29 Aug, 2010  |  Penulis:  |  Kategori: Artikel

Semalam aku berbuka puasa dengan member aku di kawasan berhampiran Jeti Kuala Perlis. Mula-mula Zakwan angkut syafa dan haziqah. Dan last sekali baru diaorang angkut aku. Lepas tu, kita orang berangkat ke Kuala Perlis dengan menggunakan kancil yang disewa  5 hinggit sejam. Tak sampai setengah jam  kita orang dah sampai di Kangar.

Aku sempat ronda- ronda kat  kangar.  Memandangkan aku sampai sana dalam pukul 6.00 petang. Aku mulakan operasi meronda-ronda berhampiran dengan pergi The Store dan kawasan sekitarnya. Aku menghabiskan masa kat situ hampir sejam juga. Tapi tak ada beli apa pun.

Dekat jam 7 petang  kita orang pi ke destinasi yang patut dituju iaitu Kuala Perlis. Perjalanan hanya mengambil  masa dalam 15 minit untuk sampai sana.

Dah sampai kita orang mula cari tempat parking kereta. Susah juga nak cari tempat parking yang baik punya. Last-last letak kereta kat kawasan yang jauh sikit dengan kedai makan.

buka 300x225 Berbuka Puasa di Kuala Perlis Beraksi macam kanak-kanak riang seketika…

Kita orang mula bergerak mencari kedai makan  yang best dan sedap. Sayangnya, kedai makan tu hampir penuh dan tak ada port lepak yang selesa dan sesuai. Jadi, kita orang pun pilih saja kedai yang tak ramai orang dan boleh duduk dengan selesa. Masa tu, waktu berbuka puasa hampir masuk.  Sempat juga oder semua jenis lauk-pauk untuk berbuka puasa. Tapi masa berbuka, kurma menjadi juadah  utama kerana lauk belum siap lagi.Kita orang  solat Maghrib  dulu, sementara makanan yang di  oder tak siap lagi  di kawasan berhampiran.

buka puasa 300x225 Berbuka Puasa di Kuala Perlis mesti sedap nii… Klik disini untuk terus membaca entri penuh

Bab-bab pinjam pelajaran sudah menjadi lumrah kepada studen varsiti. Setiap kali kemasukan pelajar baru, pelbagai pihak menawarkan tawaran pinjaman pelajaran terutamanya PTPTN. Kita sudah maklum bahawa PTPTN adalah organisasi yang utama yang menawarkan pinjaman pelajaran.

Aku mencadangkan kepada yang menghadapi masalah teknikal untuk membuat pinjaman PTPTN boleh mencuba memohon pinjaman Kerajaan Negeri Selangor yang disediakan oleh Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor ( TKWBNS ) bagi sesi kedua tahun 2010 mulai 2 ogos yang lalu.

Syarat-syarat keyalakan untuk permohonan adalah seperti berikut:

1.      Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat D.Y.M.M. Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria berikut :

i) Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau

ii) Ibu atau Bapa pemohon lahir di Negeri Selangor; atau

iii) Pemohon lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974; atau

iv) Pemohon telah bermastautin lebih dari lima (5) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung.

2.      Tawaran ini adalah terbuka bagi peringkat pengajian seperti berikut:

i) Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor:

Semua bidang pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda/ Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan yang diiktiraf oleh kerajaan serta pengajian peringkat sijil di Politeknik/ Kolej Komuniti (tidak termasuk Matrikulasi/ Kursus Persediaan/ Tahun Asas/ A-level/ACCA/ Ijazah Lanjutan).

ii) Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir  ‘Fast Track’ Negeri Selangor:

Bidang Kemahiran dan teknikal peringkat Sijil di IPTS tempatan yang diiktiraf oleh   Kerajaan bagi pengajian dalam tempoh kurang dari satu (1) tahun sahaja.

3.      Pemohon juga mestilah memenuhi syarat-syarat kelayakan akademik seperti berikut :

Peringkat Pengajian Kelayakan Akademik
Ijazah Pertama ·         Memperolehi kelayakan Sijil Tahun Asas/ Pra-Ijazah/ Matrikulasi/ Diploma dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas; atau

·         Memperolehi sekurang-kurangnya empat (4) Gred C dalam mana-mana matapelajaran di peringkat STPM; atau

·         Memperolehi sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (jayyid) dalam mana-mana matapelajaran di peringkat STAM.

Diploma ·         Memperolehi sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam mana-mana matapelajaran di peringkat SPM;atau

·         Memperolehi kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas.

Sijil IPT.A ·         Memperolehi sekurang-kurangnya empat (4) kepujian dalam mana-mana matapelajaran di peringkat SPM
Sijil IPTS (bidang kemahiran & teknikal sahaja) ·         Memperolehi sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian dalam mana-mana matapelajaran di peringkat SPM;

Klik disini untuk terus membaca entri penuh

12 Aug, 2010  |  Penulis:  |  Kategori: Dunia Varsiti
ramadhan Marhaban Ya Ramadan kredit gambar kepada aisyah yusra ( facebook)

Bersyukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah dan kurnianya, kita  dapat bertemu lagi dengan bulan yang penuh barakah  iaitu bulan  Ramadhan  Al –Mubarak .   Dengan kesempatan yang diberikan marilah sama –sama kita memperbaiki segala amalan  yang dilakukan dalam bulan sebelumnya.   Mudah-mudahan amal kita bertambah baik lagi amalan dan dirahmati Allah. Insya Allah .Amin.

Dengan setulus hati yang ikhlas, saya selaku  admin  blog ini memohon kemaafan andai kata artikel atau tulisan di blog ini menyinggung perasaan anda atau berasa terugis  mahupun makan hati.

Walaupun umat islam sudah berpuasa dua hari, rasanya belum terlambat lagi untuk mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa  buat semua pembaca blog ini yang beragama islam.   Tidak lupa juga kepada rakan-rakan blogger dan sahabat handai yang mengenali diri ini.

Dan tahun ini merupakan tahun kedua berpuasa  dalam suasana yang berjauhan dengan keluarga kerana masih lagi menuntut di universiti.  Pengalaman yang dilalui adalah berbeza sama sekali kerana perlu belajar berdikari dalam menguruskan diri untuk bangun sahur dan berbuka. Itu adalah antara perkara yang dilalui oleh studen varsiti.  Seronok tu seronok. Tapi suasana tidak sama berbuka dan bersahur dengan keluarga.

Buat pertama kali, pihak pengurusan dewan penginapan pelajar menyediakan dua orang tahfiz untuk mengimankan solat Isyak dan Tarawikh.  Dengan kehadiran dua otrang tahfiz tersebut,  membantu mengimarahkan lagi solat  tarawikh. Walaupun bukan dilakukan di surau ataupun masjid.

8 Aug, 2010  |  Penulis:  |  Kategori: Blogging

Hari ini sudah genaplah usia blog ini 5 bulan,  aku berblogging menggunakan wordpress yang menggunakan self-hosting dan domain sendiri. Aku merasakan perjalanan ini  yang perlu ditempuhi untuk menjadi orang yang hebat dalam dunia blogging adalah masih jauh lagi.

Walaupun   tempoh 5 bulan itu boleh dikatakan masih lagi pendek tetapi aku sudah membuat beberapa pencapaian. Yang pertama, ranking blog ini sudah menunjukkan penurunan dan telah berada di bawah  angka sejuta dalam ranking alexa. Bukan untuk mendabik dada dengan pencapaian tersebut tetapi sebagai memotivasikan aku terus berjuang dalam menguruskan blog ini.

Pada perancangan asal menyasarkan target yang seterusnya iaitu meletakkan ranking blog ini di bawah 500k.  Memandangkan blog ini berada dalam lingkungan 600k. Aku terpaksa mengubah perancangan dengan menyasarkan target bulan ogos dalam ranking alexa di bawah 300k.


alexa3 Review Page di Bulan JulaiSeterusnya, pencapaian dari segi jumlah pelawat blog ini. Turut menunjukkan peningkatan. Walapun kadar perbezaan dengan bulan Jun dalam 100 hingga 200  orang saja. Ianya boleh menjadikan aku bermotivasi untuk menulis di blog ini.

Klik disini untuk terus membaca entri penuh

1 Aug, 2010  |  Penulis:  |  Kategori: Dunia Varsiti, Perniagaan

gambar celcom Selamat Tinggal Celcom Broadband

Aku ingin mengucapkan selamat tinggal kepada Celcom Broadband setelah berbakti dengan aku selama 1 bulan setengah sahaja. Sekarang ini, aku dah tak pakai Celcom Broadband. Dan telah beralih arah ke P1 W1MAX atas masalah yang sering dihadapi dalam menggunakan Celcom Broadband.

Semasa aku menggunakan Celcom Broadband masalah yang sering timbul adalah ketidakstabilan wireless pada modem yang pada moedm tersebut. Sekejap ada, sekejap tara ada. Macam biskut chipsmore. Aku pun naik heran. Terutamanya di kawasan jauh sedikit daripada bandar. Celcom Broadband mula aku pakai kat klang. Kira ok lagi. Sebabnya, rumah yang aku tinggal adalah berhampiran bandar dan dikelilingi pasar raya TESCO, GIANT dan JUSCO. Senang lah dapat wireless dan connetion masih lagi dah stabil.

Masuk bulan kedua setelah aku pindah ke Puchong, mulalah buat hal, sekejap ada sekejap tara ada. Sabor jer la. Nak buat macam mana, kena pakai juga untuk berblogging. Dan masa tu aku menjadi penggangur terhormat aka penanam anggur kat rumah. Jadi, untuk menghilangkan rasa boring dan memenuhi masa rasa lapang adalah melayari internet. Lagipun rumah aku sangat jauh daripada cybercafe. Jenuh nak pi sana. Bukan dekat pun dengan rumah. Nak pi kena naik bas. Klik disini untuk terus membaca entri penuh