Nasihat Di Pagi Selasa
Hari ini aku jumpa seorang lelaki yang bernama abang din (bukan nama sebenar) yang nak pergi temu duga di tabung haji dekat KL. Jawatan yang nak ditemuduga tu hanya sebagai polis bantuan saja. Bukan aku nak cerita pasal dia nak pergi temuduga tu. Tapi aku kongsikan beberapa nasihat yang aku kutip semasa berbual dengan beliau.
1- Orang akan menipu kita adalah orang yang paling dekat dengan kita. Kalau ada member yang kamcing dengan kau sekali jangan percaya bulat-bulat. Bukan aku cakap tapi sendiri dah kena tipu dengan member yang mempunyai perniagaan dalam sektor perternakan lembu dan ayam. Dia kena tipu RM 16,000. Suatu jumlah wang sangat besar dan susah untuk dicari dengan sekelip mata. Keadaan ini menyebabkan beliau ‘terduduk’ seketika dan perniagaan beliau tergendala. Duit yang dilaburkan telah dilarikan member baik dia tadi. Tak boleh buat apa, nasi sudah jadi bubur.
2- Buangkan sifat tamak dalam diri. Disebabkan sikap tamak beliau untuk cepat kaya. Beliau sanggup melaburkan RM16,000 secara berperingkat-peringkat sehinggga sampai jumlah tersebut. Mula RM5, 000, kemudian RM5,000 lagi dan akhir sekali RM 9,000. Jadi beliau pesan jangan ada perasaan tamak haloba dalam melakukan pernaigaan.
3- Nasihat yang perlu diingat sampai oleh semua termasuk aku sekali. Bagi mak kita hasil gaji atau pendapatan pertama kita terima. Walaupun banyak lagi keperluan yang perlu dibeli untuk menampung kos perbelanjaan. Insya-ALLAH, perniagaan kita akan lebih maju bagi yang berniaga. Bagi yang makan gaji, gaji akan bertambah lagi. Sebabnya, beliau melihat sendiri abangnya sendiri memberi gaji pertamanya walaupun banyak benda yang perlu dibeli. Sekarang ini abangnya, mempunyai pendapatan RM15,000 sebulan. Perubahan yang drastik yang berlaku kepada abangnya. Beliau turut kagum dengan pencapaian tersebut. Pernah jugak beliau tanya kat member yang berlainan negeri pasal benda ini. Tapi jawapan yang diberikan adalah sama. Tu lah pasal kena ingat sampai mati.
Aku rasa dah cukup bagi korang tip semasa aku jumpa beliau. Nasib baik bulan puasa, kalau tak aku dah sembang lagi banyak dengannya kat kedai makan.







rashid | September 3rd, 2010 at 4:22 am #
Alhamdulillah aku berkawan dengan orang yang betul, walaupun pernah ada sorang member yang “kureng” tapi kebanyakanya elok-elok belaka…Pasal gaji first tu, itu mungkin jadi impian anak-anak untuk bagi sebahagian gaji dorang kepada family, thanks..
rashid´s last [type] ..Mari Bertaubat Selagi Masih Sempat
[Reply]
shaharil Reply:
September 3rd, 2010 at 9:53 am
Bagus la. Tersilap pilih kawan boleh jadi binasa.
[Reply]
sabree hussin | September 3rd, 2010 at 12:26 pm #
sucikan duit yang kita ada, insya allah tak kan di tarik balik oleh tuhan
[Reply]
bujang3 | September 9th, 2010 at 7:17 am #
berhati-hati lah dalam berkawan… jgn sampai kena tipu !!! Apa pun …
Selamat Hari Raya dari bujang3 ….
Maaf zahir batin andai ada yang tersalah dan tersilap sepanjang aku berblogging…..
bujang3´s last [type] ..SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI !!!!
[Reply]
jawatan kosong | October 1st, 2010 at 9:34 pm #
nemang mesti hati2x pilih kawan ya..
jawatan kosong´s last [type] ..Tradewinds Plantation Jobs HR- Estate Manager- Mill Manager
[Reply]