Selamat Tinggal Celcom Broadband

1 Aug, 2010  |  Penulis:  |  Kategori: Dunia Varsiti, Perniagaan

gambar celcom Selamat Tinggal Celcom Broadband

Aku ingin mengucapkan selamat tinggal kepada Celcom Broadband setelah berbakti dengan aku selama 1 bulan setengah sahaja. Sekarang ini, aku dah tak pakai Celcom Broadband. Dan telah beralih arah ke P1 W1MAX atas masalah yang sering dihadapi dalam menggunakan Celcom Broadband.

Semasa aku menggunakan Celcom Broadband masalah yang sering timbul adalah ketidakstabilan wireless pada modem yang pada moedm tersebut. Sekejap ada, sekejap tara ada. Macam biskut chipsmore. Aku pun naik heran. Terutamanya di kawasan jauh sedikit daripada bandar. Celcom Broadband mula aku pakai kat klang. Kira ok lagi. Sebabnya, rumah yang aku tinggal adalah berhampiran bandar dan dikelilingi pasar raya TESCO, GIANT dan JUSCO. Senang lah dapat wireless dan connetion masih lagi dah stabil.

Masuk bulan kedua setelah aku pindah ke Puchong, mulalah buat hal, sekejap ada sekejap tara ada. Sabor jer la. Nak buat macam mana, kena pakai juga untuk berblogging. Dan masa tu aku menjadi penggangur terhormat aka penanam anggur kat rumah. Jadi, untuk menghilangkan rasa boring dan memenuhi masa rasa lapang adalah melayari internet. Lagipun rumah aku sangat jauh daripada cybercafe. Jenuh nak pi sana. Bukan dekat pun dengan rumah. Nak pi kena naik bas.

Keadaan ni bertambah parah dan menjadi barah apabila aku balik ke UUM. Line tengah malam baru dapat. Kadang-kadang langsung tak dapat. Nape? Kebanyakan pelajar dekat UUM yang menggunakan Celcom Broadband. Jadi susah la nak dapat wireless. Semuanya dapat secara purata saja untuk semua orang.

Masa itulah, aku jarang dan kurang nak kemas kini blog ini. Ini adalah jawapan dan sebab kenapa aku tak mengemas kini blog ini. Jangan marah kat saya ya. icon smile Selamat Tinggal Celcom Broadband

Dalam hati, nanti kau Celcom broadband aku buat perhitungan. Aku menunggu hari pembalasan  tersebut dengan sabar. Disebabkan kelewatan menerima pinjaman pelajaran. Tapi bukan PTPTN. Kalau PTPTN, pada awal bulan Julai, pasti dah tukar ke P1.

Tarikh keramat aku menukar kepada P1 ialah 22 Julai 2010. Setelah itu, aku tidak lagi menggunakan Celcom Broadband. Aku telah menghantar pulang ke rumah. Mungkin jadi barang hiasan. Mungkin juga menjadi pekasam yang dibuat gulai… hehehe..

So, aku mengucapkan selamat tinggal dan selamat jalan Romeo kepada Celcom broadband  atas jasa bakti mu. Walaupun jasamu tidak seberapa, namun tetap dikenang jua.

Padahal dalam hati hanya tuhan saja yang tahu...

Tentang Penulis: shaharil

Saya bernama Shaharil. Seorang insan biasa yang masih lagi menuntut di Universiti Utara Malaysia dalam Jurusan Pengurusan Perniagaan. Salam Perkenalan dan Selamat Datang.

7 Responses so far | Have Your Say!

  1. Blabberina  |  August 1st, 2010 at 3:51 am #

    hoho.puchong kat ne tu?

    sbb puchong pun ade area maxis ok, ada area celcom ok..
    tensi tul. tu yg setia je la dgn streamyx
    Blabberina´s last [type] ..Biskut Raya Sedap &amp Murah!!

    [Reply]

    shaharil Reply:

    Desa Ayer Hitam.

    Tau tak apa. Streamyx line ok tak kat puchong?

    [Reply]

    Sir Marcello Reply:

    Streamyx nie kita guna kabel…kalau umah shaharil ada line telefon..dan ada port untuk pasang streamyx…takda masalah…

    setahu saya..sekitar KL dan selangor takda masalah nak guna streamyx…umah saya kat pedalaman sabah tue pun pakai streamyx =]

    masalah pakai streamyx nie satu jer…ramai sangat kaki rembat kabel…dulu praktikal kat TM Perlis…ada sahaja report kabel curi…hahaha

    p/s: TM perlu restructuring organisasi depa!!
    Sir Marcello´s last [type] ..CoolFever Project

    [Reply]

    shaharil Reply:

    Saya malas nak guna line telefon, tu sebabnya tak guna streamxy. hehehe.

    [Reply]

    Blabberina - Gravatar
  2. Wan Perlis  |  August 1st, 2010 at 3:49 pm #

    ahha streamyx la best, package pun leh tahan
    Wan Perlis´s last [type] ..Perkhidmatan Internet di Malaysia

    [Reply]

    Wan Perlis - Gravatar
  3. Sir Marcello  |  August 1st, 2010 at 5:50 pm #

    kat malaysia nie…perkhidmatan jalur lebar sangatlah baru dan mahal!!!
    tapi kita haruslah bersabar dan membuat pilihan yang baek…

    celcom 3g mengunakan konsep perkongsian…dulu aku antara yang pertama pakai celcom bb kat kampus dulu…masa tue budak2 len semua buta IT (hahaha kerek betul)…modem guna telefon 3g…mana ada lagi modem kecik tue…puas sangat pakai untuk surfing internet…

    tapi naik sem baru…tue dia..cam silaka jer nak connect..kalo dapat pun…cam siput babi…dah hampir 3 tahun kot pakai…huhuu

    p/s: tapi masih lagi tak improve service depa nie :P
    Sir Marcello´s last [type] ..CoolFever Project

    [Reply]

    Sir Marcello - Gravatar
  4. aktechpage.com  |  August 7th, 2010 at 11:00 pm #

    Pakai streamyx je kt rumah
    Jika kat luar rumah, singgah je mana-mana kopitiam yg ada wireless…
    aktechpage.com´s last [type] ..Kembali Dari Bercuti Offline

    [Reply]

    aktechpage.com - Gravatar

Leave a Feedback

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge