6 Feb, 2012  |  Penulis:  |  Kategori: Personal

Syukur alhamdulillah, aku diberi kesempatan dan peluang untuk menghadiri Seminar IMKK ( Insentif Mentor Kekayaan dan Kejayaan) yang dikelolai oleh Dr. Azizan Osman di Wisma MCA, Kuala Lumpur.

Sebelum aku attend seminar ni, aku mula-mula attend Seminar Kenali Potensi Diri (SKPD) di Wisma MCA juga bersama bonda yang tercinta. Masa tu tak terfikir langsung untuk attend seminar ni. Yakni selang beberapa hari selepas SKPD.

Bonda aku lah yang membuatkan aku rasa sifat “keterpaksaan” untuk attend seminar ni pada hari pertama jer. Selang keesokkan hari dan hari terakhir sifat ”keterpaksaan”, aku sudah campak jauh-jauh kerana sudah berasa seronok sangat dan gembira sepanjang berada di seminar ini.

Hari Pertama

Aku hanya sempat belajar bab mengenali watak diri sendiri kerana mempunyai urusan lain pada waktu pagi. Bila dibentangkan, ada yang kena dengan diri sendiri dan sebaliknya.

Hari Kedua

Masa ni, aku  berada  kat  sini dari pagi sampai malam. Hari kedua, aku cara-cara menjadi medan magnet wang.

Hari Ketiga

Aku belajar dengan keadaan yang lebih relaks, santai dan tenang berbanding hari sebelumnya.  Pada hari lah aku dapat bertemu dengan Tuan Aqif  iaitu salah seorang tim majalahniaga.com. Sangat gembira berjumpa dengan beliau  di luar dewan ketika mahu pulang.

Keseluruhan

Sangat berpuas hati, gembira,  seronok , penat tapi berbaloi, sedih dan macam-macam lagi perasaan. Semuanya bercampur-baur.  Seminar ini, telah membuka minda untuk menjadi seorang berdikari dan menambah minat lagi untuk melibatkan diri dalam bidang perniagaan.

Pesan yang paling masih aku ingat lagi, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai pangkal lengan. Jadi, buat sampai habis @ jadi. Bukannya buat separuh jalan jer. Satu lagi, pelaburan yang sangat berharga adalah menimba ilmu.

Memandang seminar ini berbayar dan bernilai 4 angka, aku hanya nyatakan secara tidak terlalu specifik kerana adil untuk semua orang. Jika kemahuan untuk mengetahui apa yang dipelajar dalam seminar ini. Datanglah. Tak rugi pun.

Sekali lagi, terima kasih buat bonda yang sudi sponsor saya untuk hadir seminar.

Terima kasih Dr. Azizan Osman yang bersemangat dan bertenga untuk terus mendorong ke arah kejayaan. Tidak dilupakan kepada krew-krew yang sanggup melayan dengan ramah mesra dan baik. Terima kasih.

Salam Maulidur Rasul sebagai penutup entri ini.

29 Aug, 2011  |  Penulis:  |  Kategori: Personal, Umum

SELAMAT HARI RAYAcopy 231x300 Selamat Hari Raya Aidil Fitri  Merdeka

Ramadhan sudah hampir melabuhkan tirainya. Dan syawal hampir menampakan bayangnya.  Semua umat bakal menyambut Hari Lebaran 1432H pada tahun ini apabila matahari sudah terbenam.

Tahun ini juga, sambutan Hari Lebaran menjadi lebih istimewa lagi kerana hari raya kedua merupakan Hari Kemerdekaan ke-54 untuk negara yang tercinta ini.  Sudah pasti kemeriahaan menyambut hari lebaran dan hari kemerdekaan menjadi lebih meriah.

Namun begitu, sambutan lebaran untuk tahun ini aku hanya sempat beli baju melayu sepasang saja. Itu pun, beli masa cuti pada minggu lalu kerana sibuk mencari rezeki bagi mengisi masa cuti semester ini ( cuti panjang 3 bulan).

Persiapan yang lain seperti buat kuih raya, buras (makanan tradisi) dan memasang langsir semua diuruskan oleh ahli kelurga yang lain.Hanya tolong apa yang mampu je.

Semua persiapan dibuat mengikut keperluan, kemampuan kewangan yang dimiliki dan tidak berlebih-lebihan bagi mengelakkan pembaziran. Seperti mana yang korang ketahui, membazir itu amalan syaitan. icon smile Selamat Hari Raya Aidil Fitri  Merdeka .  Keserdehanaan adalah lebih utama dan lebih penting.

Beberapa lepas hari raya, aku juga balik ke kampus kerana terlibat dengan minggu suai kenal dan semester baru bakal bermula pada pertengahan september. Bila buka semester sudah semestinya, duit yang diperlukan adalah sangat banyak untuk membeli buku  di samping menampung kos hidup selama 4 bulan lebih.

Inilah yang menjadi sebab menyambut lebaran pada kali ini dengan kesederhanaan selain mengikut tuntutan syariat.

Dikesempatan ini, aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1432 dan Salam Kemerdekaan ke-54. Yang balik kampung pada hari ini, selamat pulang dan selamat kembali semula. Pandu Cermat dan berhati-hati  di Lebuh raya dan di jalan raya.

 

 

17 Jun, 2011  |  Penulis:  |  Kategori: Artikel, Personal, Travelog

Dalam perjalanan aku nak pergi stesen LRT Masjid Jamek, aku terpandanglah seorang lelaki makan buah. Tiba-tiba aku tertelan air liur dan nak merasanya.

Aku pun pi membelinya. Beli di gerai buah yang aku di hadapan bank HSBC. Tapi yang menjadi masalah duit besar sangat. RM 50 jer. Biasalah, baru cucuk duit. Sebelum aku beli buah mangga tu, aku tanya dulu dengan pakcik yang jual buah tu.

“Pakcik ada duit kecik tak kalau saya beli ni ada duit tukar tak?” Lalu pak cik tu gelengkan kepala. dan kata tak ada. Pakcik tu terus offer kat aku ambil jer. Esok-esok boleh bayar. Aku jadi rasa terkedu dan segan pulak bila pakcik tu buat offer.

Offer tu turut disokong oleh anaknya yang ada di situ. Sambil diperhatikan oleh sang isteri pakcik tu.

Dalam aku terasa segan, buah mangga terus aku ambil dan ucap terima kasih. Sebelum meneruskan perjalanan pi stesen LRT Masjid Jamek, aku sempat tanya pasal tutup gerai sampai pukul berapa?

Lalu pakcik tu menjawab, “pukul 12 malam”.

Sesudah itu aku terus pergi. Namun terasa di hati masih ada perasaan yang bersalah di hati dan tak sedap kalau tak membayarnya.

Bila urusan selesai aku kembali semula ke gerai tu dan terus membayarnya.

Aku tanya ” Berapa harga buah tadi ?

Pakcik tu menjawab ” Seringgit jer”. Murah giler dan sedap (monolog dalam hati). Bila pakcik tu cakap seringgit. Aku beli lagi satu buah mangga.

Sesudah itu aku terus beredar dari situ dan balik rumah.

16 May, 2011  |  Penulis:  |  Kategori: Personal, Umum

Sudah hampir 2 tahun aku meninggalkan bangku persekolahan. Detik-detik itu merupakan detik-detik yang terakhir bagi aku menyambut Hari guru peringkat sekolah semasa masih belajar Tingkatan 6.

Ya, masih aku terpaham dalam ingatkan pada hari tersebut. Hari tersebut  bukan saja menjadi sambutan Hari Guru tetapi menjadi medan para pelajar memohon restu dan ampun  supaya segala ilmu yang dipelajari mendapat keberkatan.

Wajah sedih, gembira, suka dan duka terpancar di wajah aku dan kawan-kawan serta guru-guru yang telah mendidik bagi  menjadikan  seorang dewasa yang berwawasan dan menjadi insan contoh kepada masyarakat kelak.

Apa yang membuat aku sedih, aku bakal meninggalkan alam persekolahan dan tiada lagi ucapan ” Selamat Hari Guru”. Bukan itu saja, kesanggupan guru-guru yang mengajar  tanpa jemu walaupun ungkapan tersebut  diulang berkali-kali. Kesanggupan bangun awal pergi sekolah walaupun ada jua pelajar yang datang lambat ke sekolah.

Kita orang susah, tanpa pelajaran yang tinggi kita nak kerja apa? kerja  kilang. Apa mampu menyara kedua orang tuamu. Mau pun bini mu bila sudah berumah tangga. Fikir masak-masak…

Melainkan bapa mu menpunyai bisnes dan harta yang banyak. Yang bisa engkau warisi. Tak payah pergi sekolah pun tak apa. Kerna sudah ada yang menanti.

Klik disini untuk terus membaca entri penuh

8 May, 2011  |  Penulis:  |  Kategori: Personal, Umum

Hari ini merupakan hari yang bersejarah buat semua ibu yang berada di Malaysia. Sambutan Hari Ibu di Malaysia jatuh pada hari Ahad minggu ke-2 setiap tahun (berdasarkan laman web wikipedia). So, untuk tahun 2011, 8 Mei 2011 merupakan Hari Ibu untuk semua ibu yang berada di Malaysia.

Buat Bondaku yang tercinta Rosliana bt Dirman, Selamat Hari Ibu. Walaupun ini kali pertama aku menzahirkan ucapan ini.

Terima kasih ku ucapkan atas segala pergorbanan yang bonda lakukan terhadap anakanda mu ini. Walau perit dan susah sekali pun bonda tetap berusaha membesarkan kami semua dan cuba memberi yang terbaik dengan semampu yang boleh.

Bonda tetap tabah mengharungi pahit dan getir hidup ini. Bonda pernah gagal dalam perniagaan yang bonda ceburi. Tetapi bonda cuba bangkit semula. Bonda tak pernah putus asa. Jiwa kental ini semakin hari telah meresap ke dalam jiwa anakanda.

Anakanda menyusun sepuluh jari, memohon ampun dan kemaafan atas segala kekasaran, kenakalan atau perkara yang menguris hati bonda secara tidak sengaja.

Anakanda memohon restu daripada doakan kejayaan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat. Dan doakan kecemerlangan final exam untuk semester ini.

Selamat Hari Emak…