Permohonan Biasiswa JPA Sesi 2012/2013

by shaharil on August 5, 2012 · 83 comments

in Dunia Varsiti

biasiswa jpa  Permohonan Biasiswa JPA Sesi 2012/2013Permohonan  Biasiswa JPA  bagi sesi 2012/2013 telah pun dibuka. Permohonan ini bagi calon yang akan menyambung pelajaran bagi peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di Institusi pengajian tinggi Awam (IPTA) dan juga swasta (IPTS). Permohonan dibuka dari 6 Ogos 2012 hingga  12 Ogos 2012 (Ahad).

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  • Warganegara Malaysia;
  • Umur tidak melebihi 25 tahun pada atau sebelum 1 Januari 2012;
  • Memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
  • Telah menerima tawaran kemasukan ke tahun pertama (1) pengajian (Bagi lepasan Matrikulasi/Asasi/STPM) atau tahun kedua (2) dan ke atas di peringkat ijazah pertama dan mempunyai baki 2 tahun pengajian; dan
  • Tahun pertama peringkat diploma dari mana-mana IPTA (kecuali UPSI).

CARA MEMOHON

Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) sahaja. Permohonan adalah percuma. Cara memohon adalah seperti berikut:
  • Pemohon boleh mengemukakan permohonan mulai 6 Ogos 2012 dengan melayari laman sesawang http://www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my;
  • Pemohon dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja tetapi dibenarkan mengakses sebanyak 3 kali untuk mengemas kini atau meminda sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya permohonan yang terkini sahaja diambil kira sebagai penerimaan permohonan;
  • Borang permohonan atas talian yang dimuat turun, dicetak dan dihantar melalui pos tidak akan diproses;
  • Permohonan secara atas talian tidak memerlukan penghantaran salinan sijil-sijil, kecuali dinyatakan dalam “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2012”;
  • Pemohon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2012” sebagai bukti permohonan telah dibuat;
  • Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-88853453, 03-88853541 atau 03-88853532. Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang (Isnin – Jumaat); dan
  • Pertanyaan mengenai program tajaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-88853049 (10 talian) pada setiap hari bekerja mulai jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang atau e-mel di alamat pidn2011@jpa.gov.my.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan ialah pada 12 Ogos 2012 (Ahad). Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

KEPUTUSAN PERMOHONAN

Keputusan permohonan biasiswa Program Ijazah Dalam Negara dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang http://esilav2.jpa.gov.my pada 21 September 2012 (Jumaat).
P/s:  Mau tahu lagi biasiswa yang terdapat di Malaysia? Jom baca di http://bit.ly/BiasiswaPelajaran

{ 83 comments… read them below or add one }

nuranis April 5, 2013 at 7:12 pm

salam,bila tarikh pemohonan biasiswa untuk tahun ni bagi peringkat diploma akan dibuka

Reply

murni March 22, 2013 at 7:29 am

salam….permohonan jpa dibuka bln jun/julai je ke setiap thn? ada interviu x utk spe2 yg bru mhon sem 2?

Reply

ikhram March 20, 2013 at 4:39 pm

as salam,,saya nk tnye,,,pemohonan biasiswa bagi sesi yang paling latest bile akan di buka,,,bagi pengajian peringkat ijazah…

Reply

afifah March 10, 2013 at 10:19 am

bla tarikh permohonan yang tahun ni nk buka?

Reply

nor hanim abu zarin March 5, 2013 at 1:53 pm

pemohanan terkini bila akan di buka?

Reply

nelson padu February 19, 2013 at 1:51 pm

saya nak bertanya

bolehkah saya melanjutkan ke peringkat Ph.D sekirannya masih terikat dengan JPA. memandangkan saya berminat menjad i pensyarah. lagi pun jurusan yang saya ambil adalah dalam bidang kritikal iaitu mathamatik. saya dimaklumkan bahawa saya boleh memohon biasiswa mybrain

Reply

syarifah February 18, 2013 at 5:38 pm

salam….nk tanya,mcmane kita nak tahu tarikh permohonan biasiswa jpa utk tahun 1 (sem 2) sesi 2012/2013 untuk degree dibuka?

Reply

nik athirah nik nor February 18, 2013 at 5:26 pm

skrang dh xbleh apply ke?…

Reply

farah stephen February 15, 2013 at 12:54 am

salam, saya nak tanya kami yang ambil diploma pra sekolah boleh tak buat permohonan biasiswa ni..?

Reply

sofia February 14, 2013 at 11:00 am

assalamualaikum, saya nak tanya, saya pelajar tahun 1 sesi 2012/2013 untuk degree, boleh tak apply jpa guna result sem 1. Bila permohonan akan dibuka?

Reply

shaharil February 14, 2013 at 7:32 pm

boleh. PMK kena lebih 3 something. Tunggu pengumuman daripada JPA

Reply

sofia February 14, 2013 at 7:35 pm

okay, thanks :)

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post:

function add_my_google_analytics() { ?>