Empunya
Nama penuh yang abah dan mak berikan ialah Shaharil bin Salman. Anak pertama daripada lapan orang adik- beradik. Berasal dari Tawau, Sabah. Kini, menetap di Klang, Selangor Jakarta Malaysia. Masih lagi belajar dalam bidang Pengurusan Perniagaan UUM Sintok, hujung utara Semenanjung dekat dengan sempadan Thai.
Mendapat pedidikan awal di Tadika Kemas Wakuba. Shaharil meneruskan pelajaran di Sekolah Kebangsaan Wakuba sampai darjah 1. Shahahril berpindah sekolah ke Sekolah Kebangsaan Batu 4, Jalan Apas pada tahun berikutnya. Mendapat keputusan UPSR yang baik.
Lepas UPSR, Berhijrah ke Klang Selangor kerana mengikut mak dan abah. Yang Pasti, Abah bukan bekerja sebagai polis atau tentera. Meneruskan perjuangan dalam arena pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Andalas sampai SPM. Keputusan SPM tak cemerlang tapi baik jer.
Lepas itu, Melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6 @ Form 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Hamzah. Keputusan STPM memang cukup syarat untuk sambung belajar. Orang kata STP ini susah, tapi itu kata orang. Yang penting Kita mencuba dan berani untuk menghadapi segala rintangannya. Secara peribadinya, STP tak susah seperti yang sangkakan dan difikirkan. Yang penting kena tahu teknik dan strategi yang betul. Secara jujurnya masa STP ambil jurusan Sastera sebabnya nak ambil Sejarah. Hidup Sejarah.
Setelah habis STPM, mohon masuk U. Dapatlah Kat UUM dalam bidang Pengurusan Perniagaan. Mula-mula mohon minta nak jadi Cikgu tapi tidak berjaya. Namun tetap bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih lagi dapat menyambung pelajaran ke peringkat Sarjana Muda.
Pengalaman Kerjaya
Alam pekerjaan diterokai seawal usia 14 tahun. Bekerja sebagai budak pengantar surat setiap kali cuti sekolah. Kemudiannya terjebak dalam dunia perniagaan dengan menjual sayur di Pasar Malam.
Penulis pernah bekerja sebagai kru servis di The Chicken Rice Shop (TCRS) Giant Klang dan Yahoo corner secara part-time sesudah waktu persekolahan.Masa itu masih berada dalam tingkatan 6. Penulis juga pernah menjadi pembatu dapur kru dapur di Restoran Sushi King Tesco Klang sebelum Masuk UUM.
Umur penulis ialah 21 tahun.
Terima kasih kerana sudi membaca sedikit profil Empunya Blog ini iaitu Shaharil. Selamat datang ke blog Shaharil.com.
Bismillah…





