Seperti yang diketahui wordpress versi 3.3 (sonny) sudah dilancarkan. Pelancaran wordpress versi 3.3 ini adalah bertujuan untuk membuat proses editing lebih mudah bagi pengguna wordpress itu sendiri dan memperkenalkan wordpress sebagai platform kepada penulis-penulis blog yang baru menceburi.
Dengan wordpress versi 3.3 ini, beberapa perubahan telah dibuat. Jadi, saya kongsikan sedikit beberapa wajah wordpress versi 3.3 ini yang menarik perhatian aku.
#1. Toolbar Menu Admin

Inilah rupanya menu admin dekat sebelah atas. enu ini menggunakan fungsi “drop Down” dan ianya akan memudahkan kita untuk akses ke menu-menu utama. Di samping itu, mempercantikkan lagi navigasi pada halaman admin.
#2. Menyokong bagi tujuan meng’upload’ file dalam bentuk*.*rar dan *.*7zip.
#3. Pemilihan struktur permalink yang lebih banyak . Permalink yang paling banyak digunakan seperti http://namadomain.com/sample-post/ sudah tersedia. So, semakin mempermudah newbie ketika mengatur setting permalink.
Masih bagi masih banyak fungsi-fungsi lain yang menarik yang telah ditambahkan untuk update wordpress versi 3.3 kali ini. Sebagai langkah keselamatan dan berjaga-jaga, sebaiknya sebelum melakukan update ke versi terbaru lakukan backup wp content dan database terlebih dahulu Untuk berjaga-jaga jangan sampai ada script, plugin dan template yang terpasang pada blog tidak sesuai dan tidak kompetibel dengan versi terbaru wordpress 3.3 (sonny).
Selamat bertukar ke versi wordpress 3.3 ni.

November sudah berlalu, Disember sudah membuka tirainya. Di bulan November blog ini kurang update pada pertengahan bulan. Hanya rajin berblogwaking. Mungkin masa hanya mengizinkan untuk berblogwaking. Mood untuk menulis agak kurang kerana lambakan assignment yang perlu dihantar dan tanggungjawab lain perlu digalas.
Sebagai pembuka tirai untuk bulan Disember ini, aku mengucapkan terima kasih kepada yang sudi membaca blog ini dan meninggalkan komen atau pandangan walaupun kadang-kadang kurang update.
Jika ada kesempatan, jom terjah 10 blogger yang peramah yang selalu datang ke blog ini dan meninggalkan komen dorang.
Untuk link no.8, aku tak letak link sebab pengomen baru kat ini. So, kepada Amie, boleh lah link blog untuk diletak linknya seperti link blogger yang lain.Kepada korang tak tersenarai dalam top 10 blogger yang rajin meninggalkan komen dan peramah boleh mencubanya di bulan ini.
Terima kasih sekali lagi, atas kerajinan meninggalkan komen dan membaca blog ini.
Secara jujurnya, inilah kali pertama aku membeli buku secara online. Bukan seperti kebiasaan yang pernah aku lakukan, pergi kedai buku Popular atau MPH untuk beli buku.
Beli buku online sebab memenuhi keinginan diri. Sudah puas aku mencari buku yang aku inginkan tetapi aku tidak jumpa. Beberapa cawangan kedai buku yang terkenal sudah disinggahi, namun masih belum berjaya mendapatkan buku tersebut. Setelah itu, timbullah idea untuk mencuba membeli buku secara online.
Sebelum membuat pembelian dan pembayaran, duit dalam akuan mesti cukup dan line internet laju bagi mempercepatkan proses transaksi berlaku. Tak payah menunggu masa yang lama untuk membuat pembayaran.
Harga buku yang ditawarkan adalah sangat berbeza dengan harga yang ditawarkan oleh kedai buku biasa. Harga jauh lebih mahal sedikit kerana syarikat penerbit buku perlu menanggung kos penghantaran jika membeli buku secara online. Berbandingan dengan kedai buku biasa yang menawarkan diskaun jika menjadi ahli. Walau bagaimana pun, aku tetap berpuas hati kerana buku yang sampai dalam keadaan yang sangat baik dan dibungkus dengan rapi.
Inilah buku yang dibeli secara online buat pertama kalinya.

P/s: Salam Maal Hijrah 1433. Semoga azam yang lama tercapai. Yang tak masih tertangguh lagi untuk dicapai, bisa tunaikan tahun ini.
Apalah agaknya azam baru korang tahun ini? Kongsikan jika tak keberatan.
Seperti yang korang tahu, kelantan tidak layak ke semi- final Piala Malaysia. Kelantan kalah secara aggregat 5-3 kepada Terengganu. Berita yang agak sedih bagi peminat dan penyokong Kelantan yang hanya mampu seri dengan Terengganu di laman sendiri. Sekali gus mengecewakan untuk melihat pasukan Kelantan beraksi sekali lagi di final. Huk..huk..huk…
Lagi yang mengecewakan aku apabila melihat perlawanan ini walaupun hanya melalui saluran Astro Arena di kaca tv saja, sikap penonton yang membaling mercun ke arah pemain terengganu di minit-minit akhir perlawanan. Sebelum mengambil tendangan sudut diambil. Aiyaa… Apa sudah jadi dengan dorang ni tak serik-serik nak bawa mercun. Lepas tu baling dekat pemain Terengganu. Walaupun kawalan ketat diberikan. Kesian jugak aku tengok pemain yang jadi mangsa balingan mercun. Dek melepaskan geram atas ketidakpuasanhati melihat keputusan perlawanan malam ini.
Mungkinkah kelantan kena tindakan atas insiden balingan mercun terhadap pemain Terengganu? Jika kena tindakan lagi, Kelantan terpaksa lagi membayar denda walaupun sedaya upaya mengawal insiden sebegini tidak terus berulang lagi. Nak buat macam lagi, yang datang menonton tu bukan budak hingusan lagi, semua dah sampai tahap akal baligh. So, kawal emosi masing-masing. Itu je yang aku katakan jika nak elakkan insiden ini tak berulang lagi.
BTW, tahniah buat pasukan terengganu kerana berjaya menewaskan pasukan kelantan dan layak ke semi- final. Barangkali pasukan selangor yang menjadi pasukan lawan di peringkat semi-final kelak. Selangor agak selesa secara aggregat sebelum keputusan rasmi dikeluarkan. Almaklum lah, tengok kat kafe dewan penginapan pelajar (kolej kediaman). Kafe pun nak tutup. So, faham-faham jelah.Kang tak pasal… Aku terus balik tanpa tengok pasukan lain yang layak.