Marhaban Ya Ramadan
kredit gambar kepada aisyah yusra ( facebook)
Bersyukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah dan kurnianya, kita dapat bertemu lagi dengan bulan yang penuh barakah iaitu bulan Ramadhan Al –Mubarak . Dengan kesempatan yang diberikan marilah sama –sama kita memperbaiki segala amalan yang dilakukan dalam bulan sebelumnya. Mudah-mudahan amal kita bertambah baik lagi amalan dan dirahmati Allah. Insya Allah .Amin.
Dengan setulus hati yang ikhlas, saya selaku admin blog ini memohon kemaafan andai kata artikel atau tulisan di blog ini menyinggung perasaan anda atau berasa terugis mahupun makan hati.
Walaupun umat islam sudah berpuasa dua hari, rasanya belum terlambat lagi untuk mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa buat semua pembaca blog ini yang beragama islam. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan blogger dan sahabat handai yang mengenali diri ini.
Dan tahun ini merupakan tahun kedua berpuasa dalam suasana yang berjauhan dengan keluarga kerana masih lagi menuntut di universiti. Pengalaman yang dilalui adalah berbeza sama sekali kerana perlu belajar berdikari dalam menguruskan diri untuk bangun sahur dan berbuka. Itu adalah antara perkara yang dilalui oleh studen varsiti. Seronok tu seronok. Tapi suasana tidak sama berbuka dan bersahur dengan keluarga.
Buat pertama kali, pihak pengurusan dewan penginapan pelajar menyediakan dua orang tahfiz untuk mengimankan solat Isyak dan Tarawikh. Dengan kehadiran dua otrang tahfiz tersebut, membantu mengimarahkan lagi solat tarawikh. Walaupun bukan dilakukan di surau ataupun masjid.







Wan | August 13th, 2010 at 6:04 pm #
salam ramadan
manfaatkan bulan ini sebaiknya
Wan´s last [type] ..Ramadan Ini Milikku!
[Reply]
shaharil Reply:
August 14th, 2010 at 10:37 am
Semoga kita manfaatkan sepenuhnya bulan ramadhan yang penuh berkat ini. amin.
[Reply]