10 Nov, 2011  |  Penulis:  |  Kategori: Umum

07112011581 4 AWAS! Wang Palsu RM100

Beberapa jam yang lalu, aku dapat melihat bagaimana rupa wang palsu yang sebenar. Wang Palsu ni adalah Not RM 100 dan bukan milikku. Wang Palsu tersebut kepunyaan seorang pelanggan yang tidak bertanggungjawab  dan menggunakannya membeli barang di tempat kerja saudara aku.

Bukti

Aku mula membelek-belek wang palsu tu. Apa yang  aku dapati adalah potret tanda bayang. Imej samar-samar Potret Yang di-PertuanAgong Pertama boleh dilihat pada petak kosong di sebelah kiri wang kertas, sekiranya ditatap pada cahaya. Imejdaripada cahaya ini bercorak 3 dimensi dengan alunan warna gelap dan terang yang berbeza-beza dalam keadaan lembut dan berbayang tanpa garisan luaryang nyata. Di bahagian bawah potret tanda bayang ini terdapat angka berkaitan. Dalam kes ini, Angka 100 patut ada. Namun tidak kelihatan.

Warna pada kertas Not RM 100 agak kurang. Macam guna print jer, print duit palsu ni.  Tiada rasa kesat bila disentuh.  Jika dibandingkan dengan wang kertas yang betul atau original. Wang yang original, rasa kesat bila disentuh dan ton-ton warna pada kertas memang terang.

Yang terakhir adalah Wang palsu ni bila disentuh dengan tangan yang basah. Warna pada kertas Not RM 100 ni menjadi pudar.

Itu antara ciri-ciri yang kenalpasti pada Not wang palsu RM 100  ni.

Perasaan

Bila memerhatikan riak wajahnya kelihatan seperti marah dan bengang dengan customer yang memperbodohkan dan menipunya. Lalu membuat aku rasa  bersimpati dengan  kejadian ni.  Dah lah Kerja sebagai cashier. Gaji sebulan RM 800. Bila waktu gaji pada awal bulan depan. Gaji terpaksa ditolak sebagai bayaran ganti rugi pasal dengan tak sengaja terima wang palsu ni.  Tinggallah berapa ratus jer. Nasib baik tak ada anak kena tanggung.

Tindakan

Wang palsu tersebut telah dimusnahkan kerana masih ada  perasaan waras lagi dan tidak sampai hati untuk menggunakan wang palsu ni untuk membeli barang di pasar malam. Masih lagi memikirkan akibat yang bakal ditanggungnya.  Jika ditangkap polis kelak, mungkin dipenjara bila dibuktikan bersalah dan kehilangan punca pendapatan.  Walaupun miliknya, pada asalnya. Iman masih lagi ada di dada. Tahu  beza yang mana haram dan halal.

6 Nov, 2011  |  Penulis:  |  Kategori: Artikel, Umum

 

LEMBU korban Salam AidilAdha 1432 HijrahLembu Korban

Salam Aidiladha 1432 Hijrah daripada aku dan keluarga buat kawan-kawan  yang sama belajar dengan aku kat UUM, kawan-kawan yang sudah lama kenal dengan aku, pensyarah dan cikgu-cikgu serta orang kampung halaman aku.

Tahun ini merupakan tahun kedua aku menyambut Hari Raya Aidiladha @ Hari Raya Haji @ Hari Raya Korban di Puchong. Mengimbau kenangan lalu terasa agak kekok  menyambut Hari Raya AidilAdha di sini. Maklumlah, Balik rumah hanya cuti semester saja. Kadang kala, cuti tersebut aku isi dengan mencari kerja part-time. Hari Raya pun kena kerja. So, kureng sikit nak beramah mesra dengan orang-orang di sini.

Tetapi pada tahun ini, aku tak berpeluang untuk bekerja. So, boleh aku memb.antu kerja-kerja melapah dan mengagihkan daging korban  yang bakal disembelih esok pagi selepas solat sunat raya.  So, dapatlah aku tambah kenalan dan beramah mesra dengan dorang

Jumlah lembu yang bakal disembelih tak banyak, cuma 5 ekor jer. Semua sihat-sihat belaka.  Mungkin kat tempat korang lebih banyak kot.

Bila sebut daging lembu, aku selalu teringat tentang pesan tok imam yang suruh jemput saudara mara dan jiran-jiran untuk turut serta dalam penyembelihan lembu korban ini. Bukan hanya datang untuk tengok lembu kena sembelih. Kemudian, ambil dan bawa balik daging lembu. Lebih ramai, lebih cepat siap kerja dan menjimatkan masa.  Aku sekadar berkongsi apa yang tok imam tu pesan.

Tahun ini juga, seorang pensyarah yang mengajar subjek Undang-Undang Perniagaan telah dijemput menjadi tetamu Allah di Baitullah. Semoga Allah mempermudahkan urusan perjalanan pergi, semasa dan balik daripada menunaikan ibadah Haji. Dan semoga  dikurniakan Haji yang mabrur. Insya- Allah.

Esok pagi, marilah ramai-ramai pergi ke surau @ masjid @ musolla untuk menunaikan sunat hari raya. Mengimarahkan lagi…

16 Sep, 2011  |  Penulis:  |  Kategori: Artikel, Umum

Bukit Kepong menjadi tempat simbolik dengan penentangan komunis. Walapun pelbagai tempat lain yang menjadi serangan komunis di Malaysia. Bukit Kepong sudah dibukukan dan difilemkan yang turut menjadi silibus komsas Tingkatan 4, pada zaman aku belajar. Beberapa tahun lalu sebelum masuk ke Universiti.

Beberapa pengajaran yang aku dapat kutip untuk direnungkan dan menjadi ikhtibar bersama.

#1. Sikap pasukan keselamatan yang berjuang sehingga titisan darah terakhir demi mempertahankan bumi yang bertuah ini. Biar putih tulang, jangan putih mata. Walaupun  komunis  mengarahkan untuk menyerah kalah.

#2. Jumlah anggota yang dimilik tidak menyamai jumlah anggota komunis yang menyerang Bukit Kepong. Namun demikian, mampu bertahan dari awal pagi sebelum subuh sehingga 9 pagi. Di sinilah kelihatan kesungguhan untuk mempertahankan Bukit Kepong daripada jatuh ke tangan komunis.

#3. Wanita pun mampu angkat senjata. Keberanian wanita untuk berjuang bersama untuk mempertahankan Bukit Kepong sehingga berjaya menembak beberapa orang komunis.

#4. Taat arahan ketua.

#5. Kebolehan membaca bahasa badan.

Cukup ini saja yang aku kutip daripada filem Bukit Kepong.

Perasaan

Perasaan sebak, sayu dan pilu bila melihat seorang anak kehilangan ibu di depan mata. Bagaimanalah budak kecik yang masih mentah membesar tanpa kasih sayang seorang ibu yang terkorban dalam peristiwa Bukit Kepong. Itu yang timbul dalam benak fikiran aku bila menonton Bukit Kepong.

Aku tidak sanggup lagi melihat peristiwa Bukit Kepong berulang kembali. Sudah tentu, ramai yang akan terkorban jika peristiwa ini berulang kembali. Mungkin ada yang kehilangan ayah, ibu atau anak bila ianya terjadi lagi.

Aku mengajak korang semua untuk bersama-sama mengekalkan keamanan dan kemakmuran yang dikecapi pada hari ini.  Bukan senang untuk mengekalkan apa yang kita miliki sekarang ini.

Sempena 16 september yang jatuh pada hari, aku ucapkan menyambut Selamat Hari Malaysia.

 

 

29 Aug, 2011  |  Penulis:  |  Kategori: Personal, Umum

SELAMAT HARI RAYAcopy 231x300 Selamat Hari Raya Aidil Fitri  Merdeka

Ramadhan sudah hampir melabuhkan tirainya. Dan syawal hampir menampakan bayangnya.  Semua umat bakal menyambut Hari Lebaran 1432H pada tahun ini apabila matahari sudah terbenam.

Tahun ini juga, sambutan Hari Lebaran menjadi lebih istimewa lagi kerana hari raya kedua merupakan Hari Kemerdekaan ke-54 untuk negara yang tercinta ini.  Sudah pasti kemeriahaan menyambut hari lebaran dan hari kemerdekaan menjadi lebih meriah.

Namun begitu, sambutan lebaran untuk tahun ini aku hanya sempat beli baju melayu sepasang saja. Itu pun, beli masa cuti pada minggu lalu kerana sibuk mencari rezeki bagi mengisi masa cuti semester ini ( cuti panjang 3 bulan).

Persiapan yang lain seperti buat kuih raya, buras (makanan tradisi) dan memasang langsir semua diuruskan oleh ahli kelurga yang lain.Hanya tolong apa yang mampu je.

Semua persiapan dibuat mengikut keperluan, kemampuan kewangan yang dimiliki dan tidak berlebih-lebihan bagi mengelakkan pembaziran. Seperti mana yang korang ketahui, membazir itu amalan syaitan. icon smile Selamat Hari Raya Aidil Fitri  Merdeka .  Keserdehanaan adalah lebih utama dan lebih penting.

Beberapa lepas hari raya, aku juga balik ke kampus kerana terlibat dengan minggu suai kenal dan semester baru bakal bermula pada pertengahan september. Bila buka semester sudah semestinya, duit yang diperlukan adalah sangat banyak untuk membeli buku  di samping menampung kos hidup selama 4 bulan lebih.

Inilah yang menjadi sebab menyambut lebaran pada kali ini dengan kesederhanaan selain mengikut tuntutan syariat.

Dikesempatan ini, aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1432 dan Salam Kemerdekaan ke-54. Yang balik kampung pada hari ini, selamat pulang dan selamat kembali semula. Pandu Cermat dan berhati-hati  di Lebuh raya dan di jalan raya.

 

 

16 May, 2011  |  Penulis:  |  Kategori: Personal, Umum

Sudah hampir 2 tahun aku meninggalkan bangku persekolahan. Detik-detik itu merupakan detik-detik yang terakhir bagi aku menyambut Hari guru peringkat sekolah semasa masih belajar Tingkatan 6.

Ya, masih aku terpaham dalam ingatkan pada hari tersebut. Hari tersebut  bukan saja menjadi sambutan Hari Guru tetapi menjadi medan para pelajar memohon restu dan ampun  supaya segala ilmu yang dipelajari mendapat keberkatan.

Wajah sedih, gembira, suka dan duka terpancar di wajah aku dan kawan-kawan serta guru-guru yang telah mendidik bagi  menjadikan  seorang dewasa yang berwawasan dan menjadi insan contoh kepada masyarakat kelak.

Apa yang membuat aku sedih, aku bakal meninggalkan alam persekolahan dan tiada lagi ucapan ” Selamat Hari Guru”. Bukan itu saja, kesanggupan guru-guru yang mengajar  tanpa jemu walaupun ungkapan tersebut  diulang berkali-kali. Kesanggupan bangun awal pergi sekolah walaupun ada jua pelajar yang datang lambat ke sekolah.

Kita orang susah, tanpa pelajaran yang tinggi kita nak kerja apa? kerja  kilang. Apa mampu menyara kedua orang tuamu. Mau pun bini mu bila sudah berumah tangga. Fikir masak-masak…

Melainkan bapa mu menpunyai bisnes dan harta yang banyak. Yang bisa engkau warisi. Tak payah pergi sekolah pun tak apa. Kerna sudah ada yang menanti.

Klik disini untuk terus membaca entri penuh