17 Jan, 2012  |  Penulis:  |  Kategori: Blogging

Balik saja dari hantar member dekat stesen bas  Pekan Changlun dan terus buka log  in masuk macam biasa di blog ini. Lepas tu,  di  ruang dashboard  blog ini terpapar angka yang agak menarik perhatian aku. Yakni, Jumlah komen dan entri blog  sejak penubuhan blog shaharil dot com. Sungguh pun jumlahnya tidak banyak tetapi ianya memberi entri yang sangat bermakna.  Jumlah komen yang terkumpul untuk setakat ini ialah 987 dan jumlah entri blog, 111 entri (tidak termasuk dengan entri ini).  Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pembaca yang pernah meninggalkan komen di blog ini. Sayang korang..

komen shaharil Jumlah Komen dan Entri Blog Baik Punya!
Penting sangat komen pada setiap entri? Sebenarnya komen pada setiap entri banyak membantu dan memotivasikan seorang blogger untuk terus menulis  entri blog. Melalui komen juga, boleh melihat apa dan bagaimana respon  yang diberikan oleh pembaca  setelah entri itu terhasil.

Dan tidak terkecuali juga bilangan spam yang melebihi jumlah komen di blog ini iaitu 2366. Lebih berkali-kali ganda jumlahnya berbanding dengan jumlah komen.

Blog ini masih lagi menggunakan akismet sebagai alat untuk melawan spam yang datang ke blog ini. Akismet juga  merupakan plugin yang percuma dan hanya perlukan API key untuk diaktifkan. Akismet masih lagi menjalankan  tugasnya  dengan baik dan  setakat tidak ada lagi komen spam yang terlepas.  Aku berpuas hati dan sangat gumbira. Walaupun rakan-rakan blogger ada yang sudah beralih kepada  Growmap Anti Spambot Plugin.

Jika anda mahu install plugin anti-spam ini korang  tidak boleh jumpa plugin ini dengan Plugins>Add New funtion di wordpress dashboard. Korang perlu download di sini. Kemudian  boleh upload secara manual. Plugin sudah lama digunakan dan masih terbukti menjalankan fungsi dengan baik.  Selamat Mencuba.

 

15 Jan, 2012  |  Penulis:  |  Kategori: Blogging, Perniagaan

Setelah sekian lama aku mengidamkan  sampai berbulan-bulan lamanya untuk mendapat buffered earning daripada Nuffnang. Kini blog ini telah mendapat buffered earning yang kedua iaitu daripada Sloggi Girls Night Out- Cheeserland.  Buffered earning yang kedua ni, tak sebanyak buffered earning yang pertama.

Buffered Earning shaharil2 Buffered Earning SHAHARIL.com #2

Sloggi Girls Night Out- Cheeserland adalah berkaitan dengan wanita. Tapi blog ini juga yang dipilih untuk sasaran promosi. Walaupun blog ini owner adalah lelaki.  Terima kasih aku ucapkan kepada Sloggi Girls Night Out- Cheeserland.

Sudah dua buffered earning yang melekat kat blog ini. Bila lagi agak buffered earning yang ketiga nak melekat kat ni? Yang pastinya, aku tunggu jer   dan sabar menanti . Masanya pasti akan tiba. Jika buffered earning yang dah melekat, aku update lagi.

Memandangkan syarat kelayakan untuk mohon innity sudah semakin ketat dan sendat. Innity sudah naikkan Jumlah bulanan  unique visitor daripada 20, 000 sebulan dan page views 100, 000 sebulan kepada 40, 000 untuk unique visitor  dan page views 200, 000. Bermula pada tahun ini.  Susahlah, nak lepas syarat untuk mohon Innity. Nampak gayanya, aku still kena setia dengan nuffnang lagi lah.

16 Dec, 2011  |  Penulis:  |  Kategori: Artikel, Blogging

Seperti yang diketahui wordpress versi 3.3 (sonny)  sudah dilancarkan. Pelancaran  wordpress versi 3.3 ini adalah bertujuan untuk  membuat proses editing lebih mudah bagi pengguna wordpress itu sendiri dan memperkenalkan wordpress sebagai platform kepada penulis-penulis blog yang  baru menceburi.

Dengan wordpress versi 3.3 ini, beberapa perubahan telah dibuat. Jadi, saya kongsikan sedikit beberapa wajah wordpress versi 3.3 ini yang menarik perhatian aku.

#1. Toolbar Menu Admin

toolbar menu admin Update WordPress 3.3

Inilah rupanya menu admin dekat sebelah atas.  enu ini menggunakan fungsi “drop Down” dan ianya akan memudahkan kita untuk akses ke menu-menu utama.  Di samping itu, mempercantikkan lagi navigasi pada halaman admin.

#2.  Menyokong bagi tujuan  meng’upload’  file  dalam bentuk*.*rar dan *.*7zip.

#3. Pemilihan struktur permalink yang lebih banyak . Permalink yang paling banyak digunakan seperti http://namadomain.com/sample-post/ sudah tersedia. So, semakin mempermudah newbie  ketika mengatur setting permalink.

Masih bagi masih banyak fungsi-fungsi lain yang  menarik  yang telah  ditambahkan untuk update wordpress versi  3.3 kali ini. Sebagai langkah keselamatan dan berjaga-jaga, sebaiknya sebelum melakukan update ke versi terbaru lakukan backup wp content dan database terlebih dahulu Untuk berjaga-jaga jangan sampai ada script, plugin dan template yang terpasang pada blog tidak sesuai dan tidak  kompetibel   dengan versi terbaru wordpress 3.3 (sonny).

Selamat  bertukar ke versi wordpress 3.3 ni. icon smile Update WordPress 3.3

4 Nov, 2011  |  Penulis:  |  Kategori: Blogging

Cek Nuffnang Pertama 2011 Cek Nuffnang Pertama  Sudah Sampai

Hujan yang turun telah membuat aku terlena. Dalam keasyikan dibuai mimpi yang indah, tiba-tiba dikejutkan oleh mak aku sendiri.

Mak aku kata “Ni ada cek kau sampai”. Apalagi aku terus terjaga. Rasa macam tak percaya, cek yang aku tunggu selama ini sudah aku terima.

Perasaan syukur hanya mampu aku lafaz. Akhirnya, aku dapat merasa hasil titik peluh pertama daripada nuffnang sejak berblogging pada April 2010 menggunakan domain sendiri.

Hampir setahun lebih aku menabung untuk cashout nuffnang ini. Boleh berjanggut jugak dibuatnya nak cashout. Tapi berkat kesabaran dan semangat tidak putus asa akhir tercapai hasrat aku nak cashout nuffnang.

Nak buat apa dengan cek pertama ni?

Benda yang mesti wajib dibuat? Mesti ambil gambar macam otai-otai blogger selalu. Dorang nilah yang selalu buat “terbakar” dan gatal tangan nak cashout walaupun ciput jer. Hanya RM61.04 setelah nuffnang tolak seringgit.

Nak beli apa dengan cek pertama ni?

Lepas dah bank-in baru aku fikir pasal benda apa yang beli guna duit daripada cek ini.

Mood: Masih lagi teruja. …hehehehe..

P/s:  Maaf terlambat nak post, Post ni patut dipost dua lepas.. hehehe

27 Sep, 2011  |  Penulis:  |  Kategori: Blogging

logo nuffnang 300x97 Macam Mana Nak Tukar email akaun Nuffnang?Akhir satu persoalan yang telah terjawab berkaitan dengan nuffnang yang sudah lama terbuku dalam kepala otak.

Persoalan tersebut adalah boleh ke tukar email setelah proses register telah dibuat? Maksudnya begini, masa daftar akaun nuffnang dengan email lain. Kemudian, rasa takut kena hack atau mungkin disebabkan masalah yang lain. Lalu rasa nak tukar email yang digunakan sekarang ini dengan email yang untuk lebih selamat atau sebaliknya (untuk login akaun nuffnang).

Berbalik kepada persoalan boleh ke tukar email akuan nuffnang ini? Boleh. Tapi macam mana ya. Caranya adalah tak sesukar mana pun. Tapi memerlukan kesabaran. Memandangkan proses permohonan pertukaran hanya dilakukan pada waktu bekerja dan dorang pun manusia jugak bukannya robot.

Oklah. Cara nak tukar email ni adalah seperti berikut:

1. Mula-mula login macam biasa.

2. Pergi hubungi kami (helpdesk nuffnang). Kemudian, isi ruang hantar tiket untuk memohon tukar email dan hantar.

3. Setelah itu, tunggu maklum balas daripada pihak nuffnang dan  minta korang bagi email baru.Maksud aku, yang nak guna untuk login bila dah kena approve oleh pihak nuffnang.

4. Seterusnya, pihak nuffnang akan menghantar notis/email yang memberitahu bahawa permohonan sudah diterima.

5. Akhir sekali login akuan nuffnang dengan email yang baru tadi. Setakat itu saja yang mampu bagi tahu tentang benda ni.

Setakat itu saja yang mampu bagi tahu tentang benda ni.