15 Jan, 2012  |  Penulis:  |  Kategori: Blogging, Perniagaan

Setelah sekian lama aku mengidamkan  sampai berbulan-bulan lamanya untuk mendapat buffered earning daripada Nuffnang. Kini blog ini telah mendapat buffered earning yang kedua iaitu daripada Sloggi Girls Night Out- Cheeserland.  Buffered earning yang kedua ni, tak sebanyak buffered earning yang pertama.

Buffered Earning shaharil2 Buffered Earning SHAHARIL.com #2

Sloggi Girls Night Out- Cheeserland adalah berkaitan dengan wanita. Tapi blog ini juga yang dipilih untuk sasaran promosi. Walaupun blog ini owner adalah lelaki.  Terima kasih aku ucapkan kepada Sloggi Girls Night Out- Cheeserland.

Sudah dua buffered earning yang melekat kat blog ini. Bila lagi agak buffered earning yang ketiga nak melekat kat ni? Yang pastinya, aku tunggu jer   dan sabar menanti . Masanya pasti akan tiba. Jika buffered earning yang dah melekat, aku update lagi.

Memandangkan syarat kelayakan untuk mohon innity sudah semakin ketat dan sendat. Innity sudah naikkan Jumlah bulanan  unique visitor daripada 20, 000 sebulan dan page views 100, 000 sebulan kepada 40, 000 untuk unique visitor  dan page views 200, 000. Bermula pada tahun ini.  Susahlah, nak lepas syarat untuk mohon Innity. Nampak gayanya, aku still kena setia dengan nuffnang lagi lah.

13 Aug, 2011  |  Penulis:  |  Kategori: Perniagaan, Travelog

Hari ini hari Jumaat. Hari juga adalah hari bermulanya Lelong E Commerce Fair. Fair ini berlangsung sampai hari Ahad ini. Dengan kata lain, sampai 14 ogos 2011.

Selepas solat Jumaat aku bertolak pergi Mid Valley Megamall, untuk menghadiri Lelong E Commerce Fair dengan menaiki bas. Setelah sampai di Bas Stop Mid Valley, aku terus bergerak untuk ke fair ini.

Seperti sudah dapat menduga, lokasi fair ini terletak di Mid Valley Exhibition yang berhampiran dengan food Court Mid Valley dan berdekatan dengan panggung wayang.

Sampai Ke Lokasi

Bila sudah sampai di lokasi, aku mula menjelajah dari satu booth ke satu booth yang lain. Satu kelainan yang mula dirasai.  Booth yang pertama dikunjungi adalah booth Paypal. Siapa yang tak kenal dengan Paypal. Syarikat yang menjadi perantara untuk transaksi urusan perniagaan dan pembelian barang di internet.

Booth yang kedua disinggahi adalah Booth Cybersecurity. Cybersecurity ini macam polis dunia siber. Sebarang masalah berkaitan hacker boleh hubungi dorang ini. Agak terkejut bila sampai ke Booth ini, Soalan yang pertama ditanya, ” Anda seorang hacker? “. Lalu aku menjawab, ” Taklah”.

Cybersecurity ini sudah lama ditubuhkan. Tempoh pengoperasian sudah mencecah enam tahun. Tapi sejujurnya, aku baru mengenali melalui majalah PC. Mula melakukan promosi  untuk tujuan lebih dikenali, sejak serangan hackers anonymous.

Klik disini untuk terus membaca entri penuh

22 Jul, 2011  |  Penulis:  |  Kategori: Blogging, Perniagaan

Setelah sekian lama aku berblogging, inilah kali pertama blog ini mendapat Buffered Earning yang pertama.  Hanya yang mampu aku ucapkan adalah syukur ke hadrat illahi.

BE yang pertama aku dapat bukan setakat satu tetapi sekali empat.  Semuanya datang tanpa disangka-sangka. Bila buka  dan tengok akaun pendapatan  Nuffnang, aku rasa terkejut dengan pemberian sekali empat BE ini.  Semua masih lagi sedang berjalan.

BE SHAHARIL.com 11 300x60 Buffered Earning SHAHARIL.com #1

BE SHAHARIL.com #1

Mesti korang nak tau macam mana nak dapat BE daripada Nuffnang? Jawapan yang dapat aku berikan adalah tiada rahsia disebalik BE ini. Hanya sekadar isi dan lengkapkan Nuffnang suruh.

Terima Kasih Nuffnang kerana BE ini.

P/s: Opss… Bukan untuk tujuan riak, tetapi sekadar memberi semangat kepada sahabat blogger yang lain untuk terus berblogging.

 

15 Jul, 2011  |  Penulis:  |  Kategori: Perniagaan

Sekadar simple update pada hari Jumaat yang mulia ini. Al maklumlah blog sudah lama berhabuk dan penuh…. Tapi tak mengapa lah.

Oklah. Berbalik dengan tajuk posting hari berkaitan  dengan kakitangan kerajaan boleh tak daftar perniagaan?

Ermm…  Kenalah  minta kebenaran daripada ketua jabatan sebelum mendaftar perniagaan. Tak kiralah nak daftar  dengan pergi pejabat SSM atau daftar secara offline.

So, buatlah permohonan bertulis kepada ketua jabatan sebagai bukti mendapat kebenaran untuk menjalankan perniagaan.  Bagi mengelakkan sebarang perkara yang tak diingin berlaku. Misalnya, kena buang kerja kerana tidak mendapat kebenaran untuk berniaga.

Dah dapat kebenaran barulah boleh memulakan perniagaan.  Dengan ini, aku mengucapkan Selamat Memulakan Perniagaan bagi kakitangan kerajaan yang hendak berniagaan. Dan Semoga Sukses.  :-)

 

25 Oct, 2010  |  Penulis:  |  Kategori: Perniagaan

Beberapa hari yang lalu aku telah menghadiri kursus asas keusahawanan siswa yang dianjurkan oleh pihak universiti. Kursus ini diadakan di sebuah hotel yang terletak di Sungai Petani. Memang jauh juga dari kampusku. Tapi, ianya tidak menjadi masalah bagi aku untuk menghadirinya. Sebabnya percuma dan tak perlu bayar satu sen pun. Ini antara menjadi sebab blog ini tak dapat dikemas kini pada minggu lalu.

Maklumlah, tiada benda yang disukai orang melainkan benda free.

Sebelum menghadiri kursus atau seminar ada beberapa perkara penting yang perlu diambil berat maupun diambil kira supaya tidak menyusahkan kita kelak apabila kursus atau seminar yang kita hadiri.

Lokasi kursus.Lokasi kursus tersebut dekat mana. Terletak jauh daripada kawasan bandar?? atau Terletak jauh daripada kemudahan infrasturuktur seperti hospital, pasaraya, mesin atm dan bank. Seeloknya kena tau. Kot-kot ada perkara kecemasan yang berlaku tanpa diingini dan diduga berlaku. Tanyalah kepada pihak yang menganjurkan kursus tersebut. Selain tu boleh cari sendiri kat internet.

Jenis penginapan yang bakal didiami. Jenis penginapan yang bakal diduduki dapat membantu kita dalam menentukan jenis pakaian dan barangan yang hendak dibawa. Kalau menginap di hotel, tuala mandi tak perlu dibawa. Kerana sudah disediakan. Hanya bawa berus gigi saja. Digalakkan bawa sendiri seterika kerana biasanya seterika yang disediakan oleh pihak hotel adalah terhad. Tak pasal-pasal bergaduh pulak. Lain-lain keperluan adalah bergantung kepada benda ini.

Tentatif program. Maklumat tentatif program juga membantu anda dalam menentukan barang keperluan yang hendak dibawa. Kelak kita tak payah membawa barang yang tak diperlukan. Tak menyusahkan diri sendiri untuk membawa keperluan tersebut.

Last sekali adalah membuat senarai barang yang dibawa. Haaa… Benda ni orang jarang buat. Mungkin malas nak pikir apa benda nak bawa. Main sumbat jer barang masuk beg. Tak merancang langsung. Itu yang bawa benda yang mengarut. Kalau buat list barang yang hendak dibawa, semua benda itu mesti menjadi berguna. Buat list tu boleh guna handphone. Tak pun tulis pada sehelai kertas.

So ini antara tips yang aku sempat berikan. Kalau nak tambah lagi tips berkaitan dengan hal ini. Tambah kat bawah ini ya.