Aku berasa hairan dan pelik dengan sikap sesetengah blogger yang asyik tukar theme blog . Bulan ini guna theme A, Bulan depan guna theme B dan Bulan depan lagi satu guna theme la pulak. Ini yang buat aku garu kepala (walaupun kepala aku tak gatal). Timbullah perasaan ingin tahu dalam diri kenapa blogger tu asyik theme ya? walaupun theme sudah lawa dan cantik dari sudut pandangan aku.
Nak tau kenapa Blogger tu suka betul tukar theme?
1- Theme sudah dipakai oleh orang lain. Maksudnya theme telah dipakai oleh jiran atau geng mahupun kenalan blogger yang terdekat. Dah tu, tukar theme lain. Dek, Kerana mempunyai citarasa yang suka kelainan dan inginkan kelihatan berbeza dengan orang lain. Dan tak mahu dilabelkan sebagai suka tiru terhadap theme blogger lain.
2-Mood untuk berblogging. Ya, mood untuk berblogging. Apa kaitannya mood dengan theme. Kaitannya ialah theme sebuah blog akan mempengaruhi mood untuk berblogging. Seandainya sifat keghairahan sudah hilang dengan theme tersebut adalah lebih baik tukar theme yang baru. Theme juga berkaitan dengan emosi blogger untuk menulis idea yang baik dan bernas. Selain mempengaruhi mood pembaca blog kita.
3-Jumpa theme yang lebih menarik. Maklumlah theme percuma dalam enjin pencarian (search engine) tu kan banyak yang lawa dan menarik. Ini pun menjadi sebab kenapa blog tersebut menggunakan theme yang baru. Theme terbaru yang dijumpai itu sesuai dengan keperluan dan citarasa semasa. Misalnaya, bilangan kolum sedia ada adalah 2 kolum dan kandungan isi di bahagian sidebar terlalu panjang ke bawah.Hal Ini akan menimbulkan perasaan malas dalam kalangan pembaca untuk skrol ke bawah. Nak tak nak kenalah pakai theme yang ada 3 kolum. 3 kolum yang dimaksudkan adalah 1 kolum untuk isi kandungan blog dan 2 lagi untuk sidebar di bahagian kanan secara kebiasaannya.
Opsss… Jangan hairan pulak suatu hari nanti blog ini akan bertukar wajah atau baju baru.P:s Entri bukan la untuk menyendiri atau menyakitkan hati mana-mana pihak. Harap jangan terasa ya.






