Contest Kaca Mata PapaMifz.com membawa aku mengibas kembali bagaimana aku mula memakai cermin mata.
Ketika itu, aku berada di Tingkatan 5. Pada satu hari, guru kelas membuat perubahan kedudukan tempat duduk di dalam kelas. Aku yang biasanya duduk depan terpaksa beralih tempat duduk ke belakang sekali.
Selang beberapa hari kemudian, aku mula merasa silau dan tak berapa nampak tulisan yang ditulis di papan putih @ whiteboard oleh guru ketika mengajar. Bila aku tengok tulisan di whiteboard tak berapa jelas, terpaksalah tengok atau pinjam buku kawan yang duduk sebelah. Atas nasihat kawan sekelas yang duduk disebelah aku agar membuat pemeriksaan mata di kedai cermin mata, maka aku pun membuat pemeriksaaan mata.
Tamat sahaja sesi persekolahan aku terus pergi kedai cermin mata dan membuat pemeriksaaan. Selepas pemeriksaan mata aku didapati rabun jauh. Keesokkan harinya, aku terus beli cermin mata di kedai di mana aku membuat pemeriksaan mata.
Masih ingat lagi, power cermin mata 80 dan 100. Tak tinggi sangat pun pada ketika itu. Jika dibandingkan power cermin mata yang dipakai sekarang ini hampir mencecah 300.
Seminggu Pakai Bingkai Sudah Bengkok
Cermin mata yang pertama aku beli hanya mampu bertahan seminggu saja. Seingat aku cermin mata yang pertama ini beli dengan harga RM 120. Ini adalah gara-gara ‘kenakalan’ beberapa orang adik yang suka ambil cermin mata untuk dijadikan barang permainan.
Dorang sanggup panjat untuk dapatkan cermin mata walaupun disimpan di tempat tinggi seperti almari baju. Cukup saja seminggu cermin mata ini dipakai, bingkai sudah bengok dan hampir patah serta tidak selesa untuk dipakai akibat ‘kenakalan’ mereka.
Bingkai Patah Semasa Memasak
Peristiwa ini berlaku ketika aku bekerja sebagai Kitchen Helper di sebuah restoran makanan Jepun iaitu sushi. Ketika itu, aku sedang menyiapkan order pelanggan, tiba-tiba cermin mata yang dipakai jatuh akibat bingkai sudah patah yang berpunca daripada skru sudah berkarat dan tidak boleh disambung semula.
Dalam keadaan sebegini aku terpaksa meminta bantuan manager untuk membantu aku seketika. Selepas itu, aku ambil selotep yang ada di dapur untuk sambung semula bingkai tersebut dan memakainya. Beberapa minit kemudian, aku meneruskan kerja bagi menyiapkan order pelanggan.
Cermin Mata Paling tahan
Biasanya aku pakai cermin mata jarang yang mencecah setahun. Namun begitu, cermin yang aku pakai sekarang sudah hampir mencecah 2 tahun dipakai. Inilah satu-satunya cermin mata yang paling lama aku pakai.
Cermin mata ini dibeli di kedai cermin yang terletak di Changloon. Nama kedainya, Startlight Changloon Optometry. Ketika masih menuntut di universiti awam yang berdekatan dengan Changloon. Dulu orang panggilan nama tempat ini sebagai Pekan Koboi.
Aku suka beli di kedai ini sebab layanan owner kedai ini memang mesra pelanggan dan ramah serta pandai ambil hati pelanggan. Masa untuk siapkan cermin mata hanya mengambil masa beberapa jam sahaja. Ini lah antara faktor aku suka buat cermin mata di sini. Harga cermin mata ini adalah RM 260. Jenamanya pulak adalah Levis.
Entri ini adalah untuk penyertaan Contest Kaca Mata PapaMifz.com. Tarikh tutup penyertaan adalah 15hb Mac 2013.



{ 9 comments… read them below or add one }
Memang susah nak jaga cermin mata jika kita tak ada sifat sayang benda yang perlu kita jaga. heheh
Saya juga bercermin mata saudara Shaharil.
Tapi selalu guna kanta lekap a.k.a contact lens sebab lebih selesa walaupun susah kena jaga dengan betul.
Saya rasa contest kaca mata PapaMifz masih tidak umumkan pemenang. Moga saudara shaharil dapat menang dalam contest nie.
Asyrof Asri´s last [type] ..Wordless Thursday Part 14 – Chinese Food in Egypt
aku pula biasanya akan tukar cermin mata dalam 2 atau 3 tahun sekali. Tu pun kalau tak ganas sangat. Kebanyakan kena tukar pun sebab buat rosak sendiri
lokman´s last [type] ..Contest Kaca Mata PapaMifz.com
Semoga berjaya
Hans´s last [type] ..Contest Kaca Mata PapaMifz.com
Terima kasih.
terima kasih sebab sudi join contest den yo…semoga berjaya…:)
papa mifz´s last [type] ..Contest Kaca Mata PapaMifz.com
Selamat berjaya bro!
Cermin mata kalau tak bengkok mmg tak sah…hehehe
hafizmd´s last [type] ..Viral Analisis Alexa Edisi Blog Hafizmohd.com
Betul tu bro. Tak dapat dinafikan lagi. So, kena jaga elok-elok. hehe
Moga berjaya bro
auc´s last [type] ..ATM vs Pahang Keputusan Terkini Liga Super 2013
Terima kasih.