20 Feb, 2012  |  Penulis:  |  Kategori: Dunia Varsiti, Pasal Buku

Pesta Buku Utara 2012 Pesta Buku Utara 2012

Pesta-Buku-Utara-2012

Pesta Buku utara kini sedang berlangsung di Foyer Perpustakaan Sultanah Bahyiah Universiti Utara Malaysia.  Event ini bermula daripada 19 hingga 23 Februari 2012.

Antara penerbit buku yang mengambil bahagian  dalam event ini adalah seperti Kumpulan Media Karangkraf, Ana Muslim Distribution, Utusan & Publication, Dewan Bahasa dan Pustaka, UUM Press dan banyak lagi penerbit yang turut serta.  Tidak ketinggalan juga, pemilik  kedai buku.

Syukur dengan kelapangan waktu yang ada sempat singgah sebentar di tapak pesta buku ini. Walaupun  ada kuliah sampai ke petang dan tiada gap antara satu sama  lain. Maksudnya, habis satu kelas kena pi lagi kelas yang seterusnya sampai ke petang.

Sampai saja di tapak pesta buku ini, terus berjalan dari satu booth ke satu booth yang lain.   Sambil berjalan , adakalanya singgah sebentar untuk melihat dan membelek-belek  buku, novel, majalah dan jurnal yang dijual.  Nak usha dulu sebelum beli. Kang esok atau lusa jika ada kelapangan waktu boleh la pergi borong banyak-banyak guna baucer buku 1Malaysia yang masih ada lagi.  hehe..

Buat korang yang masih mempunyai Baucer Buku 1Malaysia, boleh gunakan di pesta buku ini.  Di samping itu, ada jugak  booth yang menawarkan diskaun 10hingga 20 peratus bagi setiap pembelian di booth yang terpilih ( berdasarkan memo yang dipamerkan dan apa yang aku nampak jer).

Paling banyak yang dijual adalah novel, buku agama dan buku ilmiah.  Memandang kat uum ni ramai student perempuan.  Mesti korang  yang banyak beli novel. Bila baca novel, sudah semestinya pelbagai perasaan yang timbul. Tak puas hati dan geram  dengan sikap watak ditonjolkan oleh penulis novel tersebut. Mesti ada yang ngagis-ngagis, mungkin terlalu menghayati watak novel yang dibaca.

Nota:  Sudah pi pesta buku ini,  pi  pulak Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 yang dijangka berlangsung pada 27 April hingga 6 Mei 2012.  Jumpa korang kat sana nanti ya. Bila jumpa aku, tegur-tegur la. Mungkin aku tak kenal korang.  hehe..

13 Feb, 2012  |  Penulis:  |  Kategori: Perniagaan

Maybank Investment Account 212x300 Buka Maybank Investment AccountSetelah membuat kajian terhadap akaun simpanan emas di beberapa buah bank, akhirnya memilih Maybank  Investment Account  untuk tujuan ini.

Mengapa memilih Maybank? Maybank meletakkan syarat  untuk permulaan membuka akaun simpanan emas dengan hanya 1 gram  dan baki simpanan pun 1 gram jugak. Lagipun cawangan bank Maybank dekat dengan rumah dan hampir ada di seluruh Malaysia.

CIMB Bank, Public Bank dan OUB Bank turut menawarkan perkhidmatan simpanan emas ini. Masing-masing meletakkan syarat 10 gram, 10 gram  dan 20 gram untuk pembukaan akuan. Al-Rajhi turut menawarkan akaun jenis ini tetapi dengan jumlah yang besar iaitu RM 100 k.

Proses membuka Maybank Account Investment

Sampai saja di Maybank, aku terus pergi kaunter pertanyaan  dan orang yang jaga kaunter tu terus memberikan borang. Setelah aku menyatakan hasrat untuk membuka Maybank Account Investment. Setelah semua sudah lengkap, baru aku diberikan nombor giliran.  Syukur, aku tak perlu menunggu lama kerana tak ramai orang dan terus dilayan.

Bila tengok kat ruangan pekerjaan aku tick sebagai studen, mula gebalah semacam. Cari kad matrik punya pasal. Ingatkan dah hilang. Tup… tup.. dan akhirnya aku jumpa dalam poket seluar. Then, aku bagi sekali dengan kad pengenalan sekali dekat pegawai bank yang incharge untuk buka akaun ini.

Dalam  akaun bank simpanan biasa  mesti ada baki lebih daripada RM 10. RM 10 akan ditolak daripada akaun  sebagai wang yuran duti setem. Jika tak ada, kenalah masukkan melalui mesin CDM.

Bagi memudahkan pengurusan Maybank  Investment Account, satu buku akuan akan diberikan untuk tujuan rekod sebarang urusan jualan dan belian dengan pihak Maybank. Tiada kad ATM diberikan. Buku akaun perlu dibawa  adalah wajib setiap kali nak  buat belian dan jualan.

Nilai Belian Dan Jualan

Harga 1 gram emas adalah bergantung kepada nilai semasa untuk urus niaga belian dan jualan. So, sebelum nak tambah simpanan  tengok  dan analisis harga semasa emas. Untuk Maybank, boleh tengok kat sini . Begitu juga, bila mana mahu membuat penjualan (pengeluaran) emas.

Syukur alhamdulillah, aku diberi kesempatan dan peluang untuk menghadiri Seminar IMKK ( Insentif Mentor Kekayaan dan Kejayaan) yang dikelolai oleh Dr. Azizan Osman di Wisma MCA, Kuala Lumpur.

Sebelum aku attend seminar ni, aku mula-mula attend Seminar Kenali Potensi Diri (SKPD) di Wisma MCA juga bersama bonda yang tercinta. Masa tu tak terfikir langsung untuk attend seminar ni. Yakni selang beberapa hari selepas SKPD.

Bonda aku lah yang membuatkan aku rasa sifat “keterpaksaan” untuk attend seminar ni pada hari pertama jer. Selang keesokkan hari dan hari terakhir sifat ”keterpaksaan”, aku sudah campak jauh-jauh kerana sudah berasa seronok sangat dan gembira sepanjang berada di seminar ini.

Hari Pertama

Aku hanya sempat belajar bab mengenali watak diri sendiri kerana mempunyai urusan lain pada waktu pagi. Bila dibentangkan, ada yang kena dengan diri sendiri dan sebaliknya.

Hari Kedua

Masa ni, aku  berada  kat  sini dari pagi sampai malam. Hari kedua, aku cara-cara menjadi medan magnet wang.

Hari Ketiga

Aku belajar dengan keadaan yang lebih relaks, santai dan tenang berbanding hari sebelumnya.  Pada hari lah aku dapat bertemu dengan Tuan Aqif  iaitu salah seorang tim majalahniaga.com. Sangat gembira berjumpa dengan beliau  di luar dewan ketika mahu pulang.

Keseluruhan

Sangat berpuas hati, gembira,  seronok , penat tapi berbaloi, sedih dan macam-macam lagi perasaan. Semuanya bercampur-baur.  Seminar ini, telah membuka minda untuk menjadi seorang berdikari dan menambah minat lagi untuk melibatkan diri dalam bidang perniagaan.

Pesan yang paling masih aku ingat lagi, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai pangkal lengan. Jadi, buat sampai habis @ jadi. Bukannya buat separuh jalan jer. Satu lagi, pelaburan yang sangat berharga adalah menimba ilmu.

Memandang seminar ini berbayar dan bernilai 4 angka, aku hanya nyatakan secara tidak terlalu specifik kerana adil untuk semua orang. Jika kemahuan untuk mengetahui apa yang dipelajar dalam seminar ini. Datanglah. Tak rugi pun.

Sekali lagi, terima kasih buat bonda yang sudi sponsor saya untuk hadir seminar.

Terima kasih Dr. Azizan Osman yang bersemangat dan bertenga untuk terus mendorong ke arah kejayaan. Tidak dilupakan kepada krew-krew yang sanggup melayan dengan ramah mesra dan baik. Terima kasih.

Salam Maulidur Rasul sebagai penutup entri ini.

27 Jan, 2012  |  Penulis:  |  Kategori: Travelog

Hari ini baru aku mampu menulis entri yang terbaru di blog ini, walaupun niat di hati ingin mencoret perjalanan aku dari Puchong ke Batang Berjuntai.

Untuk pergi ke sana, seusai solat Subuh aku sudah bergerak menuju ke bus stop  dan menunggu bas ke Kuala Lumpur. Maklumlah, pertama kali pergi ke sana dan tak seberapa mahir dengan sebelok-belok tempat di Batang Berjuntai.  Dari Kuala Lumpur  aku ambil bas Selangor O’Bus Co., Bhd untuk ke sana.  Tambang bas yang dikenakan adalah RM 6. Baru pergi jer. Fuhh… sama tambang aku pergi dan balik dari KL ke Puchong. Bas ni Beroperasi sampai malam.

Tujuan aku ke sana adalah untuk mengambil hadiah saguhati  di Universiti Selangor (Unisel) yang aku menangi dalam pertandingan blog kreatif selangor idamanku.  Hadiah yang sepatutnya diambil pada bulan lepas, namun tak sempat untuk hadir majlis penyampaian hadiah tersebut kerana menghadapi peperiksaan akhir semester pada esok paginya.  Jika ikutkan hati nak datang jer, tapi setelah mendapat nasihat kengkawan aku batalkan niat tu. Terus fokus studi.

Sambung balik pasal pergi ke sana, sepanjang menyelusuri  perjalanan panorama hijau yang dikelilingi kelapa sawit kelihatan. Ada jugak, kawasan perumahan kelihatan.

Bila tiba di Stesen  Batang Berjuntai, kemudahan yang di situ berada pada tahap asas. Bila dah sampai, aku terus ambil teksi untuk pergi Unisel kerana studen Unisel masih dalam tempoh bercuti. Minggu ni habisla. Ni yang menjadi sebab bas tidak masuk ke Unisel.

Terasa agak sukar jugak untuk mencari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat. Ni yang menjadi punca aku sempat  jalan-jalan di sekitar bangunan yang  terdapat Unisel ini. Tengok keadaan bilik kuliah. Namun sayang, tak dapat tengok proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Rasa teringin nak melihatnya. Bila mula rasa penat berjalan dan terjumpa seorang hamba Allah ni yang sudi tolong. Then, aku tanya kat fakulti yang mahu dituju.

Lepas tu, cari bilik pensyarah yang mahu ditemu dan baru tau rasa tak sudah mana nak cari. Senang kan bila dah tau. Dah jumpa, apa lagi ambil hadiah dan terus pulang dengan call balik drebar teksi tadi. Syukur sampai di stesen bas, kira rezeki dapat naik bas  yang sudah mahu bergerak ke KL semula.

Sekadar itu saja, coretan perjalanan ke Batang Berjuntai. icon smile Dari Puchong Ke Batang Berjuntai

17 Jan, 2012  |  Penulis:  |  Kategori: Blogging

Balik saja dari hantar member dekat stesen bas  Pekan Changlun dan terus buka log  in masuk macam biasa di blog ini. Lepas tu,  di  ruang dashboard  blog ini terpapar angka yang agak menarik perhatian aku. Yakni, Jumlah komen dan entri blog  sejak penubuhan blog shaharil dot com. Sungguh pun jumlahnya tidak banyak tetapi ianya memberi entri yang sangat bermakna.  Jumlah komen yang terkumpul untuk setakat ini ialah 987 dan jumlah entri blog, 111 entri (tidak termasuk dengan entri ini).  Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pembaca yang pernah meninggalkan komen di blog ini. Sayang korang..

komen shaharil Jumlah Komen dan Entri Blog Baik Punya!
Penting sangat komen pada setiap entri? Sebenarnya komen pada setiap entri banyak membantu dan memotivasikan seorang blogger untuk terus menulis  entri blog. Melalui komen juga, boleh melihat apa dan bagaimana respon  yang diberikan oleh pembaca  setelah entri itu terhasil.

Dan tidak terkecuali juga bilangan spam yang melebihi jumlah komen di blog ini iaitu 2366. Lebih berkali-kali ganda jumlahnya berbanding dengan jumlah komen.

Blog ini masih lagi menggunakan akismet sebagai alat untuk melawan spam yang datang ke blog ini. Akismet juga  merupakan plugin yang percuma dan hanya perlukan API key untuk diaktifkan. Akismet masih lagi menjalankan  tugasnya  dengan baik dan  setakat tidak ada lagi komen spam yang terlepas.  Aku berpuas hati dan sangat gumbira. Walaupun rakan-rakan blogger ada yang sudah beralih kepada  Growmap Anti Spambot Plugin.

Jika anda mahu install plugin anti-spam ini korang  tidak boleh jumpa plugin ini dengan Plugins>Add New funtion di wordpress dashboard. Korang perlu download di sini. Kemudian  boleh upload secara manual. Plugin sudah lama digunakan dan masih terbukti menjalankan fungsi dengan baik.  Selamat Mencuba.