Raya kali sangat berlainan sungguh berlainan dengan tahun yang sebelumnya. Tahun ini aku beraya di rumah sewa dan daerah yang baru iaitu Puchong. Buat pertama kali aku merasakan beraya dengan suasana raya yang ada ciri kekampungan. Apa taknya, jiran-jiran yang berada di sekelilingku yang mudah bertegur sapa dan beramah mesra. Ramai yang tak balik yang kampung. Mudahlah sedikit buat aku berkenal-kenal dengan mereka terutamanya mereka yang berada di sebelah kanan dan kiri rumah kita.
Hari raya pertama aku sempat ziarah jiran sebelah rumahku yang baru dan bertukar-tukar juadah hari raya. Mula-mula agak segan tapi mengenangkan ingat pesan ibu supaya menziarahi mereka jadi aku pun teruskan jelah. Ibu pesan ” nak pergi lah ziarah nanti mereka senang kenal kita dan kalau kita susah tiada siapa yang hendak tolong melainkan jiran yang rapat dengan kita”. Terngiang-ngiang dekat telinga aku sampai sekarang. Kata-kata ini akan kusematkan dalam hati dan ingatanku.
Hari Raya juga menjadi sumber rezeki bagi aku. Aku berpeluang untuk bekerja di The Chicken Rice Shop, Giant Puchong. Gaji yang adalah RM 6 sejam dan RM 18 sejam pada hari cuti umum. Itulah rezeki yang ku terima pada hari raya kali ini. Ah, maklumlah dah tua bangkak takkan nak terima duit raya lagi. Kang tak pasal kena sindiran yang pula. Ada sesiapa yang nak bagi duit aku boleh juga. Angkat tangan!!! hehehe.
Opss… Aku hanya bekerja pada petang saja. Jadi aku sempat beraya ke rumah cikgu yang mengajar aku masa STPM dulu dan saudara mara yang terdekat. Setiap rumah yang dikunjungi memberikan juadah yang berlainan. Jadinya aku dapat merasakan raya pada kali lebih bermakna.
Cuti pun sudah habis, pejabat sudah buka, sekolah pun sudah bermula dan studen pun dah balik ke kampus masing-masing. Aku pesan satu jer jaga kesihatan dan keselamatan diri anda.
Aku yakin korang semua pasti ada cerita yang menarik pasal raya tahun ini. Bolehlah kongsikan lah ya
P/s: Terima kasih wan mus kerana bagi aku semangat semula untuk mengemas kini blog.
Di pagi syawal yang mulia ini aku bersykur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-NYA aku dapat beraya bersama keluarga yang tercinta. Dan meraih kemenangan kita yang berjaya berpuasa selama sebulan. Marilah kita sama-sama bergembira dan janganlah terlalu sedihnya.
Hari yang mulia ini sepatutnya memanjatkan kesyukuran terhadap segala nikmat yang telah dikurniakan oleh-NYA. Semoga kita tergolong dalam golongan hamba yang sentiasa mendapat keredhaan-NYA. Insya-ALLaH.
Di sini aku mengambil kesempatan ingin mengucapkan Salam Lebaran 1431 Hijrah kepada semua pembaca, pelawat dan sahabat-sahabat blogger serta kenalan-kenalan yang mengenali diri ini selaku mewakili keluarga saya. Andai terkasar bahasa, terambil barang atau apa sekali pun aku mohon ampun dan maaf.
Akhir kata, Salam Lebaran 1431 Hijrah sekali lagi.Maaf zahir yang terkasar dan batin yang menyakitkan. Semoga ALLAh menerima amalan kami dan amalan kamu. Insya-ALLAH.
Hari ini aku jumpa seorang lelaki yang bernama abang din (bukan nama sebenar) yang nak pergi temu duga di tabung haji dekat KL. Jawatan yang nak ditemuduga tu hanya sebagai polis bantuan saja. Bukan aku nak cerita pasal dia nak pergi temuduga tu. Tapi aku kongsikan beberapa nasihat yang aku kutip semasa berbual dengan beliau.
1- Orang akan menipu kita adalah orang yang paling dekat dengan kita. Kalau ada member yang kamcing dengan kau sekali jangan percaya bulat-bulat. Bukan aku cakap tapi sendiri dah kena tipu dengan member yang mempunyai perniagaan dalam sektor perternakan lembu dan ayam. Dia kena tipu RM 16,000. Suatu jumlah wang sangat besar dan susah untuk dicari dengan sekelip mata. Keadaan ini menyebabkan beliau ‘terduduk’ seketika dan perniagaan beliau tergendala. Duit yang dilaburkan telah dilarikan member baik dia tadi. Tak boleh buat apa, nasi sudah jadi bubur.
2- Buangkan sifat tamak dalam diri. Disebabkan sikap tamak beliau untuk cepat kaya. Beliau sanggup melaburkan RM16,000 secara berperingkat-peringkat sehinggga sampai jumlah tersebut. Mula RM5, 000, kemudian RM5,000 lagi dan akhir sekali RM 9,000. Jadi beliau pesan jangan ada perasaan tamak haloba dalam melakukan pernaigaan.
3- Nasihat yang perlu diingat sampai oleh semua termasuk aku sekali. Bagi mak kita hasil gaji atau pendapatan pertama kita terima. Walaupun banyak lagi keperluan yang perlu dibeli untuk menampung kos perbelanjaan. Insya-ALLAH, perniagaan kita akan lebih maju bagi yang berniaga. Bagi yang makan gaji, gaji akan bertambah lagi. Sebabnya, beliau melihat sendiri abangnya sendiri memberi gaji pertamanya walaupun banyak benda yang perlu dibeli. Sekarang ini abangnya, mempunyai pendapatan RM15,000 sebulan. Perubahan yang drastik yang berlaku kepada abangnya. Beliau turut kagum dengan pencapaian tersebut. Pernah jugak beliau tanya kat member yang berlainan negeri pasal benda ini. Tapi jawapan yang diberikan adalah sama. Tu lah pasal kena ingat sampai mati.
Aku rasa dah cukup bagi korang tip semasa aku jumpa beliau. Nasib baik bulan puasa, kalau tak aku dah sembang lagi banyak dengannya kat kedai makan.