Pesta Buku utara kini sedang berlangsung di Foyer Perpustakaan Sultanah Bahyiah Universiti Utara Malaysia. Event ini bermula daripada 19 hingga 23 Februari 2012.
Antara penerbit buku yang mengambil bahagian dalam event ini adalah seperti Kumpulan Media Karangkraf, Ana Muslim Distribution, Utusan & Publication, Dewan Bahasa dan Pustaka, UUM Press dan banyak lagi penerbit yang turut serta. Tidak ketinggalan juga, pemilik kedai buku.
Syukur dengan kelapangan waktu yang ada sempat singgah sebentar di tapak pesta buku ini. Walaupun ada kuliah sampai ke petang dan tiada gap antara satu sama lain. Maksudnya, habis satu kelas kena pi lagi kelas yang seterusnya sampai ke petang.
Sampai saja di tapak pesta buku ini, terus berjalan dari satu booth ke satu booth yang lain. Sambil berjalan , adakalanya singgah sebentar untuk melihat dan membelek-belek buku, novel, majalah dan jurnal yang dijual. Nak usha dulu sebelum beli. Kang esok atau lusa jika ada kelapangan waktu boleh la pergi borong banyak-banyak guna baucer buku 1Malaysia yang masih ada lagi. hehe..
Buat korang yang masih mempunyai Baucer Buku 1Malaysia, boleh gunakan di pesta buku ini. Di samping itu, ada jugak booth yang menawarkan diskaun 10hingga 20 peratus bagi setiap pembelian di booth yang terpilih ( berdasarkan memo yang dipamerkan dan apa yang aku nampak jer).
Paling banyak yang dijual adalah novel, buku agama dan buku ilmiah. Memandang kat uum ni ramai student perempuan. Mesti korang yang banyak beli novel. Bila baca novel, sudah semestinya pelbagai perasaan yang timbul. Tak puas hati dan geram dengan sikap watak ditonjolkan oleh penulis novel tersebut. Mesti ada yang ngagis-ngagis, mungkin terlalu menghayati watak novel yang dibaca.
Nota: Sudah pi pesta buku ini, pi pulak Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 yang dijangka berlangsung pada 27 April hingga 6 Mei 2012. Jumpa korang kat sana nanti ya. Bila jumpa aku, tegur-tegur la. Mungkin aku tak kenal korang. hehe..


{ 3 comments… read them below or add one }
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur insyaAllah boleh sampai tu. biasa juga pegi pesta buku yg sekitar kl.
sempat lagi kalau nak guna baucer 1 malaysia nie….
aku x gi ag..hu2
Nizam Ijam´s last [type] ..Hero Sebenar AZURA 2012 Di Kesan!