27 Jan, 2012  |  Penulis:  |  Kategori: Travelog

Hari ini baru aku mampu menulis entri yang terbaru di blog ini, walaupun niat di hati ingin mencoret perjalanan aku dari Puchong ke Batang Berjuntai.

Untuk pergi ke sana, seusai solat Subuh aku sudah bergerak menuju ke bus stop  dan menunggu bas ke Kuala Lumpur. Maklumlah, pertama kali pergi ke sana dan tak seberapa mahir dengan sebelok-belok tempat di Batang Berjuntai.  Dari Kuala Lumpur  aku ambil bas Selangor O’Bus Co., Bhd untuk ke sana.  Tambang bas yang dikenakan adalah RM 6. Baru pergi jer. Fuhh… sama tambang aku pergi dan balik dari KL ke Puchong. Bas ni Beroperasi sampai malam.

Tujuan aku ke sana adalah untuk mengambil hadiah saguhati  di Universiti Selangor (Unisel) yang aku menangi dalam pertandingan blog kreatif selangor idamanku.  Hadiah yang sepatutnya diambil pada bulan lepas, namun tak sempat untuk hadir majlis penyampaian hadiah tersebut kerana menghadapi peperiksaan akhir semester pada esok paginya.  Jika ikutkan hati nak datang jer, tapi setelah mendapat nasihat kengkawan aku batalkan niat tu. Terus fokus studi.

Sambung balik pasal pergi ke sana, sepanjang menyelusuri  perjalanan panorama hijau yang dikelilingi kelapa sawit kelihatan. Ada jugak, kawasan perumahan kelihatan.

Bila tiba di Stesen  Batang Berjuntai, kemudahan yang di situ berada pada tahap asas. Bila dah sampai, aku terus ambil teksi untuk pergi Unisel kerana studen Unisel masih dalam tempoh bercuti. Minggu ni habisla. Ni yang menjadi sebab bas tidak masuk ke Unisel.

Terasa agak sukar jugak untuk mencari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat. Ni yang menjadi punca aku sempat  jalan-jalan di sekitar bangunan yang  terdapat Unisel ini. Tengok keadaan bilik kuliah. Namun sayang, tak dapat tengok proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Rasa teringin nak melihatnya. Bila mula rasa penat berjalan dan terjumpa seorang hamba Allah ni yang sudi tolong. Then, aku tanya kat fakulti yang mahu dituju.

Lepas tu, cari bilik pensyarah yang mahu ditemu dan baru tau rasa tak sudah mana nak cari. Senang kan bila dah tau. Dah jumpa, apa lagi ambil hadiah dan terus pulang dengan call balik drebar teksi tadi. Syukur sampai di stesen bas, kira rezeki dapat naik bas  yang sudah mahu bergerak ke KL semula.

Sekadar itu saja, coretan perjalanan ke Batang Berjuntai. icon smile Dari Puchong Ke Batang Berjuntai

19 Sep, 2011  |  Penulis:  |  Kategori: Artikel, Dunia Varsiti, Travelog

Idea menulis entri terhasil daripada sebuah pertanyaan di ruang komen blog ini.  Sekadar berkongsi info pasal bas yang boleh terus masuk ke UUM.  Selain daripada  nak mudahkan korang  yang tak pernah lagi sampai UUM.

 

naik bas apa ke uum sintok Nak Bas Apa Ke UUM ?

 

Ada beberapa syarikat  bas yang menyediakan perkhidmatan bas yang terus masuk ke UUM.

#1. Pancaran Matahari

Bas Pancaran Matahari adalah Bas yang pertama sekali aku naik ke UUM. Pada masa tu, tak tau nak naik bas apa? So, aku follow saja “ulat tiket”. Dia pun bagi naik bas Pancaran Matahari.

Bas Pancaran ini memang best. Kebanyakan bas yang digunakan adalah bas dua tingkat.  Dah jarang guna bas satu tingkat.  Tempat duduk untuk penumpang adalah berkonsep 2+1. Maksudnya, 1 seat untuk single dan 2 untuk double. Tak kira untuk satu tingkat maupun dua tingkat.  Tempat duduk yang luas. Ini membolehkan untuk tidur dengan keadaan yang lebih selesa.

Syarikat bas ini turut menerima tempahan melalui telefon. Waktu perjalanan ke UUM secara kebiasannya adalah pukul 9.3o malam setiap perjalanan.

#2.  Suasana Jelita (Jelita Transtour)

Bas Jelita turut menggunkan bas dua tingkat untuk ke uum. Jarang sekali bas satu tingkat digunakan. Tak pernah aku lihat bas satu tingkat. Semuanya bas dua tingkat.

Tempat duduk adalah berkonsepkan 2+2.  2 Seat  untuk sebelah  kiri dan kanan di dalam bas. Waktu perjalanan adalah hampir sama dengan Pancaran Matahari.

Tidak banyak yang dapat aku perkatakan tetang  syarikat bas ini kerana suasana pengalaman yang dirasai adalah lebih banyak  yang kurang baik.

Kesimpulan

Setakat itu saja yang aku dapat nyatakan tentang bas yang menyediakan perkhidmatan bas ke UUM. Semuanya ditulis adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri.

Kalau nak bagi senarai nama bas yang lain yang masuk ke UUM, mohon tinggal komen. Nanti aku masukkan dalam entri ini. Janji beri info atau pengalaman korang naik bas tersebut.

 

13 Aug, 2011  |  Penulis:  |  Kategori: Perniagaan, Travelog

Hari ini hari Jumaat. Hari juga adalah hari bermulanya Lelong E Commerce Fair. Fair ini berlangsung sampai hari Ahad ini. Dengan kata lain, sampai 14 ogos 2011.

Selepas solat Jumaat aku bertolak pergi Mid Valley Megamall, untuk menghadiri Lelong E Commerce Fair dengan menaiki bas. Setelah sampai di Bas Stop Mid Valley, aku terus bergerak untuk ke fair ini.

Seperti sudah dapat menduga, lokasi fair ini terletak di Mid Valley Exhibition yang berhampiran dengan food Court Mid Valley dan berdekatan dengan panggung wayang.

Sampai Ke Lokasi

Bila sudah sampai di lokasi, aku mula menjelajah dari satu booth ke satu booth yang lain. Satu kelainan yang mula dirasai.  Booth yang pertama dikunjungi adalah booth Paypal. Siapa yang tak kenal dengan Paypal. Syarikat yang menjadi perantara untuk transaksi urusan perniagaan dan pembelian barang di internet.

Booth yang kedua disinggahi adalah Booth Cybersecurity. Cybersecurity ini macam polis dunia siber. Sebarang masalah berkaitan hacker boleh hubungi dorang ini. Agak terkejut bila sampai ke Booth ini, Soalan yang pertama ditanya, ” Anda seorang hacker? “. Lalu aku menjawab, ” Taklah”.

Cybersecurity ini sudah lama ditubuhkan. Tempoh pengoperasian sudah mencecah enam tahun. Tapi sejujurnya, aku baru mengenali melalui majalah PC. Mula melakukan promosi  untuk tujuan lebih dikenali, sejak serangan hackers anonymous.

Klik disini untuk terus membaca entri penuh

17 Jun, 2011  |  Penulis:  |  Kategori: Artikel, Personal, Travelog

Dalam perjalanan aku nak pergi stesen LRT Masjid Jamek, aku terpandanglah seorang lelaki makan buah. Tiba-tiba aku tertelan air liur dan nak merasanya.

Aku pun pi membelinya. Beli di gerai buah yang aku di hadapan bank HSBC. Tapi yang menjadi masalah duit besar sangat. RM 50 jer. Biasalah, baru cucuk duit. Sebelum aku beli buah mangga tu, aku tanya dulu dengan pakcik yang jual buah tu.

“Pakcik ada duit kecik tak kalau saya beli ni ada duit tukar tak?” Lalu pak cik tu gelengkan kepala. dan kata tak ada. Pakcik tu terus offer kat aku ambil jer. Esok-esok boleh bayar. Aku jadi rasa terkedu dan segan pulak bila pakcik tu buat offer.

Offer tu turut disokong oleh anaknya yang ada di situ. Sambil diperhatikan oleh sang isteri pakcik tu.

Dalam aku terasa segan, buah mangga terus aku ambil dan ucap terima kasih. Sebelum meneruskan perjalanan pi stesen LRT Masjid Jamek, aku sempat tanya pasal tutup gerai sampai pukul berapa?

Lalu pakcik tu menjawab, “pukul 12 malam”.

Sesudah itu aku terus pergi. Namun terasa di hati masih ada perasaan yang bersalah di hati dan tak sedap kalau tak membayarnya.

Bila urusan selesai aku kembali semula ke gerai tu dan terus membayarnya.

Aku tanya ” Berapa harga buah tadi ?

Pakcik tu menjawab ” Seringgit jer”. Murah giler dan sedap (monolog dalam hati). Bila pakcik tu cakap seringgit. Aku beli lagi satu buah mangga.

Sesudah itu aku terus beredar dari situ dan balik rumah.

11 May, 2011  |  Penulis:  |  Kategori: Travelog, Umum

Puduraya sudah berubah wajah. Itu yang aku dapat katakan setelah melihat sendiri dengan dua biji mata aku ini. Yelah, masa aku balik KL dan balik semula ke Kampus UUM ini aku nampak banyak  perubahan yang berlaku.

Surau

Surau yang ada di Puduraya sudah semakin kondusif. Surau Puduraya ini dilengkapi dengan tandas dan rak kasut. Tandas terletak dalam surau. Ini memudahkan untuk membuang hajat katakan. Dan tak perlu jauh nak membuang hajat.

Yang keduanya, rak kasut. Rak kasut ini terletak dalam surau. So, korang hanya perlu buka kasut dan letak kat dalam. Tak lah rasa takut hilang kasut yang korang pakai. Bagi korang rasa takut hilang kasut korang, mungkin baru beli. Boleh simpan dengan Makcik yang jaga kaunter dan berdekatan dengan surau. Bayaran yang dikenakan tak lah mahal cuma sekitar RM 0.50 jer.

Mesin ATM

Masa aku balik hari tu, mesin ATM tak siap lagi. Bila nak balik UUM,  mesin ATM Maybank dan Bank Rakyat sudah dipasang. CIMB rasanya dalam proses pemasangan lagi. Kalau dah siap bagi tau lah ya. Nanti aku boleh update pada mesin ATM CIMB ini.

Foodcourt

Foodcourt (kedai makan dalam bahasa yang mudah untuk difahami), terletak di tingkat atas sekali. Jika nak makan pergi tingkat atas sekali.

Soal harga makanan, rasanya boleh tahan. Kebanyakan penyedia dan penjual makanan ini adalah beragama islam. Insya-ALLAH, status makanan yang dijual terjamin kehalalannya.

Jika rasa tak konfident nak pi sorang-sorang boleh bantuan security guard yang bertugas. Dorang akan tolong tunjukkan jalan punya.

Lain-lain kemudahan

Tv untuk tengok waktu perjalanan bas turut disediakan. Memang macam kat airport. So, senang tengok waktu perjalanan bas korang yang akan korang naiki.

Kemudahan tandas yang terdapat di Puduraya ini, boleh tahan dari segi tahap kebersihannya dan penjagaannya. Yang pastinya, sekali masuk jer  kena bayar RM 0.50. Bukan lagi RM 0.30 macam dulu.

Keselamatan

Keselamatan korang terjamin. Sebabnya, setiap tingkat ada seorang dua security guard yang akan pantau. Tak perlu takut sangat diganggu dengan orang yang tidak kenali. Walau bagaimanapun, korang perlu berjaga-jaga juga. Kadang-kadang kejadian yang tidak diingi berlaku.

Secara Keseluruhan

Sangat berpuas hati dengan penaiktarafan yang dilaksanakan. Moga tidak masalah akan melanda dengan puduraya. Dan pihak pengurusan terus melaksanakan penambahbaikkan secara berterusan.