Permohonan Pinjaman Kerajaan Negeri Selangor Kini Dibuka

24 Aug, 2010  |  Penulis:  |  Kategori: Dunia Varsiti

Bab-bab pinjam pelajaran sudah menjadi lumrah kepada studen varsiti. Setiap kali kemasukan pelajar baru, pelbagai pihak menawarkan tawaran pinjaman pelajaran terutamanya PTPTN. Kita sudah maklum bahawa PTPTN adalah organisasi yang utama yang menawarkan pinjaman pelajaran.

Aku mencadangkan kepada yang menghadapi masalah teknikal untuk membuat pinjaman PTPTN boleh mencuba memohon pinjaman Kerajaan Negeri Selangor yang disediakan oleh Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor ( TKWBNS ) bagi sesi kedua tahun 2010 mulai 2 ogos yang lalu.

Syarat-syarat keyalakan untuk permohonan adalah seperti berikut:

1.      Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat D.Y.M.M. Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria berikut :

i) Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau

ii) Ibu atau Bapa pemohon lahir di Negeri Selangor; atau

iii) Pemohon lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974; atau

iv) Pemohon telah bermastautin lebih dari lima (5) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung.

2.      Tawaran ini adalah terbuka bagi peringkat pengajian seperti berikut:

i) Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor:

Semua bidang pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda/ Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan yang diiktiraf oleh kerajaan serta pengajian peringkat sijil di Politeknik/ Kolej Komuniti (tidak termasuk Matrikulasi/ Kursus Persediaan/ Tahun Asas/ A-level/ACCA/ Ijazah Lanjutan).

ii) Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir  ‘Fast Track’ Negeri Selangor:

Bidang Kemahiran dan teknikal peringkat Sijil di IPTS tempatan yang diiktiraf oleh   Kerajaan bagi pengajian dalam tempoh kurang dari satu (1) tahun sahaja.

3.      Pemohon juga mestilah memenuhi syarat-syarat kelayakan akademik seperti berikut :

Peringkat Pengajian Kelayakan Akademik
Ijazah Pertama ·         Memperolehi kelayakan Sijil Tahun Asas/ Pra-Ijazah/ Matrikulasi/ Diploma dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas; atau

·         Memperolehi sekurang-kurangnya empat (4) Gred C dalam mana-mana matapelajaran di peringkat STPM; atau

·         Memperolehi sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (jayyid) dalam mana-mana matapelajaran di peringkat STAM.

Diploma ·         Memperolehi sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam mana-mana matapelajaran di peringkat SPM;atau

·         Memperolehi kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas.

Sijil IPT.A ·         Memperolehi sekurang-kurangnya empat (4) kepujian dalam mana-mana matapelajaran di peringkat SPM
Sijil IPTS (bidang kemahiran & teknikal sahaja) ·         Memperolehi sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian dalam mana-mana matapelajaran di peringkat SPM;

PROSEDUR PERMOHONAN

1.      Borang permohonan berharga RM3.00 boleh diperolehi melalui :

i)         Kaunter:   Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Cawangan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Tingkat 3, Bangunan SSAAS, 40503 Shah Alam; atau

ii)         Pos:  Dengan mengemukakan sampul surat 16 cm X 23 cm yang dilekatkan dengan setem 50 sen beralamat sendiri serta no. Telefon untuk dihubungi beserta wang pos/ money order bernilai RM3.00 atas nama Bendahari Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor ke alamat seperti yang tersebut  di bawah.

Borang-borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar terus ke alamat berikut :

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Cawangan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

2.      Tarikh tutup permohonan adalah pada 01 Oktober 2010 (Jumaat). Borang-borang yang diterima selepas tarikh tersebut atau didapati tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan. Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan permohonan, sila hubungi Urusetia di talian 03-5521 2275 atau 03-5544 7480/7543.

3.      Permohonan yang tidak mendapat sebarang maklumbalas dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tutup permohonan ini adalah dianggap tidak berjaya. Keputusan permohonan boleh disemak melalui laman web rasmi Negeri Selangor www.selangor.gov.my.

Nota kaki: 1- Anda digalakkan untuk pergi sendiri ke Pejabat SUK  untuk membeli borang tersebut kerana memudahkan anda mendapatkan borang tersebut. Dan menghantar borang tersebut sebelum tarikh tutup permohonan.
2- Prosedur permohonannya hampir sama dengan memohon pinjaman pelajaran yang lain sekiranya tidak ada sebarang perubahan.
3- Penulis tidak ada kena-mengena dengan pihak pengurusan pinjaman.

Tentang Penulis: shaharil

Saya bernama Shaharil. Seorang insan biasa yang masih lagi menuntut di Universiti Utara Malaysia dalam Jurusan Pengurusan Perniagaan. Salam Perkenalan dan Selamat Datang.

4 Responses so far | Have Your Say!

  1. Benrauf  |  August 24th, 2010 at 4:18 am #

    Bagus alhamdulillah.
    Benrauf´s last [type] ..Kuala Lumpur zaman dulu-dulu

    [Reply]

    khai Reply:

    thu x pe

    [Reply]

    Benrauf - Gravatar
  2. etomyam  |  August 26th, 2010 at 2:12 am #

    memang elok sangat kemudahan sebegini
    etomyam´s last [type] ..Kakitangan Awam Dapat Bantuan Khas Kewangan Sebelum 1 Syawal

    [Reply]

    jawatan kosong Reply:

    iya betul tu.. memang elok kalau macam ni..

    [Reply]

    etomyam - Gravatar

Leave a Feedback

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge