buku ini dengan wang tunai.

# Bila buka semester nanti, moga-moga urusan pemberian baucer ini berjalan lancar seperti. Sebabnya kat kampus aku, hanya ada satu kedai buku.  Kedai tu je lah tempat  untuk beli buku. Tak ada kedai nak pergi beli buku dah.

16 Dec, 2011  |  Penulis:  |  Kategori: Artikel, Blogging

Seperti yang diketahui wordpress versi 3.3 (sonny)  sudah dilancarkan. Pelancaran  wordpress versi 3.3 ini adalah bertujuan untuk  membuat proses editing lebih mudah bagi pengguna wordpress itu sendiri dan memperkenalkan wordpress sebagai platform kepada penulis-penulis blog yang  baru menceburi.

Dengan wordpress versi 3.3 ini, beberapa perubahan telah dibuat. Jadi, saya kongsikan sedikit beberapa wajah wordpress versi 3.3 ini yang menarik perhatian aku.

#1. Toolbar Menu Admin

toolbar menu admin Update WordPress 3.3

Inilah rupanya menu admin dekat sebelah atas.  enu ini menggunakan fungsi “drop Down” dan ianya akan memudahkan kita untuk akses ke menu-menu utama.  Di samping itu, mempercantikkan lagi navigasi pada halaman admin.

#2.  Menyokong bagi tujuan  meng’upload’  file  dalam bentuk*.*rar dan *.*7zip.

#3. Pemilihan struktur permalink yang lebih banyak . Permalink yang paling banyak digunakan seperti http://namadomain.com/sample-post/ sudah tersedia. So, semakin mempermudah newbie  ketika mengatur setting permalink.

Masih bagi masih banyak fungsi-fungsi lain yang  menarik  yang telah  ditambahkan untuk update wordpress versi  3.3 kali ini. Sebagai langkah keselamatan dan berjaga-jaga, sebaiknya sebelum melakukan update ke versi terbaru lakukan backup wp content dan database terlebih dahulu Untuk berjaga-jaga jangan sampai ada script, plugin dan template yang terpasang pada blog tidak sesuai dan tidak  kompetibel   dengan versi terbaru wordpress 3.3 (sonny).

Selamat  bertukar ke versi wordpress 3.3 ni. icon smile Update WordPress 3.3