Cara Mendapatkan Baucer Buku RM 200 Sudah Terjawab

by shaharil on December 19, 2011 · 3 comments

in Dunia Varsiti

Sebelum ini aku ada menulis berkaitan dengan bajet 2012 di mana intipati post ada menyatakan tentang pemberian baucer bernilai RM 200 untuk membeli buku rujukan dan  lain- lain.

Selang beberapa hari kemudian, ada seorang pembaca blog ini bernama Pranshantini bertanyakan soalan berkaitan dengan pemberian baucer ini. Berikut adalah soalan yang diajukan:

hi,sekarang saya menuntut di tingkatan enam kat johor.saya nak tahu macam mana nak dapat baucer sebanyak RM200. - PRASHANTINI

Secara jujurnya aku tak bisa menjawab soalan ini sehingga pengumuman secara rasmi telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri.  Di bawah ini merupakan jawapan kepada Prashantini.

Kementerian Pengajian Tinggi ingin memaklumkan pelaksanaan pemberian baucar buku bernilai RM200 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa Pembentangan Bajet 2012 kepada pelajarIPTA, IPTS, Politeknik, Matrikulasi/Asasip Sains dan pelajar Tingkatan 6, seperti berikut:

Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS dan Politeknik mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D, Matrikulasi/Asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar di Tingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM200.

Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melaluiIPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulan Januari 2012. Mohon hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan.

Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, berserta Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Matrik /NomborPendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, no. kad pengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan pada setiap keping baucar yang bernilai RM50.00 setiap keping (RM 50 x4).

Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan kedai buku adalah terbuka kepada semua.

Baucar ini adalah untuk pembelian buku – buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing.

Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012.

Tempoh masa sah laku baucar buku ini adalah selama tiga bulan mulai daripada 1 Januari hingga 31 Mac 2012.

Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebus baucar buku ini dengan wang tunai.

# Bila buka semester nanti, moga-moga urusan pemberian baucer ini berjalan lancar seperti. Sebabnya kat kampus aku, hanya ada satu kedai buku.  Kedai tu je lah tempat  untuk beli buku. Tak ada kedai nak pergi beli buku dah.

{ 2 comments… read them below or add one }

muhammad fakhruddin January 18, 2012 at 10:31 pm

Beruntunglah kerajaan belanja untuk beli buku. Jangan beli buku teks sahaja, bakinya beli buku-buku mengembang minda juga.
muhammad fakhruddin´s last [type] ..2012: Menanam Benih di Tangan Walau Esok Kiamat

Reply

shaharil January 18, 2012 at 11:56 pm

Ada, dalam perancangan membelinya. Insya-Allah.

P/s: Bro Muhammad Fakhruddin ada cadangan tak, buku apa yang bagus untuk dibeli.

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post:

function add_my_google_analytics() { ?>