Wang hanya memotivasikan kita pada peringkat awal dalam menceburi sesuatu bidang. Tidak kiralah menjana pendapatan dari internet, buat duit dari berblogging atau menceburi dunia MLM. Semuanya bermula dengan desakan wang untuk meneruskan kehidupan yang masih ada lagi.
Akan tetapi memotivasikan diri dengan wang tidak akan berkekalan lama. Seandainya kita tidak mencapai target atau pendapatan yang diinginkan susah tentu kita akan berputus-asa dan berhenti begitu saja.
Dalam konteks yang pula, apabila target yang diinginkan telah tercapai, maka secara automatik kita berhenti seketika untuk meneruskan perjuangan dalam bidang yang diceburi. Kerana kita sudah berpuas hati terhadap pencapaian tersebut.Mulalah bersenang-lenang, relax memanjang, dan ke hulu ke hilir buat benda yang tak tentu arah.
Percaya atau tidak , wang hanya mampu memotivasikan kita buat sementara? Tak percaya, cuba tanya kepada orang yang telah berjaya?
Sudah tentu, beliau menasihatkan kita supaya cari benda lain yang boleh memotivasikan diri selain dari wang.
Aku pernah membaca kisah seorang jutawan, yang pada mulanya beliau menjadikan wang sebagai motivasi untuk dirinya. Namun, beliau tidak berjaya dalam dunia perniagaan. Dan terus berusaha dan menukar niat untuk menjadi kaya raya kepada membantu orang yang susah penghidupannya dan ingin berbakti kepada masyarakat. Barulah, beliau berjaya membina dan meluaskan empayar perniagaan .
Otai-Otai blogger dan internet Marketer pun pernah kata “Jadikan duit sebagai matlamat yang kedua dan bukannya matlamat utama kita. Duit akan datang dengan sendirinya, apabila kita mempunyai skill dan minat.Kepuasaan diri adalah turut penting.”
So, carilah benda lain yang boleh memotivasikan diri untuk kekal lama dalam bidang yang diceburi. Walaupun kata hikmat “money is everthing but everything is money”.






