8 Jan, 2012  |  Penulis:  |  Kategori: Dunia Varsiti

Sudah lapan hari aku dan korang melangkah ke tahun 2012.  Esok adalah hari yang kesembilan kita semua berada di tahun 2012. 901 atau 9 Januari 2012 adalah hari yang menjadi hari suka duka buat sesetengah orang.

 Bagi aku, 901 adalah hari yang mengembirakan kerana pemberian  baucer buku RM 200  bakal diagihkan mulai esok di dewan penginapan pelajar masing-masing. Walaupun pada perancangan asal pemberian baucer bakal dilaksanakan selepas habis cuti semester baru dan selang beberapa hari selepas naik semester baru.  Namun, atas inisiatif Majlis Perwakilan Pelajar, baucer bakal diberikan pada esok hari. Itu adalah cerita di sebalik tabir yang berlaku. Apapun yang berlaku  cerita di sebalik tabir pemberian baucer ini,  aku sudah tersenyum lebar (sampai ke telinga) bila mendengar khabar gembira ini. Rasa tak sabar pulak pi ambil baucer ini  kat pejabat am. lalala~~~

Esok juga, aku boleh berehat seketika walaupun masih di minggu peperiksaan akhir semester kerana tiada paper sepanjang minggu ini dan akan kembali semula untuk menjawab pada dua hari terakhir peperiksaan akhir semester. Wah, bertambah gumbiranya lagi  rasa di hati ini.

Namun begitu, aku cuba untuk studi walau exam lambat lagi. Bila studi last-last minit ini, mesti ada bab yang tak  dapat dibaca dan tidak baik untuk kesihatan  sebenarnya.  Satu perkara paling aku takut bila studi last-last minit, apa yang dibaca tak boleh masuk dan diterima oleh otak.

Peristiwa yang terakhir bakal berlaku adalah keputusan perbicaraan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim.  Apa pun keputusan yang berlaku esok. Biar hakim dan mahkamah yang tentukan.  Tapi perkara yang merisaukan tentang kes ini adalah penglibatan mahasiswa yang sedang menghadapi peperiksaan akhir semester.  Walaupun  untuk menyertai perhimpunan bebas anwar 901, pada hari esok adalah hak masing-masing .  Itu aku tak nak nafikan.

Bagi aku lah kan, lebih baik korang pi studi dan fokus kepada peperiksaan akhir semester daripada membazir duit untuk beli tiket bas pergi kl untuk sertai perhimpunan bebas Anwar 901. Jika berlaku kejadian tak diingini berlaku seperti tercedera sehingga patah tangan dan sebagainya. Sudah pasti tak boleh nak jawab exam lah jawabnya. Satu lagi,  Kesian kat ibu bapa korang yang telah membanting tulang demi menyara kehidupan semasa dalam pengajian tanpa memikirkan  penat lelah yang terpaksa ditanggung.

Itu hanya sekadar pandangan peribadi aku saja. Tiada kaitan dengan mana-mana pihak.

Eh, coolblog dah habis lah. Ok lah, aku  nak pi kedai pulak nak pekena coolblog lagi…

19 Dec, 2011  |  Penulis:  |  Kategori: Dunia Varsiti

Sebelum ini aku ada menulis berkaitan dengan bajet 2012 di mana intipati post ada menyatakan tentang pemberian baucer bernilai RM 200 untuk membeli buku rujukan dan  lain- lain.

Selang beberapa hari kemudian, ada seorang pembaca blog ini bernama Pranshantini bertanyakan soalan berkaitan dengan pemberian baucer ini. Berikut adalah soalan yang diajukan:

hi,sekarang saya menuntut di tingkatan enam kat johor.saya nak tahu macam mana nak dapat baucer sebanyak RM200. - PRASHANTINI

Secara jujurnya aku tak bisa menjawab soalan ini sehingga pengumuman secara rasmi telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri.  Di bawah ini merupakan jawapan kepada Prashantini.

Kementerian Pengajian Tinggi ingin memaklumkan pelaksanaan pemberian baucar buku bernilai RM200 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa Pembentangan Bajet 2012 kepada pelajarIPTA, IPTS, Politeknik, Matrikulasi/Asasip Sains dan pelajar Tingkatan 6, seperti berikut:

Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS dan Politeknik mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D, Matrikulasi/Asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar di Tingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM200.

Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melaluiIPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulan Januari 2012. Mohon hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan.

Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, berserta Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Matrik /NomborPendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, no. kad pengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan pada setiap keping baucar yang bernilai RM50.00 setiap keping (RM 50 x4).

Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan kedai buku adalah terbuka kepada semua.

Baucar ini adalah untuk pembelian buku – buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing.

Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012.

Tempoh masa sah laku baucar buku ini adalah selama tiga bulan mulai daripada 1 Januari hingga 31 Mac 2012.

Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebus baucar buku ini dengan wang tunai.

# Bila buka semester nanti, moga-moga urusan pemberian baucer ini berjalan lancar seperti. Sebabnya kat kampus aku, hanya ada satu kedai buku.  Kedai tu je lah tempat  untuk beli buku. Tak ada kedai nak pergi beli buku dah.

7 Dec, 2011  |  Penulis:  |  Kategori: Dunia Varsiti

Pejam celik, pejam celik. Aku sudah hampir berada di semester akhir tahun hadapan. Insya-Allah. Sebelum menamatkan pengajian aku diwajibkan menjalani praktikum atau latihan industri. So, semalam aku pun pergi ke taklimat pra pendaftaran praktikum.

Banyak input-input yang menarik yang dapat dikutip. Dalam mahu menjalani praktikum pemilihan bandar adalah sangat penting. Nasihat yang diberikan adalah menjalani praktikum di kawasan bandar yang telah dicadangkan supaya senang nak dapat tempat latihan industri. Bagi aku, ianya memudahkan supervisor untuk membuat lawatan. Seandainya nak jugak ditempat yang tidak tersenarai, boleh pilih tempat tu, tapi kena bagi nama, alamat dan no telefon kompeni.

Selain itu, persediaan-persediaan yang perlu dibuat supaya latihan industri berjalan dengan lancar seperti perancangan kewangan dan mengandung semasa menjalani sesi praktikum.

Perancangan kewangan menjadi keperluan bila nak buat praktikum nanti. Maklumlah, Pinjaman PTPTN sudah tidak diberikan semasa buat praktikum. Persediaan ini mencakupi kos makan, minum, pengangkutan dan penginapan. Semua ni kena tanggung sendiri melainkan kampeni bagi elaun.

Bagi yang mengandungi semasa menjalani praktikum, dinasihatkan untuk tidak menjalani praktikum sekiranya tempoh masa untuk bersalin adalah dalam tempoh menjalani praktikum.

Pemilihan Kampeni

Dalam memilih kampeni, beberapa aspek perlu diambil berat dan diteliti. Bagi mengelakkan mendapat tempat yang tidak bersesuai dengan kos yang diambil.

  • Teliti dengan operasi syarikat. Takut nanti pergi praktikum di syarikat bagi pinjam duit ceti haram. Tak pasal-pasal kena kutip duit ceti haram. Yang ni minta sangat dijauhkan.
  • Sedia maklum dengan kos yang terlibat.
  • Sedia maklum dengan jadual waktu bekerja. Kalau tak suka kerja bership, tak payah minta praktikum kat kilang-kilang.

Itu saja yang mampu dikongsikan untuk manfaat bersama.

p/s: Pagi-pagi buta terdengar pula orang menyanyi. Lagu yang sama dan asyik diulang beberapa kali. Tapi aku tak paham apa yang dinyanyikan. Bukan dalam Bahasa Melayu.

 

30 Nov, 2011  |  Penulis:  |  Kategori: Dunia Varsiti

Petang tadi aku menghadiri gathering sintok blogger di Cool Blog Di Varsiti Mall UUM. Gathering ini telah dirancang oleh Nizam Ijam atas permintaan ramai member Sintok blogger. Bilangan blogger yang datang adalah seramai 18 orang. Bagi aku jumlah ini sudah memadai walaupun tak dapat jumpa dengan member group sintokkian’s blogger.

Matlamat yang utama adalah nak buat baju sintok blogger  sambil beramah mesra serta berkenal-kenal antara satu sama lain. Maklumlah, belajar dalam universiti yang sama. Tapi, masing-masing sibuk dengan dengan assignment, aktiviti yang dijalankan oleh  dewan penginapan pelajar dan macam-macam lagi.

Gathering ini  start pada jam 3.00 petang mengikut peracangan asal. Namun, gathering start pada jam 4 petang kerana menunggu rakan-rakan blogger yang lain. Tepat pukul 4 petang, gathering ini pun bermula.

Macam biasa, kena perkenalkan diri masing-masing, matlamat berblogging dan berkongsi pengalaman.  Ada beberapa ilmu baru yang aku dapat dalam gathering. Yang pertama macam mana  nak jadi famous tapi bukan nak  jadi retis. Okey. Yang kedua,  jana income  beriban-riban.

Yang mula memperkenal diri adalah admin Sintok blogger.  Admin yang sintok blogger yang aku ingat Adalah AJ (Ariffin Janal). Barangkali senang nak ingat.  Then, member yang lain.

Antara blogger yang aku kenal dan datang ke gathering ini adalah Nizam ijam dan Nur Aqilah.  Nizam ijam adalah member aku dan duduk di dpp yang sama. Blog yang ditulis adalah bersifat personal.  Manakala Nur Aqilah ni adalah blogger yang mana blognya pernah masuk majalah remaja. Blog yang ditulis pun bersifat personal. Sempat lah dengar sharing daripadanya, cara-cara nak masuk majalah. So, boleh jadi glamor. Tapi bukan jadi retis tau.

Blogger yang lain secara jujurnya, aku baru kenal korang semua. Mungkin pernah terserempak kat mana-mana. Tapi tak tau pun korang adalah blogger. Selamat berkenalan dengan korang semua. Rasa gembira sangat dapat jumpa walaupun sekejap saja.

Sebelum gathering berakhir, sesi fotografi bersama semua blogger yang datang ke gathering ni. Gathering ini berakhir dalam pukul 5.30 petang. Dah habis gatehring terus pergi meeting la pulak.

Jumpa lagi di gathering sintok blogger yang akan datang. icon smile Gathering Sintok Blogger Di Cool Blog

gathering sintok blogger Gathering Sintok Blogger Di Cool Blog

 

Gambar yang lain boleh tengok kat sini.

kredit pic: Nur ‘Aqilah

14 Oct, 2011  |  Penulis:  |  Kategori: Dunia Varsiti

Biasiswa Dell untuk tahun 2011 masih lagi dibuka. Biasiswa ini ditawarkan mengikut kefahaman aku sendiri adalah untuk pelajar semester 2 dan ke atas.

Biasiswa ini ditawarkan untuk mahasiswa dan mahasiswi yang belajar dan menuntut dalam pengajian sarjana muda  di Universiti Tempatan yang terpilih sahaja. Selain itu, Pengajian Sarjana Muda (program berkembar) di institusi tempatan yang terpilih swasta /asing kampus cawangan universiti di Malaysia pun boleh memohon.

Penerima biasiswa Dell ini yang berjaya menamatkan pengajian perlu berkhidmat sekurang-kurangnya 2 tahun.

Pemohon biasiswa Dell menggunakan aplikasi dalam talian dan salinan kad pengenalan, keputusan STPM dan lain-lain perlu dihantar melalui pos bersetemkan stem RM 0.60. Untuk memohon biasiswa Dell ini, mohon layari website ini. Segala info dan penerangan  yang lebih detail ada dalam website link (untuk memohon)  yang diberikan.

Ini hanya sekadar info bidang pengajian,  dan syarat kelayakan untuk memohon biassiwa. Kalau nak tau lebh-lebih lagi refer dekat website ini ya.

Bidang Pengajian

  • Teknologi Maklumat
  • Kewangan & Perakaunan
  • Pengurusan Perniagaan / Pentadbiran
  • Kejuruteraan
  • Ekonomi
  • Statistik / Matematik
  • Undang-undang

Syarat Kelayakan Memohon

  • Warganegara Malaysia.
  • Tidak lebih daripada 25 tahun.
  • Keputusan akademik minimum:
  • Minimum PNGK 3.7 daripada keputusan universiti yang terkini untuk pelajar-pelajar semester 2 ke atas ( non-fresh entry students).
  • STPM: Minimum PNGK 3.7.
  • Matrikulasi / Asasi / Pra-U / Diploma: Minimum PNGK 3,7.
  • Pada masa ini tidak mengharapkan atau memegang sebarang biasiswa lain atau apa-apa bentuk bantuan kewangan daripada mana-mana institusi pendidikan atau organisasi lain.
  • Mahir dalam bahasa Inggeris (lisan dan bertulis).
  • Kemahiran interpersonal dan kepimpinan yang kukuh.
  • Aktif dalam kedua-dua aktiviti ko-kurikulum dan sukan.

Dah baca semua syarat dan kelayakan yang diberikan, so yang memenuhi syarat syarat yang diberikan oleh Dell boleh memohon. Tarikh permohonan adalah 31 Oktober 2011. Semoga Berjaya. Nanti dah dapat, belanja aku ya.. kekeke…