Setelah tiga hari ( Bermula 18 April 2011 dan berakhir 20 April 2011) berlangsungnya Karnival Kerjaya Universiti Utara Malaysia (UUM) sudah melabuhkan tirai pada hari ini.
Karnival ini mendapat kerjasama JobsMalaysia dalam usaha menjayakan karnival ini. Tidak lupa juga semua yang terlibat dalam karnival ini.
Walaupun kebanyakan pengunjung yang datang adalah studen UUM itu sendiri tetapi telah memberi ruang dan peluang kepada studen UUM yang berada dalam tahun akhir untuk mencari pekerjaan sebelum bergraduasi. Kerana peluang menghadiri temu duga yang dijalankan adalah satu peluang dan pengalaman yang berharga walaupun mereka gagal mendapat pekerjaan yang diimpikan.
Setelah pergi sendiri ke karnival kerjaya ini, maka aku dapat simpulkan dua perkara penting setelah habis menamatkan pengajian sarjana muda iaitu pertama, menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Dengan menyambung ke peringkat sarjana. Dan yang kedua, terus melangkah ke dunia pekerjaan.
Untuk pilihan pertama, pilihan ini adalah lebih kelihatan untuk yang berminat lagi meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Kerana pada hari ini, lambatkan lepasan program sarjana muda di pasaran menjadi hambatan untuk terus menyambung pelajaran. Ada yang berpandangan bahawa orang yang mempunyai lepasan program sarjana muda ini boleh diibaratkan macam SPM pada masa kini. Jadi peluang untuk mendapat pekerjaan adalah sangat tipis dan persaingan yang sangat tinggi. Sekiranya semangat dan motivasi untuk belajar masih tinggi, maka boleh pilih yang ini.
Yang merunsingkan adalah bila sambung belajar lagi, jumlah hutang turut bertambah. Satu beban yang patut difikirkan oleh semua studen yang berminat nak sambung belajar (termasuk aku sekali ). Bila dicampur semua sekali jumlah yang perlu dibayar bila sambung pelajaran kelak adalah mencecah 4ok. Satu jumlah yang sangat besar sekali dan boleh beli sebuah kereta.
Pilihan kedua adalah terus melangkah ke dunia pekerjaan. Yang ini memang pasti, korang akan bekerja. Tidak kira belajar setinggi mana pun korang pun akan bekerja. Cuma ada dua pilihan sama ada makan gaji atau bekerja sendiri. Bila pilih makan gaji, yang menjadi masalahnya adalah jenis pekerjaan apa yang korang minati dan yang mempunyai kekosongan jawatan dalam pasaran.
Bila keluar dengan bekerja sendiri pula, risiko yang terpaksa ditanggung adalah hutang pinjaman pelajaran tidak kira pinjaman PTPTN, kerajaan negeri atau pinjaman daripada bank. Ini antara risiko yang terpaksa difiirkan dan direnungkan bersama. Takut nanti perniagaan bungkus, hutang pinjaman tak berbayar.
Berbalik dengan tajuk utama entri ini iaitu karnival kerjaya, aku berpeluang untuk meneliti peluang yang ada dan risiko perlu dipikul setelah bergraduasi kelak. Berdasarkan pilihan yang dinyatakan di atas. Bila semua risiko dan peluang diperhitungkan, mudah untuk membuat keputusan dengan lebih berani dan yakin.
Sebabnya, semasa karnival kerjaya ini, beberapa agensi turut serta seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), PERKESO, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Kastam Diraja Malaysia.
Selain itu, Bank rakyat, universiti tempatan seperti USM, UMK, UKM, UniMAP dan UUM turut serta sekali dalam karnival ini.
So, korang boleh memilih sama ada untuk meneruskan niat untuk menyambung pelajaran atau terus melangkah ke dunia pekerjaan. Dengan berkunjung ke karnival sebegini, maklumat dan penerangan yang diberikan akan membantu korang membuat keputusan dengan pilihan yang ada.

{ 1 comment… read it below or add one }
bagi aku program pasal pemilihan kareer nie penting senanye, sebab zaman aku dulu hanya sempit sangat pilihan untuk kerjaya, dr. atopon engineer, atopon accountant.. bila dah blajar medic skang nie, rasa best lak tengok orang buat bisnes…
pendedahan perlu supaya kita tak salah pilih kerjaya nanti..
samanosuke_04´s last [type] ..Ader DSLR Tak Bermakna Anda Pro!