Pagi ini aku membuat semakan berkenaan dengan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang telah dimohon pada bulan lepas. Beberapa kali aku dail nombor telefon yang diberikan oleh adik aku sendiri. Akhirnya panggilan tersebut disambut dan dijawab.
Aku hanya memberikan nombor kad pengenalan untuk tujuan semakan. Selepas semakan dibuat. Keputusannya adalah permohonan ditolak kerana status aku masih seorang pelajar. Walaupun sudah tamatkan pengajian pada tahun lepas. Dengan kata lain, selagi aku tidak konvo, selagi itulah masih bergelar seorang pelajar.
Pada masa yang sama juga, aku dimaklumkan akan mendapat baucer RM 250 kerana status masih seorang pelajar. Hanya perasaan syukur yang mampu diungkapkan.
Bagi yang belum membuat semakan BR1M, korang boleh hubungi nombor telefon ini untuk tujuan buat semakan di talian 03-8313 8987 atau 03-8313 8988 atau 03-8313 8989. Sebagai nombor afternatif kepada nombor hotline yang sedia ada. Hubungi salah satu saja ya.

{ 2 comments… read them below or add one }
Insyaallah
masa akan datang ada rezeki lain nanti
Hans´s last [type] ..Hans Comix : (Life of Pi) Sebiji Pisang
insyaAllah akan datang, bila dah kerja mungkin diterima pulak
Denaihati´s last [type] ..Life of Pi hidup jangan pernah putus asa