Jumlah Komen dan Entri Blog Baik Punya!
Balik saja dari hantar member dekat stesen bas Pekan Changlun dan terus buka log in masuk macam biasa di blog ini. Lepas tu, di ruang dashboard blog ini terpapar angka yang agak menarik perhatian aku. Yakni, Jumlah komen dan entri blog sejak penubuhan blog shaharil dot com. Sungguh pun jumlahnya tidak banyak tetapi ianya memberi entri yang sangat bermakna. Jumlah komen yang terkumpul untuk setakat ini ialah 987 dan jumlah entri blog, 111 entri (tidak termasuk dengan entri ini). Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pembaca yang pernah meninggalkan komen di blog ini. Sayang korang..

Dan tidak terkecuali juga bilangan spam yang melebihi jumlah komen di blog ini iaitu 2366. Lebih berkali-kali ganda jumlahnya berbanding dengan jumlah komen.
Blog ini masih lagi menggunakan akismet sebagai alat untuk melawan spam yang datang ke blog ini. Akismet juga merupakan plugin yang percuma dan hanya perlukan API key untuk diaktifkan. Akismet masih lagi menjalankan tugasnya dengan baik dan setakat tidak ada lagi komen spam yang terlepas. Aku berpuas hati dan sangat gumbira. Walaupun rakan-rakan blogger ada yang sudah beralih kepada Growmap Anti Spambot Plugin.
Jika anda mahu install plugin anti-spam ini korang tidak boleh jumpa plugin ini dengan Plugins>Add New funtion di wordpress dashboard. Korang perlu download di sini. Kemudian boleh upload secara manual. Plugin sudah lama digunakan dan masih terbukti menjalankan fungsi dengan baik. Selamat Mencuba.






KKTG | January 17th, 2012 at 8:43 am #
Banyaknya komen!.. tahniah dan apa rahsianya?
boleh tumpang komen di sini?
KKTG´s last [type] ..Karambunai Lagoon Park
[Reply]
shaharil Reply:
January 17th, 2012 at 12:13 pm
Boleh lah Tahan. Rahsia? Biasanya aku blogwalking kat blog lain. Itu jer. Tak ada rahsia yang istimewa sangat.
Sudi-sudikanlah untuk komen dan singgah kat blog ini.
[Reply]
hatiputera | January 17th, 2012 at 3:13 pm #
wow banyaknya komen tu,,,bagi saya komen dari rakan-rakan blogger merupakan satu faktor pencetus semangat untuk terus berblogging,,,
hatiputera´s last [type] ..Skim Amanah Rakyat 1Malaysia telah dilancarkan
[Reply]
zie fauzi | January 17th, 2012 at 3:43 pm #
singgah sini… tinggalkan komen untuk tambahkan lagi jumlah komen….
zie fauzi´s last [type] ..Bunyi Pelik Dari Langit di Kota Samarahan, Sarawak
[Reply]
sabree hussin | January 17th, 2012 at 11:36 pm #
bila ada orang komen dalam blog ni yang jadi pembakar semangat nak terus menulis
sabree hussin´s last [type] ..Diari Seorang Penulis Blog 1 : Semuanya Terasa Bagai Baru Semalam Ia Berlaku
[Reply]
paihujey | January 18th, 2012 at 3:59 am #
betul tu..kalau orang datang komen kat blog kita, rasa lebih semangat lagi kalau nak update..aku dapat kenalan blogger2 yang suka komen2 lepas aku join contest kat denaihati..
paihujey´s last [type] ..Zalimnya Engkau Manusia
[Reply]
shraqs | January 18th, 2012 at 3:17 pm #
Memang tak dinafikan, jumlah komen boleh dijadikan sebagai dorongan utk blogger. Hati jadi seronok, otak mula berfikir mencari ide baru utk ditulis dan senyum memanjang
shraqs´s last [type] ..Jadikan Email Anda Menarik Dengan BrandMyMail
[Reply]
muhammad fakhruddin | January 18th, 2012 at 10:14 pm #
Mantop!
Kalau dah pandai main SEO tentu berganda-ganda banyaknya
muhammad fakhruddin´s last [type] ..2012: Menanam Benih di Tangan Walau Esok Kiamat
[Reply]
titan | January 18th, 2012 at 10:49 pm #
banyak komen. Terer. terer..
titan´s last [type] ..Komisen ke 13 dari Innity
[Reply]
Tuan Tanah | January 20th, 2012 at 5:16 pm #
tahniah….:)
sesuatu yang memotivasikan diri
Tuan Tanah´s last [type] ..Lepasan sekolah masih ada gagal membaca, Di manakah silap guru?
[Reply]
ohcikgu | January 21st, 2012 at 12:16 am #
tahniah, tahniah. semoga akan dapat lebih banyak lepas ini.
ohcikgu´s last [type] ..Raja Lawak 6 – Minggu Kedua atau Kedah vs Kelantan?
[Reply]
Denaihati | January 23rd, 2012 at 7:56 pm #
tahniah-tahniah.
Denaihati´s last [type] ..Best of the Best Blog of the Year Award – Undian Diperlukan
[Reply]
cik tom | January 23rd, 2012 at 11:44 pm #
tahniah!komen mmg bg motivasi kpd penulis blog utk terus hasilkan karya blog yg berkualiti dan dihargai..heee
cik tom´s last [type] ..Selamat Tahun Baru Cina
[Reply]
hatiputera | January 23rd, 2012 at 11:56 pm #
komenlah pemberi semangat untuk blogger terus berblogging,,,
hatiputera´s last [type] ..Saya Mahu Wang Kertas Malaysia Siri Baharu dari Eyriqazz.Com
[Reply]