Berbuka Puasa di Kuala Perlis
Semalam aku berbuka puasa dengan member aku di kawasan berhampiran Jeti Kuala Perlis. Mula-mula Zakwan angkut syafa dan haziqah. Dan last sekali baru diaorang angkut aku. Lepas tu, kita orang berangkat ke Kuala Perlis dengan menggunakan kancil yang disewa 5 hinggit sejam. Tak sampai setengah jam kita orang dah sampai di Kangar.
Aku sempat ronda- ronda kat kangar. Memandangkan aku sampai sana dalam pukul 6.00 petang. Aku mulakan operasi meronda-ronda berhampiran dengan pergi The Store dan kawasan sekitarnya. Aku menghabiskan masa kat situ hampir sejam juga. Tapi tak ada beli apa pun.
Dekat jam 7 petang kita orang pi ke destinasi yang patut dituju iaitu Kuala Perlis. Perjalanan hanya mengambil masa dalam 15 minit untuk sampai sana.
Dah sampai kita orang mula cari tempat parking kereta. Susah juga nak cari tempat parking yang baik punya. Last-last letak kereta kat kawasan yang jauh sikit dengan kedai makan.
Beraksi macam kanak-kanak riang seketika…
Kita orang mula bergerak mencari kedai makan yang best dan sedap. Sayangnya, kedai makan tu hampir penuh dan tak ada port lepak yang selesa dan sesuai. Jadi, kita orang pun pilih saja kedai yang tak ramai orang dan boleh duduk dengan selesa. Masa tu, waktu berbuka puasa hampir masuk. Sempat juga oder semua jenis lauk-pauk untuk berbuka puasa. Tapi masa berbuka, kurma menjadi juadah utama kerana lauk belum siap lagi.Kita orang solat Maghrib dulu, sementara makanan yang di oder tak siap lagi di kawasan berhampiran.
mesti sedap nii…

P/s: Pertama kali aku keluar pi perlis dan berbuka puasa kat sana.







jawatan kosong | October 1st, 2010 at 9:39 pm #
waa mesti coba lain waktu berbuka disana..
[Reply]
haziqah | October 12th, 2010 at 2:02 am #
shaharil, blog aku sudah tukar url lah.
sekarang http://iniblogzizie.blogspot.com.
haziqah´s last [type] .. really appreciate -
[Reply]