4 Dec, 2010  |  Penulis:  |  Kategori: sosial

Setelah tren menyediakan tempat duduk yang khusus untuk wanita kini bas untuk wanita pun turut disediakan. Namun masih di peringkat Beta lagi.  Bas tersebut dikenali sebagai Rapid Bas Wanita.

Bas tersebut sudah mulakan operasinya dan beroperasi sehingga 31 December.

Tempoh percubaan itu dijalankan di tujuh laluan yang mempunyai jumlah penumpang ramai dengan dua sesi perkhidmatan, iaitu di sebelah pagi jam 6.45 dan 7.30 manakala di sebelah petang pada jam 6 dan 6.45.

Laluan yang terbabit pada sesi pagi ialah U1 (Hab Pinggiran Batu Caves), U8 (Hab Damansara Damai), U22 (Hab Sri Nilam), U40 (Hab Terminal Kajang), U60 (Hab Puchong Utama), U80 (Hab UiTM Shah Alam) dan U81(Hab Subang Suria).

Bagi sesi petang, laluannya ialah U1 (Hab Medan Pasar), U8(Hab Medan Pasar), U22 (Hab Jalan Hang Lekiu), U40 (Hab Pasar Seni), U60 (Hab Pasar Seni), U80 (Hab Pasar Seni) dan U81 (Hab Pasar Seni).

Bas tersebut dikhaskan untuk golongan wanita dan golongan kanak-kanak yang berusia di bawah 12 tahun turut dibenarkan. Tetapi perlu ditemani oleh rakan atau saudara perempuan.

Tujuan dilaksanakan adalah bagi memberikan keselesaan dan keselamatan kepada penumpang wanita. Selain melindungi daripada gangguan seksual dan mengelak bersesak-sesak dengan golongan lelaki pada waktu puncak.

Ikon bas ‘untuk wanita sahaja’ akan diletakkan pada cermin depan bas, tingkap, pintu dan skrin LED dalam kenderaan itu bagi membezakannya daripada bas biasa.

Secara peribadinya aku bersetuju dengan langkah yang diambil oleh RapidKL. Diharapkan dari segi pelaksanaan biar lebih realistik. Supaya tidak terjadi dalam pelaksanaan perkhidmatan tren yang lalu.

So, apa pendapat korang?

16 Nov, 2010  |  Penulis:  |  Kategori: sosial, Umum

Banjir sudah reda, kini Hari Raya Aidil Adha pula datang menjelma. Dalam kesibukan kita untuk menyambut Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Haji, mereka yang telah tertimpa musibah banjir menyambut Hari Raya Haji dengan keadaan apa saja yang mereka ada. Tanpa persiapan yang mencukupi untuk merayakannya.

Mereka lebih banyak menghabiskan masa untuk membersihkan dan mengemas rumah berbanding menyediakan persiapan untuk menyambut Hari Raya Haji. Itulah yang lebih utama bagi mereka.

Rasa pilu dan bersimpati dengan keadaan mereka menyambut perayaan ini.

Dalam kita menyambut Hari Raya Haji sangat dituntut kita bersederhana dan tidak digalakkan membazir. Dan diharapkan kita juga mengingati saudara kita yang telah ditimpa musibah baru- baru ini. Agar kita lebih insaf dan memahami erti syukur dan nikmat yang kita telah terima.

Aku akan menunaikan solat Aidil Adha di surau berdekatan rumah. Tak mampu pergi solat yang jauh-jauh. Nak pi masjid negeri pun takut tak sempat.

Bilangan lembu yang akan menjadi korban pada waktu pemyembelihan adalah satu ekor.Biasalah duduk dalam kawasan kampung.

Sebagai perutusan terakhir, saya Shaharil dan keluarga  mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha @ Hari Raya Haji kepada muslim muslimat yang menyambutnya pada esok hari.

14 Nov, 2010  |  Penulis:  |  Kategori: Dunia Varsiti, sosial

Aku masih lagi tidak dapat melupakan peristiwa yang berlaku semasa dalam perjalanan balik ke KL.Ketika sedang menunggu bas. Walaupun sudah hampir seminggu.Mana taknya,  peristiwa tersebut menjadi pengalaman pertama aku melihat orang patah kaki.

Dalam keadaan aku sedang duduk relax sambil menunggu  hingga pukul 10.00 malam. Aku mendengar satu bunyi  kuat yang kedengaran. gedeboom… Aku pun bergegas  pergi tengok. Apa benda tu. Haa.. accident yang  berlaku antara sebuah motorsikal dengan sebuah kereta proton saga.

Kemalangan tersebut berlaku di  simpat empat yang mempunyai traffik light yang terletak di Pekan Changloon. Satu-satunya kawasan mempunyai traffik light di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan.

Kereta tersebut menerima kesan yang teruk di bahagian depan saja. Kereta itu menjadi remuk. Manakala,  badan motorsikal hampir berkecai.  Motorsikal tu telah termasuk sedikit ke bawah kereta proton saga.  Itu yang motorsikal menerima kesan yang teruk.

Penunggang  dan pembonceng motor mengalami kecederaan. Tapi kelihatan salah sorang daripada mereka mengalami patah kaki dan hanya mampu terbaling. Pemandu kereta tidak kelihatan. Entah pergi mana.

Punca kemalangan dikatakan berpunca daripada proton Saga yang melanggar lampu merah. Lalu melanggar motosikal yang datang dari berlainan arah.

Keadaan lalu lintas menjadi sesak kerana orang ramai mula berkumpul untuk melihat kejadian tersebut. Dan keadaan mula terkawal pabila polis datang.

Macam-macam karenah aku dapat lihat.  salah satu, perkara yang selalu menjadi amalan dan kebiasaan orang Malaysia apabila berlaku kemalangan adalah ambil nombor plat. Ini mesti kes nak beli nombor ekor. Siap tulis kat kertas lagi.

Ada juga hamba Allah ni yang pergi ke hospital yang menjadi tempat mangsa menerima rawatan. Walaupun dia tak kenal dengan sangat dengan mangsa.

Mangsa kejarkan ke Hospital Jitra dengan menggunakan ambulans.

Kereta Saga masih lagi kelihatan tersadai. Entah dah kena tarik ke tak ?

Hope, mangsa cepat pulih dan sembuh serta boleh berjalan semula.

4 Jul, 2010  |  Penulis:  |  Kategori: sosial

Cybercafe atau lebih dikenali dengan panggilan cc menjadi rumah kedua selain rumah mereka diami terutamanya golongan remaja.  Sesetengahnya telah menganggap sebagai  rumah sendiri.  Rumah yang mereka tinggal hanya sebagai tempat untuk tukar baju, mandi dan makan. Selebihnya menghabiskan masa di cybercafe. Mereka tidur tanpa segan silu walaupun ada pengunjung yang datang dan keluar masuk.

Mereka ini berusia seawal  lima tahun hingga belasan tahun dah melepak kat cybercafe dan bermain game. Ibu bapa mereka kurang nak mempedulikan mereka kerana sibuk bekerja. Pergi kerja awal pagi balik tengah malam. Itu yang berlaku. Anak dibiarkan bermain dan berkawan dengan sesiapa saja tanpa mengira usia. Aku tengok sendiri budak yang berusia 5 tahun ini sudah pandai main dan lebih terra.

Kebanyakannya mereka terdiri daripada golongan tidak bersekolah dan tidak berminat lagi pergi sekolah.  Yang tak pergi sekolah disebabkan ketidakmampuan ibu bapa mereka menampung kos persekolahan.  Bilangan anak yang ramai dan keretakan rumah tangga  turut menyumbang perkara ini.

Ada yang  ibu bapa mereka suruh pergi sekolah. Tetapi  memilih lepak di cybercafe untuk menghabiskan waktu persekolahan. Beranggapan pergi sekolah adalah perkara yang membosankan.  Selain itu, tak kisah sangat dengan masa depannya. Yang dia tahu, lepas SPM boleh kerja kilang. Itu saja.

Orang menjaga cybercafe pun naik bosan dengan gelagat budak-budak ini. Sudah dihalau pun datang balikk lagi. Nak tak nak biarkan sajalah.