Biasiswa Dell untuk tahun 2011 masih lagi dibuka. Biasiswa ini ditawarkan mengikut kefahaman aku sendiri adalah untuk pelajar semester 2 dan ke atas.
Biasiswa ini ditawarkan untuk mahasiswa dan mahasiswi yang belajar dan menuntut dalam pengajian sarjana muda di Universiti Tempatan yang terpilih sahaja. Selain itu, Pengajian Sarjana Muda (program berkembar) di institusi tempatan yang terpilih swasta /asing kampus cawangan universiti di Malaysia pun boleh memohon.
Penerima biasiswa Dell ini yang berjaya menamatkan pengajian perlu berkhidmat sekurang-kurangnya 2 tahun.
Pemohon biasiswa Dell menggunakan aplikasi dalam talian dan salinan kad pengenalan, keputusan STPM dan lain-lain perlu dihantar melalui pos bersetemkan stem RM 0.60. Untuk memohon biasiswa Dell ini, mohon layari website ini. Segala info dan penerangan yang lebih detail ada dalam website link (untuk memohon) yang diberikan.
Ini hanya sekadar info bidang pengajian, dan syarat kelayakan untuk memohon biassiwa. Kalau nak tau lebh-lebih lagi refer dekat website ini ya.
Bidang Pengajian
- Teknologi Maklumat
- Kewangan & Perakaunan
- Pengurusan Perniagaan / Pentadbiran
- Kejuruteraan
- Ekonomi
- Statistik / Matematik
- Undang-undang
Syarat Kelayakan Memohon
- Warganegara Malaysia.
- Tidak lebih daripada 25 tahun.
- Keputusan akademik minimum:
- Minimum PNGK 3.7 daripada keputusan universiti yang terkini untuk pelajar-pelajar semester 2 ke atas ( non-fresh entry students).
- STPM: Minimum PNGK 3.7.
- Matrikulasi / Asasi / Pra-U / Diploma: Minimum PNGK 3,7.
- Pada masa ini tidak mengharapkan atau memegang sebarang biasiswa lain atau apa-apa bentuk bantuan kewangan daripada mana-mana institusi pendidikan atau organisasi lain.
- Mahir dalam bahasa Inggeris (lisan dan bertulis).
- Kemahiran interpersonal dan kepimpinan yang kukuh.
- Aktif dalam kedua-dua aktiviti ko-kurikulum dan sukan.
Dah baca semua syarat dan kelayakan yang diberikan, so yang memenuhi syarat syarat yang diberikan oleh Dell boleh memohon. Tarikh permohonan adalah 31 Oktober 2011. Semoga Berjaya. Nanti dah dapat, belanja aku ya.. kekeke…

{ 1 comment… read it below or add one }
wahh, Dell pun nak bagi biasiswa juga ye..